Wednesday, February 29, 2012

~Perjalanan JIHAD Fi sabilillah...~



Antara perkara yang sering bermain di fikiran, adakah jalan pintas atau 'shortcut' menuju syurga dan bertemu dengan Allah? Mungkin mereka yang merasakan bahawa amalan harian tidak cukup untuk bertemu dengan Tuhan dan amalan harian itu mengambil masa yang lama. Kita perlu tahu, jika kesabaran kita tidak mantap, ramai yang akan terlepas dan putus ditengah jalan. Sebenarnya, ada jalan pintas, yakni Jihad Fisabilillah (berjihad ke jalan Allah)

Kita sedia maklum, apabila membangkitkan soal jihad, pasti ramai yang akan berfikir "Tentera Jihad", "Bom Jihad", "Pengganas", "Al-Qaidah", "Jemaah Islamiyah", "Taliban", dan banyak lagi yang negetif yang membawa mereka berfikir kearah kekerasan, pembunuhan beramai-ramai, peperangan dan kematian. Malah ramai golongan kafir akan memikirkan bahawa Agama Islam sangat tidah berperikemanusiaan atau tidak manusiawi. Cuba kita renungkan sejenak, adakah itu yang dimaksudkan dengan jihad? Adakah itu jalan pintas untuk kita bertemu dengan Allah yakni atas dasar derita dan pertumpahan darah? Bukankah Islam merupakan anugerah(rahmat) bagi seluruh alam? Bukankah Islam mengajar tentang kasih sayang dan pendamaian? Adakah derita merupakan jalan pintas menuju Allah?

Sebenarnya, pemikiran seperti itu perlu kita betulkan. Ada ketika kita memahami sesuatu perkara dengan cetek, hingga kita sendiri, yakni umat Islam salah menafsirkannya. Adakala apabila kita belajar sesuatu perkara, kita sudah merasakan seolah-olah kita telah mengetahui segalanya. Akibatnya, sesuatu yang mulia di sisi Allah, direndahkan martabatnya, dipandang hina, direndahkan oleh umat Islam sendiri. Tidak dinafikan, dalam beberapa hadis, jihad membawa makna kearah peperangan. Malah, jika para ulama membahaskan isu mengenai peperangan pasti memberi tajuk "Bab Jihad". Memang benar berjihad ke jalan Allah membawa kita melalui jalan pintas untuk bertemu denganNYA kerana pahala dan darjat jihad adalah tinggi. Allah sendiri telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
''Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah An-Nisa Ayat 95-96)
Selain itu, jihad juga merupakan kemuncak cinta seorang hamba terhadap Sang Pencipta. Orang yang berjihad menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran seperti sakit, menderita, kehilangan harta benda, kehilangan keluarga bahkan hingga mengorbankan nyawa. Orang yang sanggup menempuh segala itu merupakan orang yang merasakan cintanya pada Allah sudah sebati dalam jiwanya hingga sanggup berkorban segalanya demi mengharapkan keredhaan dan balasan Allah. Apabila berjuang di jalan Allah, demi mendapat keredhaan Allah, demi cinta yang mendalam kepada Allah, dan apabila gugur di medan "jihad", maka tiada balasan yang lain melainkan ke syurga tanpa dihisab...SUBHANALLAH..
Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham mengenai makna dan konsep jihad, marilah kita sama-sama renungkan agar kita dapat memperbetulkan persoalan yang timbul mengenai "jihad" agar jihad tidak dilihat sebagai permusuhan, kekerasan, pertumpahan darah dan lain-lain...


Perjuangan bukan untuk mencari nama
Bukan juga untuk menempah tempat
Bukan juga untuk dipuji
Disebut...
Perjuangan bukan untuk mendapatkan pangkat
dan Mandat..
Perjuangan juga bukan bukan untuk menunjuk
dan beraksi..


TETAPI....


Perjuangan adalah SUNNAH para nabi..
Yang mesti dipikul bagi yang mampu
dan cukup ciri dan syarat...


KERANA


Perjuangan ini penuh ribuan kilogram beratnya..
Malah bertan milion beratnya...
Perjuangan mesti didasari dengan kefahaman yang panjang
dan Mendalam..
Bukan sewenang2nya untuk dilaksana
KERANA
Ini adalah perjuangan..
Yang bakal menempah SYAHID...
Perjuangan hanya untuk jiwa dan meresap ke jiwa
dan Rohnya untuk menegakkan agama Allah..
Maka ia tidak dibenarkan bagi mereka yang jahil
Untuk menyambung risalah ini...


-Mesti arif
-Teliti
-Berani
-Tegas
-Hikmah
-Faham
-Tahu
-Ikhlas
-Bersih
-Suci
-Tekad
-Kekal
-Utuh
-Sabar


dan segala sifat yang terpuji
Yang dipecah unsurnya dari sifat RABB
Yang disusun dasar dari sifat para NABI
Penghujungnya pejuang akan tahu siapa musuhnya
dan berhadapan dengan siapa
yang Akan memperguna segala ilmu teorinya
Dan segala pengalaman yang ditimbanya..


Kata Hamka dalam sasteranya;"Berguru dengan buku kau akan LUPA
Berguru dengan guru,keluar kanan dan 
kirinya,berguru dengan pengalaman 
ibarat parut yang melekat di badan".


Siapa yang sanggup memikul cita cinta ini?Tidak lain dan tidak bukan hanya mereka yang faham tuntutan hidupnya di dunia.
Maka Allah berfirman:Berlumbalah kamu ke arah kebaikan
Biar manusia melihat kepelikanmu dan mereka tertanya
Agar mereka mencari jawapannya
di atas Kepelikanmu
kerana jawapannya adalah dengan kehilanganmu
dan Di saat itulah baru mereka terasa bahawa 
betapa berharganya sebuah Perjuangan..(^^)


Sabda Rasulullah S.A.W;"Bekerjalah kamu di dunia seakan kamu ingin hidup selamanya,beramallah kamu di dunia seakan kamu akan mati keesokannya"


Perjuangan perlu diteruskan andainya sudah takdir sifat WAHAN makin menyelubngi ummatmu..




p/s:Al-jihadu fi sabilillah asma' amanina.. :))

 —  ^__^''

~عين Kehidupan~
Penulisan Dhaif..Semoga mendapat Ibarah..

Tuesday, February 7, 2012

-SITI KHADIJAH r.a, SRIKANDI PEJUANG ISLAM & PENEMAN HATI-



Salam Alayks kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.Mga RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH trcurah atas kita umat akhir zaman..insyaALLAH..Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk meneruskan bertinta lagi...Dah lama rasanya tak menaip..sunnguh diriku ini rindu untk brtinta..Dalam kesempatan ini ana ingin membawa para pembaca menelusuri sebuah kalam yg ringkas dan padat tentang Srikandi  Pejuang Islam..Semoga Srikandi ini dapat menjadi ''Role Model''  kepada kita semua insyaALLAH..


“Demi ALLAH, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan keperibadian Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama baginda. Seorang isteri sejati, Muslimah yang segenap kemampuan diri berkorban demi kegemilangan dan keagungan Islam.Bertapa mulia isteri Nabi Muhammad SAW dan patut dijadikan role model kepada semua wanita ISLAM di dunia ini..


”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?.  Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.


Perawat Duka, Khairul Anam...

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah S.A.W. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah S.A.W sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,
“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”. 
 Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah S.A.W.


”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah S.A.W dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”. 
Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. 

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah S.A.W bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah S.A.W dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah Radhialllahu 'Anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah S.A.W. 

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah S.A.W untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah Radhiallahu 'Anha. 

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].
 Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman


Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.


Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,
“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539] 

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.

Jom kita semua menghayati nasyid berkisarkan  Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah.

                                                                          Halwa Telinga 
Siti Khadijah

Album : 
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Siti Khadijah srikandi sejati
Kaulah lambang cinta sejati 
Srikandi pertama tika islam bermula 
Hatimu menyalakan keyakinan 
Hartamu membuktikan pengorbanan 


Rasul keseorangan engkaulah teman 
Dia tersisih engkau memilihnya 
Dia terbuang engkau menyayanginya 
Kerana iman kau sanggup berjuang 


O wo...
Siti Khadijah namamu indah 
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir 
Engkaulah insan terhampir 


Siti Khadijah mujahidah solehah 
Agung jasamu dipersada sejarah 
Pemergianmu ditangisi nabi 
Hingga kini tiada pengganti 


Sunyi jalan menuju Allah 
Menggamit hati mencari teman 
Indah jalan menuju allah 
Jika teman seperti Khadijah 
Masih ada lagi...

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah