Saturday, April 21, 2012

~PERANAN MUSLIMIN SEBAGAI PEMIMPIN~



Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita . Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita2 di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)


Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum Muslimah. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita..
Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari ALLAH, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
Firman Allah ( Al - A'raf : 189 ) mafhumnya :


"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak"

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi, dan
Hakikatnya juga perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'. Wanita juga perlu membina perisai pelindung :

~~ katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

~~ jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

~~ Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, InsyaAllah,kita akan hidup berlandaskan hukum Allah.. dengan berlandaskan hukum Allah pasti hidup kita berkat & dilimpahi rahmat Dunia & Akhirat..Amin ...ya Rabb :)


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah