Sunday, April 29, 2012

Pertanyaan yang selalu ditanyakan oleh NON-MUSLIM..


Islam menentang penyembahan berhala,tapi mengapa kaum muslimin menyembah dan sujud kepada Ka’bah ??

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ka'bah adalah kiblat yakni arah kaum muslimin menghadap dalam solat..Walaupun menghadap Ka’bah dalam solat, tidaklah menyembah Ka’bah. Sebab kaum Muslimin hanya menyembah dan bersujud kepada Allah. Disebutkan dalam surat Al-Baqarah ayat 144 :
“ Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya…”
1- Islam menghendaki persatuan

Ketika hendak menunaikasn shalat, biasa jadi ada sebagian yg ingin menghadap ke utara, sedangkan yg lain ingin ke selatan. Untuk menyatukan muslimin dalam beribadah kepada Allah maka kaum muslimin dimanapun berada diperintahkan ke satu arah, yaitu Ka’bah..


2) Ka’bah adalah pusat peta dunia

Kaum muslimin adalah umat pertama yg mengambar peta dunia. Mereka mengambar peta dengan selatan menunjuk keatas dan utara ke bawah. Ka’bah berada di pusatnya. Kemudian ahli barat membuat peta terbalik utara ke atas dan selatan ke bawah. Meski begitu, Alhamdulillah, Ka’bah terletak di tengah2 peta.

3) Tawaf keliling Ka’bah untuk menunjukan keesaan Allah

Ketika kaum muslimin pergi ke Masjidil Haram di Makkah, mereka melakukan tawaf atau berkeliling Ka’bah. Perbuatan ini melambangkan keimanan dan peribadatan kepada satu Tuhan. Sama persis dg lingkaran yg hanya satu pusat maka hanya Allah saja yg berhak disembah.

4) Hadits Umar bin Khathab

Mengenai batu hitam, Hajar Aswad, Umar bin Khathab berkata,” Aku tahu bahwa engkau hanyalah sebongkah batu yg tidak dapat mendatangkan mudarat maupun manfaat. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah menciummu, niscaya aku tidak menciummu”. (Shahih Bukhari II/56 (675)

5) Orang berdiri diatas Ka’bah dan mengumandangkan azan

Pada zaman Nabi, orang bahkan berdiri diatas Ka’bah dan mengumandangkan azan. Bisa ditanyakan kpd mereka yg menuduh kaum muslimin menyembah Ka’bah; penyembah berhala mana yang berdiri diatas berhala sesembahannya..??

Saturday, April 28, 2012

SAYA DAN ENCIK IMAN.....



Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

Thursday, April 26, 2012

Apa ciri2 KHALWAT yang sebenar??





Definisi Khalwat
Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, mak saudara dan sebagainya .

Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua-dua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.

Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

“Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati.” (Riwayat Bukhari)

Hukum Berchatting

Maksud berchatting yang dikira berkhalwat itu ialah menggunakan skype  atau YM hanya berdua-duaan sahaja. Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum,  dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah. Yang berbicara duduk atas pentas hanya mereka berdua  sahaja. Adakah kita katakan itu khalwat?

Namun begitu,halaqah tetap meletakkan peraturan tidak membenarkan perbincangan dua hala antara seorang lelaki dan seorang perempuan terutama di malam hari walaupun ilmiah.


Maksud berchatting yang dikira berkhalwat itu ialah menggunakan skype  atau YM hanya berdua-duaan sahaja.Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum,  dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah. Yang berbicara duduk atas pentas hanya mereka berdua  sahaja. Adakah kita katakan itu khalwat?

Namun begitu,halaqah tetap meletakkan peraturan tidak membenarkan perbincangan dua hala antara seorang lelaki dan seorang perempuan terutama di malam hari walaupun ilmiah.

Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum, dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah...

Seandainya Mereka Masih Ada..



" Seandainya Saidina Umar R.A. masih hidup, daku PERCAYA... ramailah PEMERINTAH akan DI PANCUNG kerana ketidak telusan mereka untuk mentadbir NEGARA hatta BERANI MENAFIKAN HUKUM ALLAH dan mereka berani mengatakan bahwasanya ianya HUKUM CIPTAAN AHLI FIQAH.... "

" Seandainya Sultan Muhammad Al-Fatih masih hidup, daku PERCAYA... akan di tawan oleh BELIAU keseluruh BENUA untuk beliau tegakkan kembali KALIMAH TAUHID di bumi ALLAH ini dengan izin-Nya "

"Seandainya Sallahudin Al-Ayubi masih hidup, daku PERCAYA... beliau tidak akan BERTOLERANSI dengan PENAWANAN MASJIDIL AL-AQSA!.. dan daku PERCAYA akan di kumpulkannya 1 orang pemuda yang mampu MEMBUNUH 10 orang musuh ketika bersemuka "

" Seandainya Khalid Bin Walid masih hidup, daku PERCAYA... beliau tidak akan membenarkan walaupun SATU INCI pun tanah di muka bumi ini di rampas oleh puak thougut... dan ini sendiri di akui oleh FATHER (Pemimpin Tinggi Pihak Gereja)... kata-kata Father kepada RAJA-RAJA ROM ; Kamu tidak akan pernah lihat satu PUAK yang mengabadikan dirinya kepada PENCIPTA lebih daripada diri mereka.. mereka mampu menawan 1 negara hanya dengan satu bilangan TENTERA yang tidak pernah leka dengan memikirkan tentang kehebatan PENCIPTA mereka... ketahuilah, ketika kamu bersua dengan mereka.. berdamailah.. kerana mereka bukan sembarangan PUAK ; "

" Seandainya Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup, daku PERCAYA... baginda akan merasa sedih melihat umat baginda yang berpecah belah.. dan tidak mengikut apa yang baginda syariatkan.... "

" Ya habiballah... sesungguhnya kami sangat RINDU akanmu... dan ingin sekali kami temui PEMIMPIN yang terakhir yang telah engkau sabdakan ;

Ali Bin Abi Talib r.a. menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Al Mahdi berasal dari Ahlul Bait kami yang diperbaiki Allah dalam satu malam.” (Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Maqah)

Diriwayatkan dari At Tirmidhi, Dari Abu Hurairah r.a. bahasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘ Jika sekiranya tidak tinggal dari dunia ini kecuali sehari, nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehingga memimpin seorang lelaki dari keluargaku, namanya serupa dengan namaku.”

Dari Abu Said r.a., dia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. bersabda,‘Al Mahdi dari keturunanku, lebar dan baik dahinya, mancung hidungnya, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana meluasnya kezaliman dan kekejian, dia memimpin selama tujuh tahun.’ (Hadis Riwayat Abu Daud)

Ya Rabb... ampunilah dosa-dosa kami.. dan tempatkanlah kami di dalam golongan orang yang engkau redhai dan jauhilah kami daripada siksa kubur... siksa kubur... siksa kubur... mahupun neraka-Mu.. Amin ya Rabb ".

----

" Peace For EVERYONE "

Monday, April 23, 2012

Kisah Malaikat Maut Menyamar




Ada seorang dari kalangan Bani Israil yang asyik menimbun harta yang banyak, semua diambil dan dikumpulnya. Dia membina satu istana yang lengkap dengan pengawal-pengawalnya dan semua ahli keluarganya dikumpul bersama. Pada suatu malam, dia duduk sambil mengangkat salah satu kakinya dan pembantunya sedang duduk bersila makan malam, manakala setelah pembantunya selesai makan, dia berkata : "Wahai diriku, berilah aku ketenangan, kerana aku sudah menyediakan semua keperluanmu".

Belum lagi habis kata-katanya, tiba-tiba datang malaikat Maut menyamar seperti pengemis, membawa kantung kosong seperti peminta sedekah. Kemudian dia menggoyang-goyangkan pintu dengan kuatnya sehingga mengejutkan semua penghuni rumah termasuk raja yang sedang goyang kaki di atas kerusinya.

Pengawal menemui tetamu tersebut dan bertanya : "Apa maksudmu ?"

Tetamu menjawab : "Tolong panggilkan tuanmu". 

Lantas pengawal istana menjawab : "Raja kami tidak mahu menemui tetamu seperti engkau". "Siapa engkau ?"

Kata malaikat Maut lagi : "Katakan kepada tuanmu, aku mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun saya mesti menemuinya".

Kemudian pintu digoyangkan lagi, jauh lebih kuat dari yang pertama. Oleh yang demikian, pengawal istana melompat ke arah tetamu.

Kemudian tetamu itu berkata lagi :"Beritahu kepada tuanmu bahawa saya adalah malaikat Maut"

Mereka dalam ketakutan dan tuannya pucat sambil berkata :"Elok-eloklah jika kamu bercakap kepadanya (malaikat maut)" Lalu pengawal itu menanya nyawa siapakah yang mahu diambil.

Kemudian malaikat Maut masuk ke bilik tuan tadi dan berkata :"Lakulah apa yang tuan mahu dengan harta tuan, yang jelas saya tidak akan keluar dari rumah ini sebelum nyawa tuan melayang"

Raja itu melihat dan menghitung semua hartanya dan berkata kepada hartanya : "Semoga engkau dilaknat Allah SWT, engkaulah yang membuat aku sibuk sehingga tidak sempat beribadah kepada Allah. Engkaulah yang menghalang aku daripada mengabdikan diri kepada Allah"

Kemudian dengan kuasa Allah, harta itu menjawab : "Mengapa tuan mencela aku ? Tuan telah menjadi raja dengan sebabku dan memperalatkanku, tuan dapat berkahwin dan bersenang-senang dengan wanita cantik kerana aku. Tuan sudah menjadi raja dengan sebab aku, bahkan tuan telah menggunakan aku ke jalan yang tidak baik, namun aku diam sahaja. Seandainya tuan memanfaatkan aku ke jalan yang baik, jelas tuan akan beruntung. Kita sama-sama dari tanah, boleh saja mendapat kebaikan utaupun dosa." Lalu malaikat Maut mencabut nyawa lelaki itu sehingga mati....

Saturday, April 21, 2012

~PERANAN MUSLIMIN SEBAGAI PEMIMPIN~



Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita . Peranan lelaki sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah sebagai pelindung kepada wanita2 di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

■Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
■Menjadi teladan yang baik.
■Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
■Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

"Hai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.." (At-Tahrim, 66:6)


Islam tidak pernah memuliakan lelaki sebagai pemimpin dengan tujuan supaya ia dapat menindas kaum Muslimah. Malah Islam telah menganjurkan lelaki supaya berlemah lembut dengan wanita..
Bahkan Rasulullah sendiri menganjurkan supaya berbuat baik dengan isteri.

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari ALLAH, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.
Firman Allah ( Al - A'raf : 189 ) mafhumnya :


"Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak"

Hakikatnya, kita mengakui bahawa wanita dan lelaki itu saling melengkapi, dan
Hakikatnya juga perlu ada gabungan lelaki yang menjadi pelindung dan jua wanita yang utuh menghijab diri untuk melindungi dirinya.'It takes two to tango'. Wanita juga perlu membina perisai pelindung :

~~ katakan "TIDAK" pada mana-mana lelaki yang mempergunakan, memperalatkan wanita untuk mencapai apa yang mereka ingini. Bentengkan diri kita dengan hijab kerana wanita itu umpama permata yang menjadi rebutan setiap kaum adam. Biar kita tak 'glamour' dek nama yang sentiasa meniti di bibir lelaki kerana keseksian kita, tapi akhirnya menjadi mangsa mereka. Biar kita dikatakan kolot sebab tidak bergaul dengan lelaki, tapi yang penting kita pertahankan maruah kita.

~~ jangan biarkan diri ditindas lelaki yang durjana! Lembut biar bertempat, malu biar kena gayanya. Bersuara bila perlu, bangkit bila hak kita dan maruah kita dicabul. Islam tidak pernah menafikan hak dan kepentingan wanita, malah membela wanita dan menyanjung tinggi wanita.

~~ Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmu nasib terbela. Dengan ilmu, InsyaAllah,kita akan hidup berlandaskan hukum Allah.. dengan berlandaskan hukum Allah pasti hidup kita berkat & dilimpahi rahmat Dunia & Akhirat..Amin ...ya Rabb :)


Friday, April 20, 2012

Manisnya Titisan Air Mata..


orang yang bertaubat dari dosa lalu seakan-akan bayi kecil yg xpenah melakukan dosa..

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan buah kelembutan hati dan pertanda kepekaan jiwanya terhadap berbagai peristiwa yang menimpa dirinya...

Apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu manusia menjadi sedar.. Sedar akan kelemahan-kelemahan dirinya, saat tiada lagi yang sanggup menolongnya selain ALLAH SWT.. Kesedaran yang membawa manfaat dunia dan akhirat.. Bukankah keadaan hati manusia tiada pernah stabil?? Selalu berbolak balik menuruti keadaan yang di hadapinya..Menangis merupakan sebuah bentuk pengakuan terhadap kebenaran...


Firman ALLAH SWT :
 “Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri)seraya berkata: “Ya Robb kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad)”. (QS. Al Maidah: 83)


Seorang wali ALLAH pernah berkata:  
"........apabila semasa berdoa, berdiri bulu roma, hati jadi berdebar, dan air mata berlinangan...maka doa itu akan diterima".


Seorang yang mengingati Allah dengan bersendirian memiliki 2 sifat yang hebat sekali..
Pertama => IKHLAS ( ruh segala amalan ), 
Kedua => TAQWA ( perasaan takut pada ALLAH atau rasa terharu kerana cinta kepada ALLAH) sehingga berlinangan air matanya.
Kedua-dua sifat ini adalah kelebihan yang sempurna.

Seorang penyair Urdu berkata:
" Tugas kami ialah menangis mengingati Kekasih pada waktu malam, tidur kami adalah mengingatiMu."

Menangis kerana mengingati ALLAH atau takut kepadaNya merupakan satu kurniaan yang sangat besar daripada ALLAH sendiri. Berbahagialah orang yang mempuyai nikmat ini..

Riwayat hadith menyatakan: 
"Sesiapa menangis kerana takutkan Allah, maka dia tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu masuk kembali ke dalam puting" Mustahil sekali untuk susu kembali kedalam puting. Inilah kelebihan orang yg menangis kerana Allah. Hatinya sayu apabila berzikir mengingati Allah.

Riwayat hadith yang lain menyatakan juga bahawa:
" Sesiapa menangis kerana takut kepada Allah walupun sedikit daripada air matanya menitis ke tanah, maka dia tidak akan diazab pada hari Qiamat".

Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadith bahawa:
"Api neraka diharamkan ke atas dua jenis mata. Pertama, mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Kedua, mata yang berjaga malam untuk memelihara Islam dan umat Islam daripada serangan orang2 kafir".

 Selain itu Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa :   
" Api neraka diharamkan atas mata yang mengangis kerana takut kepada Allah, mata yang tidak memandang sesuatu yang diharamkan (seperti memandang wanita yang bukan mahram dll) dan mata yang telah cedera di jalan Allah".


Ingatlah,hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang diperbuatnya selama di dunia.


“Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82)


Carilah kedamaian kerana ia amat menenangkan.. Carilah kebenaran kerana kebenaran jalan yg indah..Carilah Allah kerana Allah Maha Pengampun & Maha Mengetahui..
Tiada kata yg lebih indah selain bersyukur kepadaNya kerana Sinar-Nya masih belum pudar...Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah ..

[ ••• Menangislah ••• ]
•• Kerana tangisan adalah suara qalbumu yang paling dalam••

Rasulullah SAW bersabda: " 7 golongan akan diteduhi oleh bayangan rahmat Allah pada hari Qiamat"
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunnakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Allah. Mereka bertemu kerana Allah, dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan yang jelita, lalu dia berkata," Sesungguhnya saya takut kepada Allah!"
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.                                
     ~hadis riwayat Bukhari dan Muslim~

10 MAYAT ISTIMEWA DI AKHIRAT..



Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud.
Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati


1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6.Imam atau Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: 'Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.'

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, 'Wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang di firman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Wednesday, April 18, 2012

Mahar Cinta Seutas TASBIH

Salam alaik'..Salam Mahabbah....Salam ukhuwah dan Salam Perjuangan. Apa khabar sahabat dan sahabiah semua? Apa khabar iman kita? ana doakan moga sahabat dan sahabiah sentiasa berada dalam keadaan sihat wal-afiat dan iman sentiasa bertambah dari hari ke hari..InsyaALLAH..Hari nie insyaALLAH ana nak kongsi sikit story dengan antum..Boleh kan..hee..Seorang remaja pernah bertanya padaku..Jika kita nak kahwin, macam mana kita nak tahu peribadi si dia, seandainya kita tak berkawan dulu? '' ana tersenyum..

Ermm.. tentu susahkan nak tahu peribadi sorang lelaki/perempuan, lebih² lagi, bagi kita yang menjaga ikhtilad..tapi, ana ingin berkongsi, cara nak tahu peribadi si dia..

Lihatlah bagaimana ia menawarkarkan cintanya pada kita. Jika ia menawarkan cintanya dengan berkenalan, couple ,jumpa, dating, sms, fb, call.. tentunya cinta itu terlalu rapuh.

Tapi, jika ia menawarkan cintanya dengan meminta pertolongan orang tengah yang dipercayai peribadinya. InsyaAllah, inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Lebih yakin lagi, jika si dia meminta (dari orang yang dipercayai peribadinya) agar dicarikan untuknya. SubhanAllah! Di sini tergambar keindahan tawakalnya pada ALLAH dalam memilih calon suami/isterinya. Tentu suami/ isterinya juga soleh dan solehah kan..


Sedikit penerangan:
Cinta Selepas Nikah bukan bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta itu memang wujud...Cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi cinta.

Bagi ana, maksud cinta selepas nikah itu ialah "percintaan/bercinta" yang wujud hanyalah selepas nikah,hanyalah selepas sah akad nikah...

Tiada "percintaan/bercinta" sebelum nikah. kita lihat anak-anak muda sekarang kebanyakannya "bercinta" sebelum nikah atau istilah mereka "couple". Tiada istilah "Couple" dalam islam sebelum menikah. "Couple" itu wujud hanyalah selepas nikah...

Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi jangan "bercinta" sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang sebelum nikah boleh, tapi "kawal" nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu Fitrah, jangan jadikan ianya Fitnah... =)

Nikmatnya Cinta Selepas Nikah itu hanya dapat dirasai apabila kita melaluinya. InsyaAllah.
Redha ALLAH dicari, bukannya kemurkaan ALLAH.

ALLAH itu Maha Kuasa, ALLAH itu Pemurah. Dia tahu apa yang kita perlukan dan apa yang kita mahukan. Namun ALLAH akan memberi kita apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan. :)


Cinta ibarat kupu-kupu. Makin di kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila di biarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat yang tak diduga..

Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakitkan, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila diberikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan.. Cinta bukannya mencari seseorang yang "sempurna", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna...Couple dan cinta adalah tidak sama,niat tidak mnghalalkan cara..ingat yer..^__^

Tuesday, April 17, 2012

NABI YANG SELALU TIADA MAKAN

Kita pernah membaca cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu. Sukar hendak kita bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu.

Dalam buku Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman hasil karya Tok Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat (2008), antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang Ahzab, Rasulullah s.a.w. turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan.

Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati. Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong.

Dalam buku Meraih Keampunan Allah karangan Jamilah al-Mashri (2004), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari, Fatimah memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata : “Ini adalah makanan pertama yang dimakan oleh ayahmu sejak tiga hari yang lalu.”

Bayangkan! Rasulullah tiga hari tak makan! Ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, “Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya : ‘Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?’ Baginda menjawab : ‘Lapar, wahai Abu Hurairah’.”

Dan ada beberapa peristiwa lagi sirah Rasulullah, yang menyebabkan kita berfikir – alangkah berbezanya dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.

Tentulah ini bukan cerita tentang kedhoifan. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya baginda memilih untuk menjadi kaya. Baginda sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Siti Khadijah, mengAmanahkan perniagaan kepada Baginda SAW...

Para sahabat seperti Othman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian, hasil rampasan perang pun, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi SAW...sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, daripada Umar Al-Khattab, katanya : Pada suatu hari, saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas untuk mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir jelas kelihatan di bahagian rusuknya.


Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi, baginda tidak memilih yang itu.

Betapa zuhudnya baginda s.a.w. Membaca sirah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, akan membuatkan kita merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu.

Kita seringkali kekenyangan, seringkali diberi kemewahan. Kita juga seringkali merungut, itu tak sedap, itu tak kena dan macam-macam. Kita juga selalu merungut, tilam ni keras, simen ni panas dan lain-lain lagi.

Nabi s.a.w pula??

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.

Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.

Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Subhanallah... hebatnya pengorbanan dan kasih sayang yang ada pada baginda.

Bagaimana kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ??



Jika ku soal pada hati tentang apa yang diingini, pastilah aku ingin menjadi salah seorang pengikut yang amat setia padamu dan amat patuh pada ajaran yang dibawa olehMu. Pastinya aku ingin menjadi semulia insan yang berada di sampingmu wahai kekasih ALLAH..

Duhai diri, apakah mungkin fantasi menjadi realiti andai dirimu masih dibelenggu kejahilan, tersesat di dunia yang sementara, pujuklah hati, bawa hatimu kepada Ilahi.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad..

Sunday, April 8, 2012

Keajaiban Dari Jari Kita..

Salam Alayks Kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian..Kaifahalukum wa kaifa iman..?? ana doakan antum sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan iman sentiasa bertambah dari hari ke hari..insyaALLAH..Puji dan syukur kita panjatkan pada ALLAH SWT kerana hanya Dialah yang layak menerima segala puji-pujian. Selawat serta salam buat Rasul SAW junjungan yang telah membawa kita keluar dari kegelapan. Tanpa Baginda mungkin kita tidak di sini. Segala perit jerih Baginda tidak dapat kita balas. Kasih Baginda kepada seluruh ummatnya tiada tolak bandingnya. Salam sejahtera buatmu Ya Rasulullah SAW. Tidak lupa juga para sahabat, ahli keluarga Baginda dan tabi'-tabi'in seluruhnya.InsyaALLAH hari nie ana nak kongsikan sedikit nikmat yang ALLAH swt beri kepada kita melalui tangan..SubhanALLAH..Apa hikmah dan nikmat yang ALLAH bagi nie yer..hmmm jom baca...!!


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kitaa yang lima nie. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan kita.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari kita yang lima. Renung2 kan dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang???

Friday, April 6, 2012

Taktik Terkini Perompak...

Untuk keselamatan kita dan keluarga!! 



BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN (Menggunakan GPS )

Saya ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni

Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.

''Ada orang yang telah menembak kereta aku''..!!

Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.

“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.

Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.

Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang.

Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..

Kan??? bagaimana perompak dengan mudahnya mengenal pasti kediaman kita hanya dengan GPS yang terdapat dalam kereta kita..IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE IT... Oleh itu berhati-hati lah dengan taktik terkini yang perompak gunakan...

Thursday, April 5, 2012

Elakkan Berkata ”KALAU”

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:

”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah: Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)


=> Huraian :

1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa berwaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

Wednesday, April 4, 2012

3 Perkara yang disukai di dunia..

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat2nya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:“Apa yg kamu suka dari dunia ini?”

Dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra.“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1. Duduk2 bersamu Rasulullah
2. Melihat wajah Mu ya Rasulullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah “

Lalu Rasulullah bertanya dengan Saidina Umar ra.“Bagaimana pula dengan mu ya Umar?”Jawab saidina Omar“Ada 3 perkara juga yang aku suka:
1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2 .Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang2an
3.Berkata yang benar walaupun pahit

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?”Berkata Saidina Uthman“Ada 3 perkara yang aku suka:
1. Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur “

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?”“Aku juga cintakan 3 perkara:
1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang “

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu dzar “Apa yang kamu suka di dunia ini?”Berkata saidina Abu Dzar“Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.Lapar
2.Sakit
3.Mati “

Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”Berkata saidina Abu Dzar, “Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati..Aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosa2 ku...Aku sukakn maut kerana untuk bertemu Tuhanku”.. 

Kemudian bersabdalah Rasulullah saw“Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.Wangi2an
2.Wanita yg solehah
3.Solat menjadi penyejuk hati ku''

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah dan para sahabat. Kemudian malaikat Jibril mengatakan “Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:
1.Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin “

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi lagi ke bumi dan berkata“Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan ALLAH swt berkata; 
Sesungguhnya ALLAH suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian.''

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah