Friday, January 6, 2012

Menangani Sifat Marah



SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.
Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.Kegagalan mengawal marah menyebabkan manusia bertindak di luar batasan termasuk membunuh.




Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.
Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.
Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.
Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).


Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.





Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata- kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.".

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.Menjerit-jeritlah si anak, kesakitandan kepanasan sehingga meninggal dunia.

Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menungguhukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi.

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan      segala perlakuan dan sikap biadab kita

b)Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya.
Bilakemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyakkanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin...

#muhasabahbersama#

Wednesday, January 4, 2012

Fenomena Berniqab


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat2 baginda...

Salam Alayks..Kaifahalukum wa Kaifa iman...Mga RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH trcurah atas kita umat akhir zaman..insyaALLAH..Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk meneruskan bertinta lagi...Dah lama rasanya tak menaip sejak kebelakangan nie...InsyaALLAH entri kali ini ana nak kongsikan kan sikit tentang konsep berpurdah...
antara cantik di mata Allah dan bergaya di mata manusia,dua benda yang berbeza... :))


Purdah ini sebenarnya perisai bagi kaum wanita. Tidak sekadar soal identiti tetapi lebih kepada soal perlindungan daripada segala macam ancaman dan menghalang si pemakai itu mendekati perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri..

Firman ALLAH SWT yg bermaksud :Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…. (an-Nur: 31)

Purdah = Ustazah
Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.
Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah....

apatah lagi jika di nilai hanyalah pakaian..walhal,label itu tidak ada kena mengena dengan soal pemakaian secara khusus..ia berkait rapat dengan soal warak,zuhud.,alim dan bijaksana dalam diri seseorang..semestinya ,kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah...itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran..
Namun perlu diingatkan ,mahu atau tidak,kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda..

Fenomena Berniqab..
Di alam maya ini,lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking,secara jujurnya kita meliat semakin ramai yang memakai purdah atau niqab..Tak kurang juga yang menjadikan purdah sebagai  itu sebagai identiti mereka...
Apabila diperhatikan kepada apa yang dicatat di blog2 mereka,semua cenderung kepada mengajak pembaca kepada nilai ''ubudiyah'' kita kepada ALLAH..Banyak ayat2 tazkirah,firman dan Sabda Rasulullah serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang di salin dari pelbagai sumber..
Sekali imbas,saya yakin jiwa mereka sngat lunak dengan agama...Akan tetapi satu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri..Ini mencetuskan suatu kepelikan yang tidakkunjung sudah dihati saya...
Dalam hal ini saya mempunyai beberapa pendapat :-

Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat...
Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, kita tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya kita haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah kita menambah dengan memakai purdah...
Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri kita tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kita dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini kita memakai purdah demi menjaga maruah dan agama kita. Selaras dengan tindakan ini, kitaa tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri kita dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika kita memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di "facebook" ataupun "blog" dengan saiz yang begitu besar!!!

JAHIL
Itulah namanya simptom dari kejahilan..Jahil dari awal2 mengorak langkah lagi iaitu untuk apa kita memakai purdah?Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahaman  mereka...Sedangkan sehelai kain itu bukanlah neraca penentu taqwa ataupun tidak...
Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ''mahal''..Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu Adajuga yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik taupun mahu bergaya..Ada juga yang obses dengan tren dan fesyen..Ada juga yang obses dengan watak filem atau drama "cinta islamik".Dan juga yang benar-benarmemakai purdah kerana mengharapkan keredhan ALLAH..
Nah...sekarang kita di posisi yang mana????

 ‘Niqobis’ Alam Maya
Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :

1- Bergambar :Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Kita sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah kita fikir jelingan mata kita itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?

2- Tabarruj:Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah-olah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah-olah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata2, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa???
Para niaqabi hanya mata yang terdedah...seboleh-bolehnya elakan tabaruj mata yakni dengan eye liner tebal
ker,eye shadow ker dan banyak lagi yang diletakkan kat mata untuk nampak cantik..seharusnya tanamkan rasa malu dan takut kita pada ALLAH..pakai niqab bukan untuk comel mahupun untuk nampak cantik..kalau cantik bukan berniqab tapi ber''makeup''...perlu difahami hal tabaruj..termaksud dalam wangi-wangian itu sangat penting..luar dan dalam perlu diusahakan...kita dituntut untuk bersih,kemas...itu tidak bermaksud untuk kita bertabaruj untuk mereka yang tidak sepatutnya....jangan kita palitkan sunnah dengan dosa... :)

3- Mendedahkan aurat :Sudah banyak kali dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika kita mahu ikut kefahaman sendiri, boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika kita mahu ikut Islam, kita wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah diiktiraf sebagai menutup aurat...Sesungguhnya yang akan mengiktiraf itu adalah ALLAH, bukannya manusia. Tetapi kita lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula....
Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.

Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan,saya berfikir,sesiapa yang mahu memakai purdah,perlulah berhati-hati..kenapa..??

Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitulah...

Kedua : Di akhirat kelak, kita akan ditanya oleh ALLAH atas apa yang dipakaikan di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana kita gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya...

Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan kita pun sekiranya kita benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah kita dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.

Kita pakai purdah bukan kerana alim

Di dalam mengangani isu pemakaian purdah ini secara baik, di sini saya simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah: Bagaimana dengan perempuan Islam yang tidak menutup aurat?
Wallahu'alam.. ^__^
Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah