Tuesday, August 14, 2012

Program Santai Ukhwah..


Salam Alayks..kaifahalukum wai kaifa iman..semoga sihat selalu dan sentiasa dirahmaati oleh ALLAH SWT..Ermm agak lama juga la ain tak update blog ni ye,sampai dah berhabuk..Rasanya tikus pon dah buat sarang kat sini..hehe..(nampak benor nipu nyerrr..hee).. Keletihan gerko masih terasa..Now,Alhamdulillah akhirnya selesai jugak GERKO..Subjek yang paling memenatkan.dah la kena pusing 1 tasik..kami puasa taw..tapi anggap saja lah ini kenangan yang paling terindah ..penat memang penat tapi best sangat...GERKO ni lebih kurang macam KOKORIKULUM la..Ada persatuan,kelab dan sebagainya..

Subjek nie wajib diambil sebab nak melatih bakal2 guru,bagaimana nak mengendalikan sesuatu persatuan nanti, bila dah terjun ke medan pendidikan yang sebenar..
Bukan senang nak jadi guru..Banyak benda yang nak kena belajar lagi..tapi yang paling penting adalah ikhlas dalam kerjaya dan banyakkan bersabar..Tahukah anda kajian menunjukan guru adalah yang paling banyak stress/tension..So banyakan lah bersabar and always berdoa moga ALLAH mudah urusan..insyaALLAH..Bila kita ikhlas insyaALLAH semua akan ok kan...Tapi kat sini bukanlah nak cerita pasal kepenatan tu tapi lebih kepada ukhwah yang diterapkan masa program itu dijalankan..


Ermm tergerak rasa hati ini untuk berbicara soal sahabat.. Masih ingatkah kita pada sahabat sepermainan kita? Masih ingatkah kita pada sahabat yang sentiasa bersama kita disaat kita susah dan senang? Ermmm.. Rasanya sahabat semua tentu rindukan kenangan dulu kan..ain pon..Tambahan lagi semasa kita bergelar kanak-kanak.. Kadang-kadang kita rindukan kehadiran teman, rakan taulan, saing, sahabat dan insan yang paling rapat dengan kita.. Adilnya ALLAH kerana mengurniakan kita pelbagai rakan yang punya banyak ragam..Kalo just 1 ja perangai tak best la kan..Haaa kat situlah kita menimba pengalaman untuk berhadapan dengan masyarakat luar nanti..Tambahan pulak sebagai seorang pendidik lagilah akan jumpa macam-macam ragam and kerenah student2..
dalam persahabatan tak mengenal usia ^_^
“Sebaik baik sahabat di sisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Satu perkara yang ingin kita lakukan biarlah kerana ALLAH..Tak kira lah apa sahaja yang ingin kita lakukan,bila kita melakukannya demi  ALLAH maka sesuatu keindahan dan kemanisan pasti kita perolehi..Percayalahh..Insya'ALLAH..S.A.H.A.B.A.T.. Begitu besar ertinya kepada kita..kadang-kadang ia boleh menjadi api pembakar semangat kita..Kadang-kadang ia boleh menjadi duri menyelinap kalbu kita.. Namun bagi ain, kita perlukan sahabat seperjuangan kerana mereka merupakan insan yang ada dengan kita bila kita berjauhan dengan keluarga tercinta..betol tak..

SAHABAT.. Begitu tinggi nilainya dan begitu mahal takrifnya.. Rasulullah juga bersahabat.. Bahkan sahabat bagindalah yang menjadi salah satu nadi utama Baginda dalam menegakkan Islam.. Jadi mengapa kita tak boleh nak mencontohi sifat Rasulullah ini?

aktiviti menaiki rakit..rakit(surat khabar) dah berlubang so pndai2 korang lah tak nak bagi jatuh.. ;p
Bila berbicara soal SAHABAT banyak kenangan indah dan gundah bila kita bersama dengan mereka.. Gelak tawa dikongsi bersama.. Kita bercerita dia bercerita kita bercita dia bercita dan kita bercinta dia juga bercinta..ehhh3 tapi jangan salah tafsir plak CINTA dengan ALLAH okay..no couple qabla nikah.. ^__^.. Sahabat kita makin bertambah bila kita keluar dari kepompong sombong dan malu.. Indahnya bersahabat bila ia turut sama di sertakan dengan syariat.. Islam sama skali tak melarang kita untuk bergaul dengan sesama manusia tapi ingatt!!! ada batasnya..jika pergaulan itu di langgar maka punahlah segalanya..So jaga ikhtilat okeyyyy... ^__~
Wahai teman-teman.. Sahabat kita bukan semuanya boleh mengikuti cara yang terbaik dalam hukum ISLAM.. Maka peranan kita sebagai DAi'e untuk membantu mereka supaya faham erti ISLAM yang sebenar.. Dan mereka juga yang akan menjadi tulang belakang kita bila disaat duka dan hiba..

To ALL my Friends.. Ain bersyukur kerana kalian telah mengajar ain bermacam2 benda.. Dari jahat sehinggalah kepada yang baik.. Maaf sahabat semua andainya coretan ini tak sempurna.. Namun sama2lah kita mengambil secebis pengalaman dalam melayari kehidupan bersahabat.. Salam kasih..Ilal liqa'

p/s Program Santai Ukhwah..Alhamdulillah tak lah susah sangat nak kendalikan games nie sebab semua orang bagi kerjasama yang paling terbaekk..Mabruk alayks to group Naruto and boboiboy bergabung(pelik betul nama group nie..heee) cause semua games yang kami buat semua korang sapu..Memang terbaekk lah... ^__^

ini lah muka-muka juara 3 kali berturut2..haha..Respek lah dengan korang..Sifat kerjasama and tlong-menolong tu lah yang membuatkan korang menang...ukhwah terbina atas keizinan ALLAH..Mabruk Alayks.. ^__^
Program santai ukhwah..group yg paling aktif..tgh cari idea nak wat tagline brkonsepkan kartun animasi :)
26 Ramadhan 1433 H
persahabatan yang akrab
tidak akan dapat 
dipisahkan melainkan
dengan kematian.. 

~Mata Kehidupan~

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah