Monday, June 25, 2012

Meniti Alam Kehidupan yang baru..

Salam Alayks..kaifahalukum wai kaifa iman..semoga sihat selalu dan sentiasa dirahmaati oleh ALLAH SWT..Ermm agak lama juga la ain tak update blog ni ye.... ain minta maaf sangat-sangat sebab ain agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti di kampus dan sibuk juga mengatur hidup dan impian ain untuk menjadi seorang yang berjaya di dalam segala segi...insyaALLAH..Wah! bunyi macam serius je kan?? hehe..

Masjid AL-AZHAR KUIS
kehidupan ini kian berubah... mengikut detik masa yang berlalu....Kadang2 bila teringat balik kenangan masa lalu..rasa sayu ja hati ni dan terasa rindu pada zaman lampau..Tapi tu lah lumrah hidup,ia akan datang dan pergi bila-bila masa saja..Hanya orang yang tahu menggunakan masa yang ada dengan perkara2 berfaedah saja akan terasa setiap saat,minit,jam,sehari,seminggu,sebulan dan setahun sahaja akan benar2 menjadikan setiap masa itu amat berharga baginya kan..Alhamdulillah,setelah langkahnya kaki ku di alam kampus rasa diri ini lebih yakin dan kadang2 ada jugak lah perasaan gementar and takut tak mampu nak buat yang terbaik dalam hidup..ALLAH..setelah 2 minggu diri ini berada di bumi KUIS terasa semakin rumit tapi penuh dengan hikmah dan tersangat lah banyak input yang diperolehi disini..Dan kini baru lah terasa nikmatnya ber'UKWAH' dan nikmat ISLAM 2 sendiri yang dierapkan dalam Kolej ni.

Kelab/Persatuan untuk students UTARA
Bagi ain KUIS ini sudah cukup, kini ain bersyukur sangat pada yang ilahi kerana telah meberi ain peluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi2 dalam agama-Nya....Apa yang nak ain postkan bukan lah tentang benda ni tetapi kehidupan Islamic yang ditonjolkan oleh REKTOR or DEKAN KUIS ini kepada mahasiswa dan mahasisiwinya.SUBHANALLAH,banyak sungguh aktiviti Islamic yang cuba diterapkan kedalam jiwa student-student KUIS antaranya USRAH yang diwajibkan kepada semua student nya sama ada ASASI,DIPLOMA or DEGREE..usrah ni diadakan pada setiap hari jumaat dari pukul 11.00-1.00 tgh hari.Usrah juga merupakan satu jalan dimana boleh mendekatkan jiwa seseorang pelajar muslim dengan student lain atau dalam kata lain merapatkan ukhwah sesama sendiri...

Pelajar Antarabangsa

Bagi kos yang ain ambil nie,ain rsa bertuah dan bersyukur sangat sebab setiap hari jadual kami akan terisi dgn pelbagai progam..Setiap hari isnin hingga khamis seperti biasa lah akan ada kelas or kuliah..and then pada hari jumaat pulak akan dimulakan dengan TADARUS AL-QURAN dan di ikuti dengan USRAH...Di sebelah petang nya pula kami akan disajikan dengan progam MENTOR-MENTEE yang akan merapatkan lagi diantara student dan lecture..apa juga masalah boleh saja dikongsikan bersama-sama dan menyelesaikan masalah tersebut bersama-sama juga...mentor(lecture) ini diibaratkan sebagai ibu or bapa untuk mendengar segala masalah yang di alami oleh mente(student) itu sendiri...Pada hari sabtu pulak akan diadakan kokorikulum untuk student..selain itu,dalam kos yang ain ambil nie pihak fakulti menekan kan penggunaan Bahasa Arab dengan di adakan public speaking 2 kali dalam seminggu..Ya Rabb..bagi ain benda ini berat skit la..huhuhu..tapi tak pa,man jadda wa jada...perkataan 2 lah yang ain selalu pengang seandainya ain rasa ada diantara madah tu susah nak di score..tapi insyaALLAH..agi hidup agi ngalaban..(ehh tetiba ja keluar ayat rentap hehe) ..Sesi taaruf telah pun mennutup tirai dengan begitu gempak sekali tersa rindu dengan pengisian yang amat berguna..



Konsep ta'aruf kali ini berlainan sedikit sebab nya komuniti ta'aruf menggunakan konsep "kasih sayang''..ermm lain kan,(rasanyalah)selalu nya sesi ta'aruf ni mesti diterapkan dengan konsep wataniah..Laa tak tahu ke wataniah tu apa..alah macam konsep kem tentera tu la...hehehe...ALLAH tu maha mengetahui akan setiap hamba-hambanya..ALLAH itu maha melihat dan mengetahui apa yang baik untuk kita mahupun tak.Sedangkan pereka cipta manusia pun mengetahui apa yang perlu ada pada ciptaannnya, inikan pula Sang Khaliq Yang Maha Agung. Adakah kita lupa bahawa kita ini selalu mengakui keimanan kepadaNya, namun dimana iktiqad itu menghilang gara-gara kerana setitik kesenangan dan keperitan yang Dia turunkan sebagai ujian, maka kita tersungkur tidak ketepian merasai kekecewaan...Dengan mudahnya kita berputus asa dan menyalahkan takdir kerana setitik saja ujian yang menimpa diri..

Ingatlah firman ALLAH:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Qs 29:2)...


Ujian amat memeritkan diri, namun kita jangan lupa plak ujian adalah senjata yang paling ampuh dalam mendekatkan diri kepada ALLAH Rabbul Jalil...Cause ujian dan keperitan hiduplah, diri terus terngadah dari lamunann...Kerana virus kegelisahan inilah, maka didatangkan sakinah sebagai vaksinnya. Adakalanya, mereka yang gagal untuk bangkit akan kekal seperti biasa sehingga tibanya suatu ketetapan.Tapi ingat, piala kemenangan diberikan kepada mereka yang menyerahkan keputusan dan kebergantungan sepenuh hidupnya kepada ALLAH SWT...Ermm rasanya setakat ni lah dulu coretan ain..sampai ketemu lagi...ilal liqa'






5 SYA'BAN 1433 H
Ilmu adalah warisan
yang ditinggalkan oleh
Nabi Muhammad SAW
kepada umatnya..

~Mata Kehidupan~



Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah