Thursday, March 29, 2012

Perlu ke Berdakwah..



Sesungguhnya setiap muslim itu adalah da’ie! terpikulnya tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar! Andai tidak mampu berdakwah melalui perucapan, berdakwahlah melalui penulisan kerana tidak ada alasan bagi kita semua untuk  meninggalkan dakwah...YA..sesungguhnya memang tak dak alasan untuk kita meninggalkan dakwah..

haa kalian nak tahu tak..KENAPA dan MENGAPA dakwah nie perlu dan apa kelebihan berdakwah nie??..seandainya kita tahu,dan mengerti kenapa penting dakwah sudah tentu tidak ada lagi alasan kita untuk stop berdakwah kan??

Haa mari sini ana nak tunjukkan antara kelebihan kita berdakwah..

Kelebihan berdakwah:

1-Besarnya pahala seorang da’ie
2-Semua manusia menantikan dakwah kita
3-Rahsia yang tidak kita ketahui, dakwah memanjangkan usia
4-Musuh-musuh ALLAH sentiasa menyerang kita

Antum nak tahu tak antara  ganjaran yang paling hebat buat para da'ie yang berdakwah:

“Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja, hingga dengan perjuanganmu itu, dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqomah didalamnya. Yakinlah sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam, engkau makan di saat dia berpuasa, engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji, dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan ALLAH, pahalanya tetap akan mengalir untukmu, setara dengan pahalanya, tanpa dikurangi sedikitpun. Bagaimana jika engkau berjaya membimbing manusia lebih dari seorang?  Bagaimana pula jika engkau Berjaya membina manusia lebih dari sepuluh? Sungguh, engkau akan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda”


Dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka itu sedikit pun”

Inilah Sebabnya,betapa lumayannya ganjaran bagi mereka yang menyeru orang lain ke arah kebaikan, amal ma’ruf nahi mungkar. Dengan izin ALLAH SWT, Bila kita ikhlas berbuat sesuatu perkara LILLAHI TAALA,Pasti ganjaran di sisi ALLAH itu jauh lebih hebat dari apa yang dapat kita bayangkan...SubhanALLAH..

Teramat2 rugilah bagi mereka yang aktif memberikan alasan yang setengahnya tak masuk akal langsung...  Ramai dikalangan kita sekarang yang selalu memberi  alasan  dengan menyatakan bahawa ilmu masih tidak cukup, masih tidak bersedia dan belum mampu..tapi alasan yang paling power yang sering kali digunakan ialah "maaf lah I bukan dari aliran agama"...Persoalan nya disni  Tak kan budak kos agama ja nak masuk syurga...budak kos laen tak nak masuk syurga ka??..sangat tak masuk akal lah dengan jawapan2 yang sebegini..Ini bukan soal dari aliran agama atau tidak, tapi ini soal tanggungjawab kita pada ISLAM yakni agama kita yang dibawa oleh Nabi SAW...

Kenapa tidak kita usahakan untuk itu?..disamping memenuhi keperluan duniawi, kenapa tidak kita turut sama mencari bekalan untuk akhirat kita?..bukankah dunia ini kita akan tinggalkan? Dan akhirat itu suatu yang kekal abadi?

Tidak kurang juga, ada yang memberikan alasan bahawa umat Islam  sentiasa  dalam kebaikan, jadi tidak perlulah untuk kita berdakwah..Malah yang paling mengecewakan adalah bagi mereka yang sibuk memikirkan masa depan, perut sendiri dan anak isteri sahaja. Alasan-alasan inilah yang selalu menyebabkan seseorang berpaling dari kewajipan berdakwah… ALLAHHUAKHBAR..


Jangan tunggu lagi…

“kita bukan menunggu peluang tetapi kita perlu mencari peluang’'

Kita sebenarnya punyai banyak peluang. Peluang untuk Berjaya, berubah kearah yang lebih baik atau peluang untuk berdakwah! Namun kadang-kadang kita mensia-siakannya seakan-akan kita yakin bahawa kita akan dapat peluang itu kembali. Seakan-akan kita pasti masa itu akan berpusing semula.Maaf jawapannya Tidak sama sekali!!! Carilah ia. Peluang itu tidak akan datang, jika kita tidak berusaha mencarinya padahal peluang itu terbuka luas...

Tidak kira siapapun anda atau apapun pekerjaan anda. Samada anda adalah pelajar, guru, doktor, pensyarah, akauntan atau meskipun pekerja bawahan. Kerana kita ini dilahirkan dengan satu tujuan dan masing-masing akan buat kearah menuju tujuan itu dalam pelbagai cara. Tujuan untuk mencapai kehidupan dalam mencari redha ILLAHI.Dan sentiasalah menjadikan semua amalan kita sebagai ibadah.

satu yang ana nak pesan..Ingat! Kita bukan diciptakan untuk sia-sia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Mu’minun(23): 114-115

“kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui.” Maka apakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?

Apabila dikatakan tujuan, ia mestilah terletak pada peranan dan tanggungjawab. Samada melakukan amanah yang diberikan oleh ALLAH atau mengabaikan sahaja amanah itu seperti menidakkan itu adalah tugas kita? Seperti kita mengkhianatinya. Marilah menganalisa dir sendirii.Sejauh mana kita menggunakan semaksimum mungkin peluang yang kita ada yakni pangkat, harta, masa atau segala-galanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut..Yakni Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ALLAH!

Amanah tetap amanah.Jika dimungkiri,pembalasan itu akan diterima. Samada di dunia atau akhirat kelak.Samada hukuman penjara atau hukuman neraka. Itulah hakikatnya. Tidak ada seorang pun yang boleh menafikan..

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu khianati ALLAH dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui. (surah Al-Anfaal(8):27)

oleh itu marilah sama2 kita sportcheck diri kita.Peluang ada di hadapan mata dan di merata-rata...

Akhir kalam,Semoga semangat kita mampu tumbuh untuk mula berdakwah. Bagi yang baru mula mengorak langkah, selamat berdakwah. Dan bagi yang sudah lama, marilah sama-sama kita menyegarkan kembali semangat untuk terus berdakwah.

Siapa suamimu di syurga nanti??

Salam Alayks..Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik ALLAH SWT. Wallahu'alam.


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.


Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

p/s kalau sayangkan suami jadilah isteti yang solehah..boleh jadi ketua bidadari kepada suami kalian di syurga nanti..Ini baru lah dikategorikan sebagai Bercinta Sampai Syurga..SubhanAllah.. :))

Wednesday, March 28, 2012

Revolusi Syiria

Salam alaik' sahabat wa sahabiah ana sekalian.Kaifahalukum wa kaifa iman..Diharap moga kedua2 nya sihat dan bertambah keimanan kita dari semasa ke semasa..insya ALLAH..Hari ni insyaALLAH ana ingin berkongsi sedikit tentang revolusi dibumi 'SYAM'..Saat mengarang entri ini, ana bertemankan kedamaian dan ketenangan suasana. Apatah lagi, hujan yang menghambat membasahi bumi ketika ini melunakkan lagi jiwa yang sentiasa penuh menagih simpati redha dari Sang ILLAHI..Sedang kita asyik di ulit dengan kegembiraan, kita seolah2 terlupa ada yang masih menderita atas ketindasan pemimpin yang zalim.Sayang sekali saat saudara kita disana menderita ditindas ada antara kita disini yg  tak cakna..Sungguh Syria memerlukan doa kita semua..Semoga saudara2 muslim kita di syria mendapat kemenangan di dunia & akhirat..love our muslim brothers n sisters in Syria..

Diriku selalu berfikir ''kenapa revolusi di syiria kurang mendapat smbutan di media2 berbanding negara islam yg ditindas laen''...Sayu rasa hati nie saat negara yg paling ana teringin sangat nak pergi dan belajar erti kehidupan telah dinodai oleh pemimpin yang berhati busuk dan kejam keatas rakyatnya sendiri... Allah,Allah,Allah...Laknatullah ala basyar al-hayawaan..

Rombongan Pertubuhan Ulama' Islam di Syria dengan diketuai oleh Presidennya, Syeikh Ahmed Mohammed Najib telah menziarahi Ketua Ikatan Ulama' Syria, Syeikh Dr.Muhammad Ali As-Sobuni selepas beliau menjalani rawatan akibat keuzuran yang menimpa. Semoga Allah menganugerahkan kesihatan buat Syeikh Dr. As-Sobuni dalam meneruskan usaha menggerakkan kebangkitan rakyat Syria.
 (Gambar terbaru Dr. Ali As-Sobuni)
Seorang lagi wira negara Syria, Brig.Jeneral Abdel Latif Abdel Ghani gugur syahid 3 hari yang lalu...

Beliau pernah ditangkap sejak 7 bulan lalu. Dua hari lepas, pihak tentera rejim telah membebaskannya selepas dilihat tidak memberi apa-apa kesan sekalipun beliau telah didera dan diseksa dengan teruk. Berusia 63 tahun, syahid tiga hari yang lalu selepas terkena tembakan dalam operasi ketenteraan rejim Basyar. Kalam terakhir yang keluar dari mulut beliau, "Semoga Allah membalas buat mereka." Semoga roh beliau dirahmati Allah...

Ini salah 1 video yang tebaru ana perolehi..‎ Ya Allah..speechless tengok keadaan di sana.. ALLAHU RABBI..Segerakanlah pertolongan-MU ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram.Ya Allah! Hancurkanlah Basyar dan Sekutunya. Allahumma Ameen...


Baru2 nie,pada 26 Mac 2012, di Homs,Seorang gadis gugur syahid disamping ibunya di tepi jalan manakala seorang lelaki syahid dalam sebuah kenderaan. Apabila dipanggil berkali2 "adakah kamu masih hidup??" ''Allahyarhamhu" telah disahakan mati setelah diserang oleh rejim Basyar petang tadi...Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID...biiznillah..

Punca Revolusi.

Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN" ..Slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg ber'revolusi'.Bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan...Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria...

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1.  Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.

2.  39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3.  Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.

4.  9,000 tahanan ditahan.

5.  413 orang telah syahid didalam penjara.

6.  Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7.  Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

8.  Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9.  Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

10.  Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Buat kita yang tinggal di bumi yang aman ini, seharusnya kita semua mengambil pengajaran dan bersiap sedia dalam meningkatkan keimanan kita semua.  Ini semua adalah antara tanda Hari Kiamat sudah semakin hampir.Semoga ALLAH menetapkan keimanan kita semua, Amin…

Kepada ALLAH jualah kita memohon perlindungan, pertolongan dan pengharapan.

Nak tahu keterang lebih lanjut boleh lihat di link nie http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534


Sunday, March 25, 2012

Kemaksiatan Menghalangi Diri Dari Cahaya Allah dan Islam

“Aku telah mengadu kepada waki’ mengenai buruknya hafalanku, lalu ia menasihatiku untuk meninggalkan kemaksiatan. Dan ia juga memberitahu kepadaku bahwa ilmu itu adalah cahaya. Dan cahaya ALLAH tidak akan berikan kepada orang-orang yang melakukan kemaksiatan''...

Itulah syair Imam Syafi’ie...Melalui syair tersebut, Imam Syafi’ie ingin mengajak kepada para pencari ilmu dan semua manusia di seluruh pelusuk bumi ini agar segera meninggalkan segala kemaksiatan. Sebab, kemaksiatan lah yang akan menghalangi diri dari cahaya ALLAH...

ALLAH berfirman dalam al-Qur’an yang bererti:

“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus[1039], yang di dalamnya ada pelita besar. pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[1040], yang minyaknya (saja) Hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.(QS.An-Nuur : 35)

Kemaksiatan dapat menjadikan orang lalai mengingat ALLAH, dan susah menerima sesuatu yang baik di dalam dirinya. Sesungguhnya ALLAH adalah baik (thoyyib), dan tidak menerima kecuali yang baik. Jika seseorang lalai dalam mengingat ALLAH, maka dia akan menjadikan hawa nafsunya (amarah) sebagai teman. Dan akhirnya ia terpujuk dengan godaan syaitan. Islam juga mengajarkan kita tentang akibat dan bahaya maksiat. Islam pun memberitahukan kita mengenai larangan-larangan, perintah-perintah, begitu pula tentang kelalaian. Itu semua sudah dicantumkan di dalam al-Qur’an, dan itu menandakan betapa besarnya  bentuk kasih sayang ALLAH kepada hambanya, dan InsyaALLAH kita semua akan mendapat cahaya dari ALLAH SWT...

Di antara perbuatan yang menyebabkan seseorang jauh dari cahaya ALLAH mahupun lindungan-Nya, sebagaimana yang kita sempat dengar dan mungkin lihat, yakni kes pornografi, pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, arak, dan banyak lagi lah , yang dapat melemahkan aqidah dan tauhid dalam diri seseorang..iya kan??...

Oleh karena itu, marilah kira mengembalikan hakikat keislaman kita. Sebab, Islam adalah agama yang syumuliyah dan mutakaamil...Syumuliyah adalah menyeluruh, manakala mutakaamil bermaksud sempurana..Islam adalah agama yang telah di Redhai oleh ALLAH SWT.. Oleh Sebab itu lah jangan pernah mengatakan, semua agama benar. Perkataan seperti ini harus berwaspada, karena bisa menjadikan orang murtad tanpa disengajakan.

ALLAH  berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui”.(QS.Al- Maaidah : 54)


Bukankah kita bangga bahwa Islam adalah agama yang di cintai oleh ALLAH SWT, sebagaimana firman Allah dalam al-Qur’an yang bermaksud:

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu Jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.(QS. Al- Maaidah : 3)

Islam adalah satu-satunya agama sekaligus sebuah pandangan hidup yang mulia. Selain memiliki pelbagai susunan ibadah, Islam juga memiliki penyelesaian2 dalam segala permasalahannya. Peringkatnya begitu lengkap, mulai dari mengurusi masalah aqidah dan ibadah, kehidupan rumah tangga, adab berjiran, ekonomi, politik, tata negara, militer, pendidikan, politik luar negri, dan termasuk pengaturan pergaulan lelaki dan perempuan.

Hanya Islam yang memiliki landasan aqidah yang dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian.Akidah adalah hal yang paling ditakuti oleh negara-negara Barat kini. Keindahan hidup di bawah naungan Islam harusnya menjadi dambaan kita semua. Kita akan menyelamatkan generasi kita dari kehancuran dan kemusnahan. Sudah saatnya kita peduli dan menjadi sebahagian dari perubahan, memenuhi seruan ALLAH untuk kembali kepada Islam sebagai landasan hidup, dan InsyaALLAH senantiasa mendapatkan cahaya dari ALLAH SWT.Waffaqumullah jamii’an.


--->   sumber:Ustaz Bachtiar Nasir

p/s Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.



Friday, March 23, 2012

Mabuk Cinta Halal...


Cinta kami bukan lah cinta yang biasa-biasa, bukan juga luar biasa. Cinta ini baru sahaja berputik, lantas tumbuh subur selepas sah nya lafaz ijab kabul. Ia bersemi selepas kami saling menyerah kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan suami, selepas saya memberikan sepenuh cinta dan jiwa saya kepada suami setelah cinta saya pada Allah dan Rasul. Bukan Cinta Biasa Semasa tempoh bertunang, teman-teman kerap bertanya tentang hubungan cinta kami, saya biasanya akan tersenyum sahaja. Sukarnya memberi jawapan kerana kami tidak pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Hubungan kami cuma diikat janji setia untuk saling menunggu sehingga tiba masa selayaknya mengikat perkahwinan. Tiada madah cinta menghiasi bicara, tiada SMS atau panggilan telefon melainkan benar-benar daruri, tidak pernah keluar berduaan walaupun sekali apatah lagi duduk berdekatan atau berpimpinan tangan. Saya kerap dilontarkan pelbagai persoalan dan komen oleh teman-teman, antaranya:

“Did you two meet via matchmaking?” “Pelik nya, dah bertunang pun tak dating….” “Kenapa tak call tunang awak?

Soalan-soalan dan komen tersebut membuat saya lucu, kadang-kadang sedikit segan dan serba salah. Selalunya saya menjawab soalan teman-teman dengan gurauan yang benar,

“Saya nak bercinta selepas kahwin.”

Teman-teman terdiam dan tersenyum menyambut jawapan saya. Mungkin ada yang menganggap saya kolot atau pelik, saya tidak peduli. Pada mereka yang lebih mudah memahami, saya terangkan sebab-sebab saya tidak ‘bercinta’ sebelum berkahwin:

• Saya telah melihat banyak insan yang bercinta, dan saya menginsafi bahawa betapa besar biusan cinta yang mampu mengubah madu menjadi racun begitu juga sebaliknya. Yang lebih parah lagi jika cinta menjadi sebab manusia membelakangkan agama. Saya kira saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini, maka saya mengundur diri dari bercinta pada yang tidak halal.

• Saya sangat-sangat mendambakan cinta dan redha Allah dalam kehidupan saya yang tidak akan dapat saya raih jika saya tidak menjaga keberkatan dalam kehidupan saya. Mana mungkin rumahtangga yang saya harapkan menjadi syurga dunia dan akhirat saya dilimpahi keberkatan jika pada awalnya saya melanggar syariat-Nya.

• Saya malu pada diri jika saya gagal menjadi contoh yang baik kepada adik-adik yang saya didik dalam usrah. Saya berharap saya dapat mewujudkan contoh (biarpun bukan yang terbaik) untuk adik-adik dengan menjaga perhubungan kami sebaiknya. Mabuk Cinta Halal Saya tersenyum-senyum sendiri, membalas SMS suami selepas kami selamat diijabkabulkan. Meskipun sedikit malu pada mulanya, saya yakin melakukannya kerana Allah, penuh rasa bahagia, kerana saya telah pun halal baginya.

 Sahabat saya, Shazni yang maklum tentang ‘kisah cinta’ ini mengusik saya yang dilamun cinta, “Huish..mabuk cinta halal…” Saya sangat tertarik dengan istilah baru ciptaan Shazni, tepat menggambarkan cinta kami tika ini. Benar, manis sungguh bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa kerana mujahadah menjauhi larangan Allah sebelum ijabkabul akhirnya diakhiri dengan ikatan yang suci lagi indah. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya. Benarlah firman Allah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum: Ayat 21)
 Mabuk cinta ini membahagiakan, namun saya hadapi penuh keinsafan bahawa manusia mentadbir sedangkan Allah lah yang mentaqdir. Kita merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang. Pada usaha dan mujahadah sedikit ini dalam mencari cinta yang halal, saya menyerahkan sepenuhnya natijah pada Allah, penentu segala. Saya ingin cinta Allah tertinggi di hati kerana hanya dengan cinta-Nya dapat saya mencintai suami dengan cinta yang suci dan dengan cinta-Nya saja segala ujian akan dapat dihadapi. Semoga apa pun yang Allah tetapkan di hujungnya, adalah kebaikan semata buat saya dan suami.

 Doa Seorang Pencinta Tuhan, hamba tunduk merendah pada-Mu penuh yakin bahawa bahagia itu hanya datang dengan mencintai-Mu, maka jadikanlah saya dan suami sebagai orang yang mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cinta kami dari awal hingga akhir. Jadikanlah cinta kami ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cinta kami pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat kami untuk berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cinta kami kekal hingga ke syurga-Mu. Amin..


p/s Itu semua aturan-Nya. Kita hanya mampu merasa sebuah perasaan bahagia. Kelakar bila diimbas semula. Kerana rasa itu sering buat kita tersenyum dan tertawa. Kala sendirian, kala dalam khayalan, kita sering ketawa. Kerana cinta itu bahagia. Bahagia itu satu anugerah. Jadi, bersyukurlah!

Semoga akar ukhuwah kita adalah cinta kerana-Nya, agar senyuman dan kebahagiaan dek kelakarnya cinta menjadi milik kita bersama, hingga ke Syurga...InsyaALLAH..Amin.. 

Tuesday, March 13, 2012

Amalan2 Untuk Menjadi Wanita Solehah..


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat baginda...


Salam Alayks...kaifahalukum wa kaifa iman..Semoga dua2 nya sihat2 selalu..Jagan Lupa selalulah upgradekan diri kita pada yg maha pencipta yer..Semua wanita mesti nak jadi wanita solehah kan..Biasa lah 2 semua orang nak jadi wanita solehah even kanak2 tadika pon mesti nak jd wanita solehah kan..tapi kalau ada yg cakap dia tak nak jadi wanita solehah 2,tanda nya ada something la 2..hehe..something like budak LELAKI takkan dia jadi wanita solehah plak kot..hehehe..Mestilah kena jadi Lelaki soleh...kan3..heee..
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah termasuk juga lah diri ini..Biznillah..Dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah jugak.iya kan.. Disini ana nak kongsikan serba sedikit tips2 atau ciri2 yg boleh kita amalkan untuk menjadi wanita solehah...InsyaALLAH..Ermm Jangan risau xsusah lah nak jadi wanita solehah TAPI yang petingnyer kenalah selalu istiqamah n rajin2 lah berdoa pada ALLAH mga kita nie dikalangan orang2 yang solehah dan smoga ALLAH mempermudahkan sgala niat kita insyaALLAH....AMIN..

Diantara Amalan2 untuk Menjadi Wanita Solehah ialah :-

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

Selain dari solat,Wanita Solehah jugak mestilah menjaga solatnya dgn istiqamah yakni berterusan,menjaga amanah dan memelihara diri ,Selain itu,mestilah jugak yang  tahu mengaji Al-Quran dan suka atau sering menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabat karibnya supaya di alam kubur nanti tak lah kita bersendirian..Iya kan.. ^__^ . Lagipun rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!!! Sunyi Sepi jer..

Haa yang nie plak tips untuk solekan..hehe..(macam2 ada)


Tips Solekan Untuk Para Muslimah Solehah..

1.Hiaskan mata anda dengan menundukkan pandangan.
2.Gunakan lipstik kajujuran dibibir.
3.Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada malu yang hanya dijual disalon iman.
4.Hiasi kedua tangan dengan losyen ukhwah.
5.Pakaikan jiwa dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul.
6.Gunakan mandian istighfar untuk menghilangkan daki dosa.
7.Rawat rambut dengan tudung syariat.
8.Bedaklah wajah dengan wuduk..nescaya wajah akan bercahaya diakhirat kelak..


Alhamdulillah...Begitulah serba sedikit amalan dan tips yg brmanfaat untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua wanita2 dan diriku aidhan yang bercita2 ingin menjadi wanita solehah..InsyaAllah.Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya RABB lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir...Moga ALLAH SWT mempermudahkannya..Biiznillah..Salam Mujahadah dari ana.. ^_^''



~wAllahualam~

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA YER..
                 ok lah MAASSALAMAH..InsyaALLAH kita jumpa lagi yer... .السلام عليكم



❤~عين kehidupan~❤ 

Saturday, March 10, 2012

Puisi Oki Setiana DewiKepada Negeri Kelantan..

Salam Alayks..Kaifahalukum wa kaifa iman..Semoga dua2 nya sihat2 selalu..Jagan Lupa selalulah upgradekan diri kita pada yg maha pencipta yer..hari nie insyaALLAH ain nak kongsikan sikit tentang puisi Oki Setiana yakni pelakon Ketika Cinta Bertasbih..Jom2 kita tengok..insyaALLAH..sangat bermanfaat bagi diri ini....

Puisi 'Negeri Kelantan Seindah Namamu' Karya Oki Setiana Dewi



Kalau antum nak menonton Oki melafazkan bait2 puisi nie boleh la tengok kat sini yer..Selamat Menonton..




p/s ermm tak dak rezeki nak pergi sana sebab ain duduk jauh di utara Tanah Air(ANAKkEDAH)hehe..kepada sesiapa yg sempat pergi 2,wahh best la korang..hehe ^__^''

❤~عين kehidupan~❤

Saturday, March 3, 2012

PESANAN BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI SYEIKH AHMAD YASSIN


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat beliau...


PESANAN
BUAT PEMUDA-PEMUDI DARI
SYEIKH AHMAD YASSIN (1938-2004)

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para PEMUDA, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku para PEMUDI, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.
Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH...



‎"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaku."[al-Fajr, 27-30]

Jom kita hayaty dan fahami dengan penuh semangat perjuang tentang lirik nasyid nie..insyaALLAH..
Inilah sebuah syair yang diadaptasi melalui lagu nasyid yang sering  didengar dan terkadang ikut bernasyid jugak..Saat ain perlukan ilham dan hiburan. Ini salah satu lagu yang sering kali membangkitkan semangat diri ini dikala sudah penat dan malas..(hehe).. Nasyid nie bertajuk Bingkai Kehidupan by Shotul Harakah..Semoga bila kita dengar nasyid nie terus bersemanagat untuk berjihad dan berdakwah dijalan ALLAH hanya untuk memperoleh keredhaan dan kasih sayang daripada ALLAH..insyaALLAH..Amin..



Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allahhu Ghayatuna
Ar Rasul Qudwatuna
Al Quran Dusturuna
Al Jihadu Sabiluna
Al Mautu fii Sabilillah Asma Amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati dijalan Allah adalah cita2 kami tertinggi..


p/s Mudah-mudahan kita semua bisa bersemangat lagi setelah menghati dengan penuh semangat tentang nasyid ini...insyaALLAH..ALLAHHUAKHBAR..^__^


❤~عين kehidupan~❤

Friday, March 2, 2012

Pada siapa harus diletakkan cinta????


Hakikat Cinta!!!

Tiada siapa pun boleh lari daripada mencintai dan dicintai...Kemuncak cinta,ada org yg masuk syurga dan tidak kurang juga yg dihumban kedalam neraka gara2 cinta...Cinta yg bagaimn boleh membwa sesorang itu kesyurga,dan bagaimana pulak yg akan memsukkan kta kdlaam neraka??

Datangnya cinta dari 2 sumber yakni hawa nafsu dan dari ALLAH..Cinta yg dilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor,sering melakukn dosa dan  tak pulak bertaubat.,Cinta nafsu itu tak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia sahaja....
Sebaliknya cinta yg dialirkan oleh ALLAH kedalam hati,itulah cinta yg benar,suci lagi murni...Cinta bukan diukur ikut pandagan mata sahaja akan tetapi megikut pandangan ALLAH...Ia bersebab kerana cinta diberi pun hanya untuk mendapat keredhaan ALLAH...Cinta begini tiada batasannya.Cinta lahir hasil daripada sama2 mcintai ALLAH YG AGUNG..

Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,antara sahabat,kelurga dan sebgainya...Kalau ia berlaku antra lelaki dan perempuan yg tidak dikat oleh tali perkhawinan,mereka tidak akan perlu berjumpa,bercakap atau memerlukan apa saja yg bertentangan dengan kemahuan ALLAH.Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yg berlaku walaupun xpernah kenal atau baru kenal tetapi hati rasa sayang dan rindu.

Kalau berlaku antara suami isteri,maka isteri akan meletakkan ketaatan pada suami kerana cinta suami datang daripada ALLAH hasil daripada ketakwaan isteri.sumber cinta daripada ALLAH akan meletakkan ALLAH yg paling tinggi dan utama.bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH degn cinta makhluk,akan cinta ALLAH dimenangkan..
Cinta ALLAH adalah taraf cinta yg tertinggi...cinta pada ALLAH akan lahir bagi orang yg cukup kenal akan ALLAH.kerana cinta lahir bersebab...Semuanya datang daripada ALLAH-kebaikan,kemewahan dan kecintaan yg diberikan itu pun atas rahmat dan belas kasihan ALLAH pada kita...Walhal ALLAH boleh saja bila2 masa menarik rasa itu dari hati org2 tadi kalau ALLAH mahu...Segala nikmat itu pun datang daripada ALLAH dan diberikan kepada kita samaada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai...Begiulah kebaikkn ALLAH kepada kita-"kalau kau nak htungkn nikmat2 ALLAH kpd kta nescaya kamu tidak terhitung"
Oleh itu orang yg benar2 kenal dan beradab akan malu kepada ALLAH,dan cintanya hanya tertumpu kepada  ALLAH...Bila cinta kepada ALLAH sudah penuh dalam hatinya ,akan tidak ada tempat untuk cinta selain dari itu...Jika hati dan cinta itu diberikan pada manusia nescaya akan dirobek-robeknya..Akan tetapi kalau hati yg pecah itu diberikan kepada ALLAH nescaya akan dicantum-cantumkan-NYA.
Oleh itu,seseorang yg bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yg besar pada ALLAH,pada RASULULLAH SAW dan barulah pada makhluk2 lain disamping-NYA.Itulah perletakkan cinta yg betul dan mguntungkn didunia dan diakhirat.. 

-CINTA SEJATI-

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali ALLAH dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. ALLAH menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.

Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai ALLAH...Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada ALLAH. Sebagai bukti,
  • Pertama -->kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada ALLAH melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain.
  • Kedua -->. jangan sekali-kali melanggar batasan syariat ALLAH seperti 'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana ALLAH, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada ALLAH..Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan ALLAH semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada ALLAH jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu..


Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai ALLAH??? Bergantung sepenuhnya kepada ALLAH itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama ALLAH untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah ALLAH memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, Syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh ALLAH buat hamba-hambaNya yang bersabar...

Tips macammana nak bagi orang yang kita berkenan,suka pada kita kalau dia jual mahal :


=> Bayangkan muka orang yang kita minat...



=>Baca surah Ar-Rahman 60 Kali..


=>Baca Surah As-Syura Ayat ke-19, sebanyak 19  kali..

=>Lepas baca niatkan supaya dilembutkan hati orang tu supaya suka pada kita..

p/s : TAK PAYAH BOMOH2..Mintak ja dengan ALLAH ..InsyaALLAH..tapi AWAS..Jangan salah guna plak ea..^_^''

~عين Kehidupan~

Thursday, March 1, 2012

❤~Dasyatnya-Qiyamullail~❤

Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat2 baginda...



Salam alayks...Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi krana diberi peluang skali lagi untuk ana bertinta..insyaALLAH...Dah lama rsanya ana xmnulis entri sjak kebelakangan nie...insyaALLAH,ary nie ana nak kongsi skit tntg "Dasyatnya Qiyamullail"

Kalo sahabat2 nak tahu ,Umumnya waktu malam sering dianggap sebagai waktu yang menyeramkan dan menakutkan ..Namun disebalik kegelapan ddan kesunyian itu ,sebenarnya banyak terhimpun kekuatan dan nilai-nilai kerohanian..Bila manusia manfaatkannya bagi mengerjakan amal ibadah ataupun aktiviti2 positif yang lain,jiwa akan menjadi cerah dan pemikirannya menjadi cemerlang..Sejarah mencatatkan bahawa kejayaan dan kebaikan orang2 terdahulu tak dapat dipisahkan..daripada amalan menghidupkan malam..Mereka menghidupkan malam dengan melaksanakan pelbagai kegiatan rohaniah termasuk bertafakur dan merenung ayat-ayat Quran..Pada waktu malam jugak, terdapat waktu yang palingg istimewa iaitu ''sepertiga terakhir daripada malam''..

Haaa nak tahu tak kenapa ia dianggap istimewa???

Sebabnya,waktu malam adalah waktu turunnya ALLAH ke langit dunia,waktu penyaksian para Malaikat dan waktu doa dimakbulkan dan pada waktu tu lah Nabi S.A.W berTahajjud..wahh hebatkan waktu malam..Kalau antum nak tahu pada waktu malam jugalah Nabi Ya'akub memohon keampunan untuk anank2 nya..Selain itu,Waktu ini jugalah yang dimanfaatkan para ulama terdahulu bagi mengerjakan "Qiyamullail" ataupun lebih dikenali sebagai bangun malam..

Hebatnya Waktu Malam..

Ermm antum nak tahu tak,Kenapakah waktu malam dikatakan waktu yg paling hebat??Haaa Ini kerana ia adalah waktu yang palingg Istimewa bagi manusia macam kita nie berkomunikasi secara ghaib dengan ALLAH yang Maha pencipta..Waktu ini jugak lah ALLAH melimpahkan kekuatan spiritual rahmat dan kasih sayangnNya kepada kita..Bila cahaya matahari mulai redup menjelang kehadiran malam,cahaya Makrifatullah tampil menyinari kegelapan malam..

Dalam Surah ad-Dukhan ayat ke-3,ALLAH SWT berfirman:
'Sesungguhnya kami turunkan Quran itu pada malam yang diberkati..ssungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Dalam ayat ini,ALLAH menyifatkan malam sebagai waktu yang dibrkati..Walaupun malam yang diberkati dalam ayat diatas ditujukan pada waktu malam2 tertentu yakni malam al-Qadar(lailatul Qadar),namun ini jugak menandakan bahawa mana2 waktu malam adalah penuh dgn kemulian,keberkatan dan kebaikan..Yang menariknya disini adalah Keistimewaan ini hanya diberikan pada waktu malam sahaja dan bukan waktu siang..SubhanAllah hebatkann!!!!

Rasulullah S.AW bersabda:
''Pada waktu malam.ada suatu masa yang mana apabila seorang muslim mminta sesuatu kebaikan daripada ALLAH,ALLAH akan memberikan kebaikan yang dimintanya dan ia ada pada setiap malam" (hadis riwayat Muslim)
SubhanAllah..hadis ini membawa maksud pada setiap malam sepanjang tahun,terdapat waktu yng istimewa yg dirahsiakan ALLAH..Pada stiap malam, terdapat jugak waktu yang paling mustajab yang dijanjikan ALLAH..waktu ni hanya ada pda waktu malam sahaja dan tak dak pada waktu siang kecuali hari Jumaat..

Ermm sebut tentang hari Jumaat,hari ini adalah hari yang agung dan hari yang terbaik yang disinari mentari..Pada hari itu jugak lah Nabi Adam dijadikan..Adam AS diturunkan kebumi dan kemudiannya diwafatkan pada hari jumaat jugak..Selain itu kiamat akan berlaku bila sangkala kala ditiup dan semua makhluk terkejut..kalo antum nak tahu ada 1 waktu pda hari jumaat yg mana ALLAH tak kan menolak sebarang Doa asalkan doa itu xmelibatkan perkara haram..
Rasululllah SAW bersabda: ''Sesungguhnya pada hari jumaat trdapat waktu yang mana ALLAH memberikan stiap apa yg diminta oleh muslim dalam solat'' 
Hadis Rasululullah juga sering mnyatakan pda setiap malam ALLAH turun ke langit dunia dan rahmat serta kasih sayang kepada hambanya yang bermunajat dan berdoa padaNya..Hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani yg mana uthman bin abi al-Ash melaporkan bahawa Nabi SAW bersabda:
''Sesungguhnya ALLAH turun kelangit dunia pada setiap malam lalu berkata:Adakah wujud orang yang berdoa supaya aku dapat kabulkannya??Adakah wujud orang yang memohon ampun supaya aku dapat mengampuninya.."
Haa ini menunjukkan setiap saat pada waktu malam diselubungi rahmat,keampunan dan kasih sayang ALLAH.Hal ni tak berlaku pada waktu siang,yang mana ALLAH hanya turun pada waktu spesifik saja yakni pada hari Arafah jer..
Rasulullah SAW bersabda:
'Jika hari Arafah tiba,tuhan turun kelangit dunia bagi mmbanggakan mereka kepada para malaikat".
Ummu Salamah melaporkan..Rasulullah SAW bersabda:
"sebaik2 hari adalah hari Arafah..Pada hari itu,ALLAH turun ke langit dunia''..
Inilah yang mgukuhkan lagi kenyakinan yang mana waktu malam adalah waktu yg istimewa..Berkenaan makna "turunnya ALLAH" pulak ana akan beritahu antum di entri yang seterusnya plak yer...hoho ^__^

Ermm tak hairan la kan bila waktu malam dikhususkan sebagai waktu berlakunya pelbagai pencerahan ruhiyah dan puncak kerohanian..Hakikat ni terserlah lagi dalam beberapa peristiwa penting taw..

WAKTU ISRAK MIKRAJ RASULULLAH..

Jom lah kita perhatikan peristiwa IsrakMikraj yang dialami sendiri oleh Rasulullah SAW..sahabat2 smua nak tahu tak bila ia berlaku??ALLAH SWT menjelaskan peristiwa nie dalam surah Al-Israk ayat-1:
''Maha suci ALLAH yang memperjalankan hambanya Muhammad pada Malam hari dari Masjidil Haram di mekah ke Masjidil Aqsa di Palastien,yang kami berkati sekelilingnya bagi memperlihatkan kepada nya sebahagian daripada tanda2 kekuasaan dan kebesaran kami.Sesungguhnya ALLAH jugaklah yang maha mendengar,lagi maha mengetahui.''
Sebenarnya ALLAH mampu sahaja menggerakan Nabi pada bila2 masa ja,tak kira lah siang ataupun malam..tapi tahukah kalian kenapa dan mengapa ALLAH memilih waktu malam??
Sebabnya waktu malam adalah waktu yang paling istimewa..Malam juga adalah waktu pertemuan antara manusia dengan tuhannya,yakni waktu mikrajnya manusia..Oleh sebab 2 lah malam boleh mnjadi waktu yang penuh dengan nilai2 kerohanian..Malam juga adalah waktu dimana kekuatan batin dan ruh bersinar..

Israk adalah perjalanan pda waktu malam..ini bermakna perjalanan Rasulullah berlaku pada waktu malam yakni dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis..Mikraj pulak ialah naik..Dalam konteks peristiwa israk mikraj,Nabi SAW naik kelangit dunia hingga ke sidratul mumtaha,bersama2 dengan malaikat jibril dan didekatkan kepada ALLAH..

Dalam kalangan Umat Islam,mereka bersepakat Israk Mikraj mengandungi 2 hikmah iaitu:

Perjalanna ataupun pengalaman rohaniah yang dialamai rasulullah adalah pengalaman yang indah dan menakjubkan krana xdak sorang pun semasa zamannya mampu melakukan perkara yang Nabi lakukan..
Perjalanan ataupun pengalaman rohaniah yang dialamai Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj adalah bukti kesucian visi dan peribadi beliau..Menurut Mutawalli asy-Sya'rawi,dalam peristiwa israk Mikraj,Nabi mengalami 3 peringkat iaitu: 

  • zatiyah basyariyah iaitu peringkat Nabi sbagai manusia biasa..ini berlaku semasa Israk..Dalam keadaan ini,jibril menunjukkan pelbagai peristiwa kepada Nabi dan Nabi bertanya kepada jibril mengenainya..
  • zatiyah malakiyah iaitu peringkat beliau mikraj..semasa ini berlaku,beliau dapat melihat malaikat..ini kerana Nabi sudah punmemasuki zatiyah malakiyah..Dalam keadaan itu,Nabi SAW sudah tidak brtanya lagi sebagaimana israk..
  • zatiyah malakiyah fauqa al-malakiyah,iaitu ketika beliau bergerak ke lautan cahaya tanpa disertai malaikat jibril.iaitu di sebaliksidratul muntaha..Jibril tidak mengikuti Nabi SAW kerana jibril tak mampu pergi ketempat tersebut..Disitulah,Nabi SAW berada dekat disamping ALLAH SWT.iaitu dalam jarak 2 busur ataupun lebih dekat lagi..Akan tetapi,ada jugak perbezaan pendapat sama ada kedudukan Nabi yang hampit itu membolehkannya melihat ALLAH ataupun tidak..Ibnu Abbas Al-Hasan yakin beliau dapat melihatnya,manakalah Aisyah dan para sahabat menolak pandangan itu..

SubhanALLAH sayangnya ALLAH dekat Nabi MUHMAMAD SAW sedangkan jibril pon tak mampu nak naik ke sidratul muntaha Allahhurabbi..
Semasa israk mikraj,sebahagian ayat atau tanda kekuasaan ALLAH diperlihatkan kepada Nabi SAW..Bermakna beliau dapat menyaksikan pelbagai peristiwa dan perkara2 penting yang berlaku di ''alam atas''

Antara hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj ialah:
kehebatan syurga adalah mengagumkan dan sksaan neraka adalah sangat dasyat..Jika Nabi tidak menyaksikan kedua2nya masa didunia,tetapi hanya pertama kali melihatnya pada hari kiamat,pada ketiaka itu Nabi mungkin disibukkan dengan keinginannya kepada syurga ataupun kekuatannya dengan seksaan neraka..Sebaliknya ,bila Nabi sudah mampu melihatnya di dunia semasa mikraj..sebab 2 kejadian itu tak lagi mengejutkan Nabi..Nabi SAW mampu bertenang dan sanggup memberikan syafaat..
dengan memperlihatkan para nabi dan malaikat kepada Nabi sewaktu mikraj,ia dapat menjadi sebab bagi kesempurnaan pemahamannya..Pengalaman Nabi SAW naik ke cakerawala dan menyaksikan keadan langit,kursi 'arasy bakal mempersiapkan beliau bagi mengharungi segala bentuk ujian dan cubaan didunia..Persiapan nie memungkinkan Nabi SAW memiliki kekuatan dalaman dan melihat ujian duniawi itu ringan dan mudah diharungi..Hasilnya yang kita dapat lihat hati Nabi SAW akn bertambah kuat dan semakin dan semakin cekal menjalankan dakwah tanpa perlu bimbang akan penentangan musuh2nya..

Dalam peristiwa ini juga,Rasulullah SAW mengalami 2 mikraj :-

*Mikraj Pertama => Mikraj di alam nyata yakni berlaku dari masjidil haram ke masjidil aqsa ..seterusnya melibatkan perjalanan menuju ke alam malakut dan tempat khalayak di langit..

*Mikraj Kedua =>Mikraj di alam arwah,iaitu perjalanan dari alam nyata menuju ke alam ghaib dan dari alam ghai ke kekosongan..

Ketika Nabi SAW hendak pulang ALLAH menyatakan "Musafir mmberikan buah tangan kepada saudaranya apabila Nabi SAW pulang ke TanahAir..Ssungguhnya pemberian buat umatmu adalah solat,yang mengumpulkan antara 2 mikraj iaitu Mikraj ragawi iaitu dengan adab dan perbuatan ..kedua ialah mikraj rohani iaitu zikir dan tingkah laku..'' 

Kalo antum nak tahu ,Nabi kita mengumpamakan solat sebagai mikraj orang mukmin ..ini bermaksud solat adalah perjalanan manusia bagi menemui ALLAH..Jadi,solat adalah punca segala ibadah..ini kerana solat adalah cara,proses dan usaha bagi menghadapnya,bertemu dengannya dan berdialog dengannya..Dalam solat kita melakukan komunikasi lisan dalam bentuk bacaan Quran,zikir dan doa serta komunikasi haliyah yakni dengan pelbagai bentuk pergerakkan..

Imam Ja'far shadiq berkata "apabila orang 'arif bersujud kepada pemilik segala Mikraj.Maka tersingkaplah hijab.Hati2 yang suci diangkat ke sidratul muntaha.Jelaslah kepadanya cahaya2 al-Quds yang menampakkan diri kepadanya..Cahaya itu menampakkan diri melalui taman2 kesucian al-haqqdan membukakan diri buatnya.."

Bila hati sesorang bersih daripada sebarang was2 semasa bersolat,itu bermakna dia memperoleh penyaksian (musyadah)..ini disebabkan hatinya bebas daripada kesusahan dan was2..Dalam hatinya dia menyaksikan segala kewalian dan kerajaan..Wallahu'alam.. ^__^''

P/s insyaALLAH ada lagi sambungannya 2nggu yer..hoho.. ~❤ ^__^ ❤~

❤~عين kehidupan~❤

Susah Ke nak Sabar..

Sabar adalah satu kata yang sering kita ucapkan dan kita dengar, namun tidak mudah untuk kita amalkan dengan sempurna. Memang sabar telah diperintahkan dalam Al-Qur’an mahupun hadits NABI SAW dan kenyataan ujian yang selalu dialami manusia dalam kehidupannya di dunia menjadikan sabar (seharusnya) sebahagian dari kehidupan kita seharian. Barangkali kita sering mendengar orang berkata, “… tapi sabar kan ada batasannya!” atau “… apa kita harus bersabar saja…?” dan bnyak lagilah yang selalu didengar oleh kita... Musibah atau ujian yang demikian bertubi-tubi terkadang menjadi satu kebenaran atas ucapan tersebut. Namun bagaimanakah sabar yang dicontohkan oleh para Nabi dan Rasul?






Kesabaran Nabi Nuh ‘alaihis salam


Nabi Nuh ‘alaihis salam berdakwah mengajak umatnya ke jalan ALLAH selama 995 tahun secara rahsia dan terang-terangan, malam dan siang hari, memberikan khabar gembira juga ancaman terhadapnya, akan tetapi beliau hanya mendapatkan keingkaran menyembah ALLAH SWT dari mereka, bahkan ada yg memperlekehkan dan ejekan. Akan tetapi Nabi Nuh tetap berdakwah dalam waktu tersebut tanpa kesal dan bosan. Setiap kali umatnyamenentang, maka beliau merubah caranya dalam berdakwah. Bagaimanapun keadaannya, beliau amat belas kasihan kepada umatnya dan takut jika mereka tertimpa azab Allah yang sangat pedih. Beliau sangat penyantun dan lapang dadanya dan sungguh telah menjadi teladan dalam kesungguhan dan telah berada dalam puncak kesabaran.
Allah mengabadikannya dalam al-Qur’an:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًافَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلا فِرَارًاوَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًاثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًاثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا“

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan, kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam.” (Nuh: 5-9)

Kesabaran Nuh bukan hanya dalam menghadapi kaumnya, juga sewaktu menghadapi keluarganya. Inilah fitnah dan dugaan yang hanya dihadapi oleh orang-orang yang bersabar.
Seorang da’ie terkadang diberikan ujian dan dugaan dengan sikap kaum dan rakan-rakannya, akan tetapi ketika dia kembali kepada keluarganya, maka ia mendapatkan ketenangan dan penyejuk hati. Manakala, Nabi Nuh AS diduga dengan sikap kaumnya dan keluarganya sekaligus.


Allah berfirman:
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا لِلَّذِينَ كَفَرُوا اِمْرَأَةَ نُوحٍ وَامْرَأَةَ لُوطٍ كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَقِيلَ ادْخُلا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ“Allah membuat istri Nuh dan istri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya); Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (at-Tahrim: 10)


Bukan hanya isterinya sahaja yang menjadi musibah dalam keluarga Nabi Nuh, akan tetapi anaknya juga menolak Islam dan membantah kata2 ayahnya sehingga dia masuk ke dalam golongan orang2 kafir..Nabi Nuh berusaha keras menyelamatkan anaknya, akan tetapi harapan tinggal harapan..



Allah berfirman:
وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَبْ مَعَنَا وَلا تَكُنْ مَعَ الْكَافِرِينَ قَالَ سَآوِي إِلَى جَبَلٍ يَعْصِمُنِي مِنَ الْمَاءِ قَالَ لا عَاصِمَ الْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِلا مَنْ رَحِمَ وَحَالَ بَيْنَهُمَا الْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ الْمُغْرَقِينَ
“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir. Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (Huud: 42-43)



Nabi Nuh telah dicuba dan bersabar, beliau berdo’a kepada Allah dan mendapatkan kemenangan, Allah pun memberikan kebaikan sebagai ganti atas apa yang diambil darinya. Allah menggantinya dengan memberikan zuriat sekaligus memperbanyakkan keturunan Nabi Nuh AS..
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ“Dan Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.” (ash-Shaffat: 77)




Serba-Serbi Sabar


Sabar yang banyak diperintahkan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah ini meliputi 3 keadaan:



  1. Sabar dalam menahan jiwa dalam ketaatan dan senantiasa menjaganya, memupuknya dengan keikhlasan dan menghiasinya dengan keilmuan. Di sini tetap berlaku seperti halnya ibadah yang lain, yaitu perlunya keikhlasan karena Allah dan perlunya ilmu agar kesabaran kita ada batasannya..
  2. Sabar dengan menahan diri dari segala kemaksiatan dan berdiri tegak melawan hawa nafsu.
     3.  Ridha dengan qadha dan qadar Allah tanpa mengeluh. Adapun mengeluh berupa mengadukan kepada Allah maka tidak mengapa, seperti ucapan Nabi Ya’qub ‘alahis salam,
قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لا تَعْلَمُونَ
“Yakub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (Yusuf: 86)
atau Nabi Ayyub ‘alahis salam,
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
“Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang.” (al-Anbiyaa’: 83)
Dengan sabar maka akan diketahui siapakah yang berada dalam barisan kaum mukminin dan membersihkan mereka dari orang-orang yang bisa melemahkan barisan mereka. Kita ingat kisah kemenangan pasukan Thalut melawan Jalut,
“Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan barang siapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku.” Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya.” Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah berkata: “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah: 249)
Beberapa medan kesabaran adalah sabar dalam menghadapi bencana dunia, dalam menghadapi hawa nafsu, dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah, dalam berdakwah, dalam kesempitan, dalam menghadapi anak-anak & isteri, dalam menghadapi saudara seagama dan sabar dalam menuntut ilmu.
Sabar mencakup segenap akhlak islami. Sifat ‘iffah (menjaga kehormatan) adalah sabar dalam menahan syahwat perut dan kemaluan.Syaja’ah (keberanian) adalah bersabar di medan tempur. Al-hilm (santun) adalah bersabar dalam menghadapi sikap membalas ketika marah. Lapang dada adalah bersabar dalam menghadapi rasa kesal. Qana’ah adalah bersabar dengan merasa cukup dengan yang ada.Kitman (menjaga rahasia) adalah bersabar dalam menyembunyikan satu urusan. Zuhud adalah bersabar dengan meninggalkan kelebihan dalam hidup.
Demikianlah bahwa pohon akhlak Islam itu digiring oleh sabar, karena itulah ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam ditanya tentang iman, beliau menjawab, “Toleransi dan kesabaran.” (Hadits hasan dikeluarkan oleh al-Hakim III/626, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah III/357 dan Syaikh Salim bin Ied al-Hilali menghasankan hadits ini)

Sabar memiliki beberapa syarat:


1. Ikhlas
2. Tidak mengeluh
3. Sabar pada waktunya terjadi musibah dan inilah sabar yang terpuji lagi berpahala.
Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi sebuah kuburan. Beliaupun berkata: “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Wanita itu menjawab dalam keadaan ia belum mengenali siapa yang menasehatinya: “Biarkan aku karena engkau tidak ditimpa musibah seperti musibahku” Selanjutnya dikabarkan kepadanya, “Yang menasehatimu adalah Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam.” Wanita itu (terkejut) bergegas mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam dan tidak didapatkannya penjaga pintu di sisi Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah aku tadi tidak mengenalimu.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda: “Hanyalah kesabaran itu pada goncangan yang pertama.” (HR. al-Bukhari III/148, al-Fath dan Muslim VI/277-288 an-Nawawi)
***
p/s Sabar tak semudah kata..Semoga Allah selalu menolong kita untuk bisa bersabar dalam setiap keadaan...الصبر من الإيمان.. ^__^


~عين kehidupan~
Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah