Monday, November 28, 2011

Kebaikan Mengetahui Isi Al-Quran...



بسم الله الرحمن الرحيم


Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang batil...” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
 


Dan Allah juga berfirman:
إنا أنزلناه في ليلة القدر
Maksudnya: Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. (surah al-Qadr: 1)





Erti Nuzul al-Quran
'Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Proses Penurunan Al-Quran
✿◕ Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz.
✿◕ Dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.
✿◕ Kemudian, penurunan kepada Jibril a.s. secara beransur-ansur kpd Nabi s.a.w dlm tempoh 23 tahun.

Mutiara Kata
♫ Sabda Rasulullah yg bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."
♫ Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Jantung Al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akannya oleh seseorang melainkan mengkehendaki keredhaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."
♫ Al-Quran mengandungi 114 surah al-Quran, 30 juzuk dan 6,236 ayat keseluruhan al-Quran.
♫ Wahyu pertama bermula pada bulan Ramadhan, malam Lailatulqadar ketika Jibril a.s dtg membacakan surah Al-A'laq,ayat 1-5 kepada Baginda s.a.w.
♫ Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Kalam Allah ini merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
♫ Karatnya hati manusia itu seperti besi dan hanya dapat membersihkannya dgn membaca Al-Quran dan mengingati mati.





Secoret kisah

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si Cucu yang melihat, juga meniru perbuatan datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?"
Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawa air dalam bakul ni”. Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit." Si cucu mengeluh."Atuk,bakul ni kan berlubang-lubang, pasti airnya bocor dan mengalir keluar." Si Datuk mengarahkan cucunya melakukan perbuatan yang sama.
Tanpa berlengah,si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Si cucu mencuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak bolehlah”.“Tak ada gunanya.” bentak si cucu. Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak berguna ya? Cuba kau tengok bakul tu."







Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung,
“Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan hati orang yg membacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Urusan Allah."

Musahabah iman



(♥) Alunan ayat suci Kalam Allah @ alunan lagu rekaan manusia yg mengetuk gegendang telinga kita?
(♥) Bacaan kitab suci Allah @ bacaan novel yg menjadi bualan di bibir kita?
(♥) Kalimah suci Allah @ perkataan lahir manusia yg menjadi getaran hati kita?
•♥♥• TePuK daDa..taNya ImaN kita •♥♥•


Friday, November 25, 2011

Sambutan Maal Hijrah 1433H


Salam alayks..apa khabar smua...ainul hrp antum shat slalu dan sentiasa dlimpahi rahmat oleh ALLAH SWT..Alhamdulillah,syukur ke hadrat ILLAHI krana dberi kesempatan hidup didunia yg fana ini..InsyaALLAH kali nie ainul nak kongsi sikit kisah tentang Sambutan Maal Hijrah memandangkan Tahunbaru Hijah nak menjelang tiba xlama lg...Setiap kali tibanya tahun hijrah,pastinya ada sambutan maal hijrah yg diraikan di setiap pelusuk negara kita..Dalam majlis Sambutan Maal Hijrah setiap tahun,pasti adanya Tema Maal Hijrah yg menjadi penghias slogan dan ada individu yang  dipilih sbagai Tokoh Maal  Hijrah...Cuba teka Apakah Tema Maal Hijrah 1433 H...


Sambil mencari jawapan tema Maal Hijrah Tahun nie..mari lah kita sma2 mghayati lagu nasyid yang biasa mnjadi lagu tema setiap kali sambutan diadakan pda 1 Muharram oleh Al-Ajiba(Akademik Seni Kebangsaan)..Lagu nie terkandung dlm koleksi nasyid terbitan JAKIM 2002..ainul xpasti la plak sapa yg pencipta dan penulis lirik lagu nie..Dah cuba cari tapi xjumpa..Siapa yg taw sila kongsi ya...^___^




Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman..


Perkataan hijrah adlh dari perkataan Bhsa Arab...Ia bermaksud Berpindah atau berpisah dari satu tempat ketempat yang lain,atau dalam konteks yg lain hijrah juga boleh dikaitkan dengan perubahan sikap atau tingkah laku..
Dalam hal ini,ALLAH SWT berfirman mnyarankan umat islam berhijrah keimanan yg lebih kukuh dan mantap,hijrah juga sebagai satu ujian dalam hidup..
Setiapmanusia yg hidup pasti akan menerima ujian,lebih2 lagi orang yg beriman...Semakin tinggi darjat keimanan seseorang,maka semakin tinggilah ujian keimanan yg dhadapinya..

 DOA AKHIR TAHUN..

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


SUMBER:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya...
p/s Tema Sambutan Maal Hijrah Tahun nie adalah ''Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.."

Thursday, November 24, 2011

Ujian yang menimpa..


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat2 baginda...



Salam alayks...Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi krana dberi pluang skali lg unttk ainul bertinta..insyaALLAH kali nie ainul ign kongsi sikit tntg kisah seorang sufi yg sngat mulia lagi tinggi ilmu dan kcintaannya kpd ALLAH SWT...jom kta sma2 hayati kisah nie..mga brmanfaat..




 Guru sufi ini terlihat muridnya yang asyik  termenung dan berwajah murung. Apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya, guru mulia itu senyum lalu membawanya ke suatu tempat.

       "Nah ambil segelas air ini dan bubuh segenggam garam!" arah guru tersebut.
       Si murid pun mengikut arahan gurunya itu lalu memasukkan segenggam garam.
       "Cuba kamu minum sedikit!" arah guru itu lagi. Wajah murid itu mencebik setelah meminum air masin tadi.
       "Fuhh! Masin! Tekak mual." Jawab murid itu sambil meludah-ludah sisa masin yang masih melekat pada lidahnya. Peliknya, guru sufi itu hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya itu. Si murid tadi masih hairan, mengapa gurunya menyuruh meminum air garam..

       "Nak, sekarang mari ikut ke tasik." ajak si guru sambil meminta membawa segenggam garam lagi.  
       "Sekarang, lemparkan garam itu ke tasik" arah guru tersebut. Muridnya lantas bertindak seperti yang diarahkan.
       "Cuba minum air tasik ini," arah gurunya lagi.
       "Subhanallah, segarnya air ini," kata si murid.
       "Masih terasa tidak garam yang seperti air dalam gelas tadi?" tanya gurunya. Si murid menggelengkan kepalanya.

       "Segala masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyak mana pun masalah seseorang itu sudah dikadarkan oleh Allah sesuai dengan dirinya. Tiada seorang manusia waima seorang nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup," kata guru sufi itu. "tapi penderitaan yang dialami itu bergantung pada besarnya Qalbu(hati) yang menampungnya. Jadi, nak, supaya tidak rasa menderita, berhentilah menjadi gelas, jadilah Qalbu dalam dadamu sebesar tasik"





Subhanallah hebat kan.."kejayaan yg besar perlu pda pgorbanan yg besar ..Dan pgorbanan yg besar xkan mampu dlakukan mlainkan oleh orang yg brjiwa besar.."
Kata Ayahku "badan biar kecik yg penting jiwa besar..jgn sskali putus asa..ingat!! nikmat ALLAH 2 luas.."
(^_~))

Sunday, November 20, 2011

Khutbah Terakhir Rasullulah, Kami Merinduimu...





Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat beliau...


Salam alayk's...kaifahalukum.dharap antum smua sihat dan dlimpahkan rahmat oleh ALLAH SWT..Entri kali nie ana ign kongsikan tntg  ''Khutbah Terakhir Rasullulah'' Kpd Insan yang terdahulu sblum kta...Marilah sama2 kta menghati khutbah terakhir dari RASULLULAH SAW..





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dgn telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalahsama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU. 

Marilah kita sama2 sntiasa mngamalkan stiap sunnah dlm kehidupan sharian kta..insyaALLAH...Fi amanillah...




Tuesday, November 15, 2011

Kisah Cinta Salman Al-Farisi..

         Salam alayk'...kaifahalukum...ana arap antum shat sntiasa dan dlimpahi rahmat oleh ALLAH SWT...Entri  kali nie insyaALLAH ana ingn kongsikan kisah cinta Salman Al-Farisi...Mngkn antum trtanya2 ''man Salman Al-Farisi ''...Salman Al-Farisi adalah salah  sorang sahabat Nabi Muhammad SAW..Beliau mgembara dari 1 tempat ke tempat yg lain utk mncari AGAMA yg benar yakni AGAMA ISLAM..Sebagaimna kisah beliau dlm mncari kbenaran dlm AGAMA,ksungguhan dan ketabahan beliau,sehinggalah menemukan AGAMA ISLAM sbagai AGAMA BENAR..dan begitu jugalah brtapa hebatnya kisah cinta Salman Al-Farisi..






Kisah cinta Salman Al-Farisi..


Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk  menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya sy ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yg begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih syg Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya utk terus MEMBERI...teringat sy akan satu ayat ni. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tp bersyukur dgn apa yg dimiliki, tidak haloba dgn apa yang tiada..
Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yg lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan?? sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan. Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yg besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI...
Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan ALLAH SWT. Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui..


~kisah cinta Salman al-Farisi ini saya ambil dr blog Tarbiyah Dzatiyah utk dikongsi bersama di sini..



Thursday, November 10, 2011

PENGUKUR TAHAP KEIMANAN....???



Orang beriman dijanjikan sesuatu yang istimewa di dunia dan akhirat seperti firman Allah bermaksud: “Dan orang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah al-Ankabut: 7).


Kita semua impikan kesenangan, kebahagiaan serta kesejahteraan hidup. Setiap detik kita juga ingin kesihatan yang baik supaya dapat hidup ceria, selesa dan membuat amal ibadat dengan sempurna. Akan tetapi ujian Allah akan datang juga.


Kita tidak mungkin hidup sepanjang hayat tanpa diuji kerana ujian Allah untuk mengukur sekuat mana sabarnya kita menghadapinya. Kesabaran terutama ketika menghadapi ujian akan menentukan seteguh mana iman kepada Allah.


Justeru, mereka yang bersangka baik atau reda dengan ujian demi ujian yang datang, akan beroleh balasan besar di dunia dan akhirat.


Mereka ingat pesan Allah seperti difirmankan bermaksud: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf: 87).


Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya besarnya pahala sesuai dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya, jika Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang reda dengan musibah itu maka baginya keredaan Allah. Dan barang siapa yang marah (tidak reda) dengan musibah itu, maka baginya kemurkaan Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi).


Ingat, mereka yang berharap kepada rahmat Allah tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang oleh-Nya, mengucapkan perkataan buruk, bersangka tidak baik atau melalaikan sesuatu yang diperintahkan...




Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah