Thursday, April 4, 2013

Ada apa pada kita .. ???


Apa yang ada pada kita,
Setitik cuma,
Dari lautan biru yang terbentang luas.

Apa yang ada pada kita,
Sebutir cuma,
Dari jutaan bintang yang berkerdipan.

Apa yang ada pada kita,
Sehelai cuma,
dari helaian daun-daun yang hijau.

Maka usahalah mendabik dada,
Kerana apa yang ada padaNya,
melimpahi samudera yang tidak bertepi,
Melebihi langit dan bumi.



04 Apr 2013 | 24 JamadilAwal 1434
Dugaan orang yang dalam
proses mendekatkan diri
kepada Allah SWT adalah 'RIAK'.
Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah