Sunday, April 10, 2016

Tak Nak Kahwin Ke?

"Kau ni memang taknak kahwin ke?" Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.

"Apa kau merepek?" Saya membalas ringkas.

"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku."

"Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.

"So, betullah kau taknak kahwin?" Soalan saya dibalas soalan.

Saya senyum. "Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang."

"Apa dia?"

"Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin."

"Sebab nak elak maksiat?"

"Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mungkin orang yang tidak mendekati jalan-jalan maksiat perlu khuatir akan terjebak dengan maksiat. Macam kau lalu jalan KL tapi khuatir sampai London." Saya ketawa sendiri, "Lagipun siapa jamin lepas kahwin kau tak mendekati maksiat? Kau tengok sendiri surat khabar berapa banyak kes-kes suami isteri curang."

Dia merenung jauh, "Sebab nak lengkapkan separuh Agama?"

Saya tersenyum, "Aku teringat kata-kata prof dr Yusuf Al-Qaradhawi. kau nak dengar?"

"Ceritalah."

"Katanya, semata-mata bernikah belumlah menunaikan makna melengkapkan separuh Agama, bahkan bernikah dengan wanita solehah, yang dapat membantu urusan Agama sang lelaki itulah dapat menunaikan maksud itu. Yang mengingatkan tatkala pasangannya lupa dengan urusan kepada Tuhannya. Yang mengingatkan apabila dia lalai dari kewajipannya, yang menguatkan pasanganya apabila dia lemah dari menunaikan tanggungjawab dakwahnya."

Saya berhenti, menarik nafas panjang, terasa sebak didada mengenangkan bait-bait kalimah ulama' tersohor itu, "Bahkan, boleh jadi nikah dengan pasangan yang kurang agamanya akan menjadi punca kemerosotan pasangannya. Dalam kalangan ikhwan, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita lalu semakin susut dari dakwah dan tanggungjawabnya maka mereka akan berkata, semoga Allah merahmatinya, dia telah pun meninggal pergi disibukkan dengan isterinya!"

Dia diam lama, sebelum kembali bertanya, "So kau tak nak usaha ke? ke kau ni memilih sangat?"

"Aku tengah usahalah ni. Usaha perbaiki diri, kalau ada pasangan aku kat dunia pun aku harap dia sedang memperbaiki diri, bersabar dan bersangka baik dengan Allah."

"Kau tak takut ke orang cerca kau kahwin lambat."

"Aku baru 26 kot." Saya tergelak besar,"lagipun kahwin lambat tu subjektif, kat negara arab maybe 18 tahun dah tua, kat korea 30 tahun pun muda lagi nak kahwin, kat England takde cop too old to get married. Benda subjektif, kau nak fikir cakap orang buat apa, asalkan Allah tak marah sudahlah."

"Kau ni mas, ade je nak menjawab kan."

Kami ketawa bersama, "Yang aku pelik, baju pengantin atau kain kapan, yang mana satu aku akan pakai dulu takde siapa tahu tapi tak pernah pula ada orang tanya aku -- macam mana? dah ready ke nak jumpa Allah."

Kami sama-sama diam. Cuba meneliti hati masing-masing.

Yang paling penting -- menilik-nilik diri, siapalah aku di hadapanMu, Ilahi. Bernikah atau tidak, ia rahsia mutlak pemilik diri, maka fokuslah pada apa yang pasti. Agama ini. Jalan ini. Bukankah terlalu banyak masa yang kita buang pergi -- Sampai saudara-saudara kita pun kita tak peduli lagi.

Salam cinta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Catatan Penulis*
       Cerita ini saya dapati di moment wechat. Ianya telah di kongsikan oleh sahabat saya. Agak menarik jugak mesej yang ingin disampaikan. Sebagai manusia tidak perlu lah kita terlalu mengejar cinta manusia sekiranya cinta manusia itu akan membawa kita lebih jauh daripada ALLAH. Sesungguhnya Cinta Pertama ialah Cinta ALLAH. Islam tidak menghalang percintaan diantara dua manusia tetapi haruslah berlandaskan syariat yang ditetapkan. Pesanan daku buat sahabat sekalian, Cintailah ALLAH dengan sesungguhnya kerana cinta ALLAH akan membuatkan manusia mencintai engkau kerana ALLAH. wallahu'alam sampai ketemu lagi. Ma'assalamah.



07 Apr 2016 | 29 JamadilAkhir 1437
*Belog cheq dah bertukar wajah.
Harap hampa suka.
Designnya just simple sahaja.
Fi Qalbi Lillahi Wa Rasulihi.*
_17.59\5.59pm_
-AINUL HAYAT/MATA KEHIDUPAN-

Thursday, March 31, 2016

I am Back !

Jari jemari seolah-olah bergetar bagai ada sesuatu yang bakal kunjung tiba. Ku kira mungkin lebih dua  tahun yang lalu blog ini tidak terupdate lantaran banyak faktor yang menyekat diri ini. Sebenarnya Faktor "malas" juga menjadi salah satu virus utama kenapa blog ini tidak terupate ^^'. Kali terakhir post bertarikh 21 Disember 2013. MasyaALLAH lamanyaa. :'(

Sepanjang dua tahun berlalu ada jugak terlintas untuk update . Tetapi ada saja maslahat yang tidak dapat dielakkan untuk diri ini post sehingga kadang2 kering idea untuk menaip apa ( macam sekarang) . Hahaha *tangan dibahu mata ke atas*

Rasa sedikit kekok lantaran diri ini lama tidak menjegah tiba disini. Lama diri ini menyepi dan sekarang muncul kembali. Alhamdulillah.. Assalamualaikum adik,kakak,abang, pok cik, mok cik sekalian. Kaifahalukum?? *Sambil lambai-lambai tangan. hehehe* ^_^



Alhamdulillah dalam tak sedar ramadhan sedang mengunjung tiba.. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita menyambut ketibaan bulan yang sangat diberkati oleh-Nya. Diharapkan moga kita sempat untuk berjumpa dengan ramadhan kali ini. So, Apa perancangan kita. Sudah fikir atau tak pernah terlintas langsung difikiran kita tentang Ramadhan..*Sambil angkat kening*

Bulan ramadhan adalah bulan yang dihadiahkan oleh ALLAH untuk kita umat Muhammad. Bagi sesiapa yang belum ganti puasa, diharapkan dapat ganti secepat yang mungkin. Jangan lengah dengan ALLAH. Bagi sesiapa yang sudah ganti, jom kita 'praktis'kan kembali skill kita untuk berpuasa dengan ditambahkan dengan amalan puasa sunat isnin dan khamis. *sambil angkat dua kening tanda sahut cabaran* :)



Ku kira sampai disini saja dahulu entri bagi tahun ini (2016) *cewwah* (sambil buat muka malu) °_°' . InsyaALLAH sekiranya diizinkan ALLAH kita bertemu lagi. Doakan diri ini diberikan kemudahan dan kebahagian dunia akhirat. Moga kau, aku dan kita diberi ke'faqihan' dalam agama serta istiqamah dalam perjuangan insyaALLAH amin. * tadah dua tangan n then sapu muka* :*)

Sampai ke temu lagi. Ma'assalamah wa ilal liqo'. 😊

...................... ehhhh !!!! *muka terkejut*. Sebelum terlupa syukran jazilan buat kalian yang sudi singgah dan baca entriku di sini . Moga dapat ibrah yang baik hendaknya. Dan diri ini juga memohon maaf kepada mereka-mereka yang bertanya bila blog ini nak berfungsi kembali *senyum simpul*. Sejuta kemaafan ku pohonkan. Doakan juga moga diri ini istiqamah dalam penulisan amin.

Degan lafaz basmallah ku undur diri dahulu untuk entri kali ni. Ma'assalamah. 😊


01 Apr 2016 | 23 JamadilAkhir 1437
Kalau solat tak jaga,
Semua tak berguna,
Kalau hubungan dengan ALLAH tak jaga,
lain tu takda makna.
12:30 a.m

-AINUL HAYAT/MATA KEHIDUPAN-

Saturday, December 21, 2013

Jangan tangguh taubat...

Menangguh-nangguhkan taubat adalah tanda panjang angan-angan.

Orang yang panjang angan-angan ni rasa dia akan masuk syurga tapi tak beramal, sebaliknya masih berbuat maksiat.

Atau dia fikir dia takkan masuk neraka kerana dia mengharapkan rahmat Allah tetapi amalan-amalannya adalah penderhakaan kepada ALLAH. Camne tuh?

Yang lebih teruk, dia rasa dia mati lama lagi. Mentang-mentang dia masih muda, jadi dia rasa dia akan mati bila dah tua.. Padahal mati tidak kira masa, keadaan atau tempat. Jadi, masa mudanya adalah ENJOY buat apa saja, beramal ni hanya untuk orang tua-tua.

Sepatutnya masa muda-muda inilah kita perlu cergas beramal soleh, supaya kite boleh rileks dimasa tua nanti. Sebab bila dah tua, dah memang tak larat nak beramal kuat-kuat, maka kita pun dapatlah berehat dengan tenang pada masa itu. Sebab kita dah beramal banyak-banyak semasa muda... So bila dah tua dan tak larat, fokus kepada yang wajib-wajib je. Sebab itu je yang terlarat...

Tapi orang muda yang enjoy dimasa mudanya, dan mengharapkan bila dah tua baru nak beramal soleh, bila dah tiba masanya dia menjadi seorang yang tua, pasti dia akan menyesal kerana tak beramal kuat-kuat semasa muda dahulu. Sebab????

Bila dah tua, tak larat dah nak beramal kuat-kuat. Nak pergi masjid pun tak larat dah. Nak puasa pun rasa macam tak makan setahun. Nak pergi haji pun tak larat dah. Pinggang asyik sakit-sakit, nak solat 5 waktu pun susah, apatah lagi nak buat solat-solat sunat. Kenapa? Sebab takde perancangan awal daripada muda..

Mati, adalah suatu perkara yang pasti akan berlaku kepada setiap makhluk. Malah di akhirat nanti, 'mati' pun akan 'mati'. Jadi kita dah tahu kita akan mati, tapi berapa ramai yang lebih takut mati berbanding takut tak cukup persediaan sebelum mati. Bila rasa amalan tak cukup, maka dia tambah amal... Kalau mati, matilah. Sekurang-kurangnya mati dalam keadaan berbekal amal soleh. Bukan mati dalam keadaan fakir; takdak amalan apa-apa tapi dosa ja yang banyak... ALLAHU..

Wallahualam.

19 safar 1435h/22 Disember13
Lepaskanku jahiliyyah,
jauhkan lah dariku,
Tersiksa imanku tika bersamamu,
YaALLAH perkuatkanlah aku,
ampunkan dosaku ikhlaskan,
dan thabatkanku dijalanmu.

-AINUL HAYAT/MATA KEHIDUPAN-

Tuesday, November 12, 2013

Salam Ukhwah Sahabat Baru ..


Seorang penyair berkata:

bila seorang teman bertutur tentang diriku,
yang memancing kemarahanku,
kumaafkan segala kesalahannya,
dan ku redam amarahku,
kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman.

"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah)
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana
nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran [3]: 103).

"Dia-lah (ALLAH) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang
Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati
mereka" (al-Anfal [8]: 62-63).

Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman dan aqidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana ALLAH dan merupakan tali iman yang paling
kuat.

Apalah erti hidup tanpa sahabat??? 
* ke ade je manusia yang sangat bahagia tanpa sahabat di sisi...???*

Rasulullah SAW bersabda:
Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana ALLAH, memusuhi kerana ALLAH, cinta kerana
ALLAH, dan benci kerana ALLAH 'Azzawa Jalla." (HR Thabrani)

:: Syukran sahabat atas ukhuwwah. Semoga mendapat manfaat dan ilmu berguna atas jalinan ini. Bersama saling ingat-mengingati dan dapat berbagi ilmu. Jazakumullah..WITH ALL SAHABAT2 BARU.. :))

p/s Dah lama tak update.. ALLAHHU .. Rasa sedikit kekok pulak bila menaip .. ^_^''

8 Muharram 1435h/12 November 13,
Kupu-kupu menjadi indah
ketika ia mampu berjuang
melepaskan diri dari kepongpong.

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah