Friday, May 25, 2012

ANDAI BAGINDA RASULLULLAH BERTANDANG KE RUMAH KITA..


Salam Alayks..Buat renungan kita bersama. Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin ALLAH tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita... Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita, Apa yang akan kita lakukan?? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk  Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan  Baginda  masuk ke ruang tamu kita...

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.  Baginda  tentu tersenyum...Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam...Baginda  tentu tetap tersenyum... Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD SAW yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.  Baginda  tentu tersenyum...

Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita ? Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.  Baginda  tentu tersenyum.. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja. Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar menjadi ruang Solat...

Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita...Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.  Baginda  tentu tersenyum..


Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita...Baginda  tentu tersenyum...Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita. Betapa senyum Baginda  masih ada di situ...

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita...... Apa yang akan kita lakukan ?Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan  Baginda  masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak Baginda  berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah.....
Masihkah  Baginda  tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir...
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah... Wallahua'allam.Buat renungan bersama...

Dihari yang berkah nie sama2 lah kita memperbanyakkan selawat keatas Baginda SAW..moga2 diberikan syafaat oleh Baginda SAW..insyaALLAH
4 REJAB 1433 H

Cintakan ALLAH
Sayangkan Nabi
Kasihkan IbuBapa....
~Mata Kehidupan~

Sunday, May 20, 2012

Mengemudi Sifat Marah

Salam Alayks dan Salam Mahabbah Fillah..Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.Mga RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH trcurah atas kita umat akhir zaman..insyaALLAH..Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana diberi peluang oleh ALLAH untuk meneruskan bertinta lagi..Okay get 2 the point...

Semua orang ada sifat marah kan..kata siapa yang tak marah dan semua orang ada sifat marah wa ana aidhan..kadang2 tak dapat nak lari dari sifat marah tapi ''AWAS'' Iman Syafie ada menegaskan: “ Marah adalah salah satu di antara panah syaitan yang mengandungi  racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan serta bala tenteranya.”Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu...jadi berpada2 lah..Bila tersa ja nak marah cepat lah ucap ASTAGFIRULLAH HAL 'AZIM..

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir ALLAH SWT bahkan insaf terhadap-Nya...

Ini kerana,mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah dan lebihkan sifat berSabar..


Nabi SAW pernah bersabda yang berbunyi : Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).


Melalui hadis nie kita dapat lihat kan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah membawa banyak keburukan..

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah ALLAH SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri jugak kan...

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. And then,kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan...

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Jadi nak mengatasi perasaan marah ada banyak panduan serta cara yang boleh diikuti..Nah hari ini ana nak kongsikan kata2 yang boleh di aplikasi dari Perunding Motivasi yang terkenal nih yaitu Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad..





Tak kira lah kat mana kita sekalipun,perlulah bijak mengawal perasaan marah. Semua orang boleh marah. Namun ada batasnya. Cikgu yang seorang guru pon marah dekat anak muridnya. Jadi marahlah dengan secara lembut. Tidak semestinya marah itu perlu diringi dengan perbuatan seperti memukul ataupun memaki hamun. Banyakkan membaca Al-Quran dan selalu beristighfar kepada ALLAH SWT..Renung-renungkan sampai termenung..hehe..selamat beramal wa ilal liqha'...Jumpa lagi..

bila dah marah..apa2 pon boleh terjadi but beware okay
26 JamadilAkhir 1433 H
Tiada hadiah yang 
lebih berharga daripada
nasihat yang baik..
~Mata Kehidupan~

Saturday, May 19, 2012

Mayat Baca Yasin..


Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..

Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan Dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput Dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang Negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan ALLAH... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ...sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji ALLAH pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya...

27 Jamadil Akhir1433
Sekiranya kita  buat 
baik pada ALLAH nescaya
ALLAH buat Baik kepada kita
~Mata Kehidupan~

Friday, May 18, 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?




Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh ALLAH SWT tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini...

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH SWT mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya..
26 Jamadil Akhir 1433H
Solatlah kamu sbelum 
kamu disolatkan..
~Mata Kehidupan~

Thursday, May 17, 2012

'PALESTINIAN HUNGER STRIKE'


SEKITAR ISU 'PALESTINIAN HUNGER STRIKE' : 
Penentangan Terhadap Sikap Bermuka-muka Warga Antarabangsa

Bahagian (1/4)

Pada hari ke-73 dalam usaha beliau meneruskan mogok lapar,Thaer Halahleh mula memuntahkan darah, darah juga kelihatan berjejeran dari bibir dan gusinya, beratnya pula menyusut serendah 121 paun , ini semua merupakan hanya sejuzu’ kecil dari kesan pra-mogok lapar yang dilakukan beliau .Warga Palestin yang berumur 30 tahun ini pada hakikatnya terinspirasi dengan jejak langkah Adnan Khader dan Hana Shalabi yang berjaya mendapat pembebasan melalui tindakan mogok lapar . Bersama-sama beliau juga adalah Bilal Diab, yang telah memasuki hari ke-72 dalam meneruskan protes yang bermakna ini. Bersama-sama,mereka berdua telah memberi inspirasi kepada lebih 2.500 banduan politik warga Palestin untuk melaksanakan mogok lapar demi menentang dan menzahirkan ketidakpuasan hati kepada polisi penahanan tanpa bicara Israel yang tidak mempunyai klausa takrif penahanan yang jelas.

Penahanan atas akta kesalamatan negara -penahanan individu tertentu tanpa perbicaraan ,berkaitan dengan alasan keselamatan atau keamanan-telah membentuk teras bagi lebih 1,500 undang-undang yang berkaitan dengan tindakan pengambil alihan hak yang hanya tertakluk kepada warga Palestin sahaja, diburukkan lagi dengan keadaan bahawa undang-undang ini adalah tertutup kepada pandangan balas rakyat atau warga awam. Undang-undang yang berasal dari British Mandate laws ini ,membenarkan pihak berkuasa Israel untuk menangkap warga Palestin sehingga 6 bulan dengan bukan sahaja tanpa bicara di mahkamah malah tanpa sebarang tuduhan sekalipun walaupun tanpa sebarang bukti yang menyabitkan pihak yang ditangkap.Arahan penangkapan pula boleh dilanjutkan dan diperbaharui sesuka hati pada setiap tempoh 6 bulan.

Ayed Dudeen merupakan salah seorang tahanan tanpa-bicara paling lama didalam tawanan Israel. Pertama kali ditangkap pada Oktober 2007, pihak berkuasa Israel memperbaharui penahanannya selama 30 kali tanpa sebarang tuduhan, dakwaan mahupun perbicaraan. Selepas meringkuk didalam penjara selama lebih 4 tahun tanpa sebarang proses,pihak penjara melepaskannya pada Ogos 2011 hanya demi menangkapnya kembali dua minggu kemudian.Isterinya Amal tidak lagi menceritkan kepada anak-anaknya bahawa ayahnya akan kembali ke rumah kerana dia berkata, “Saya tidak mahu memberi harapan yang palsu lagi,saya hanya berharap yang mimpi ngeri ini akan berlalu .”

Sumber : Richard Falk
Penterjemah : Akh TD



25 Jamadil Akhir 1433H
mati itu pasti,
jadi hidup biar bererti..
Alang-alang hidup,
 hiduplah sebagai da'ie.
Alang-alang mati,
matilah sebagai syuhada
srikandi ILLAHI..

~Mata Kehidupan~

Tuesday, May 15, 2012

BERAPA HARGA DIRI ANDA ???



Pernahkah anda terfikir untuk menjual diri anda?
Jika anda ingin menjualnya, berapa harga yang anda pinta?
Adakah anda percaya ada orang yang akan membelinya?

Usah pening kepala memikirkan jawapannya!
Sesungguhnya ada yang sedia membeli diri anda!
Harganya?
Tidak tergambar oleh anda!
JANNAH!

Tahukah anda apa itu JANNAH?

Suatu tempat yang luasnya antara langit dengan bumi
Keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak manusia.
Bayang sebatang pokok sahaja tidak mampu dilepasi oleh penunggang kuda paling pantas yang berlari tanpa henti selama 100 tahun!

Bersediakah anda untuk menjual diri anda kepada pembeli tersebut?
Itulah satu-satunya tawaran yang anda pernah terima sepanjang hayat anda.
Jika anda menolaknya maka tiada lagi tawaran selepas ini dari mana-mana pihakpun
Dan kalau ada, pastinya tidak akan ada yang mampu membayar harga yang lebih mahal daripada itu.

Kini, pilihan di tangan anda!
Nak jual atau tidak?
Kalau nak jual, sekaranglah masanya sebelum kaunter urusniaga ditutup.
Segeralah rebut.
Jika sudah bersedia, lafazkanlah aqad jual beli:

(أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله)

Selepas itu siapkan diri anda untuk berperang menegakkan agama Allah, membunuh dan terbunuh.
Bukan itu sahaja.

Anda juga perlu hiaskan diri seindah-indahnya dengan perhiasan yang digemari oleh pembeli anda, iaitu taubat, ibadat, memuji-muji namanya, berpuasa atau mengembara, membanyakkan solat (rukuk dan sujud), menyuruh ma’ruf, mencegah mungkar dan memelihara serta mempertahankan batasan-batasan agamanya.


23 Jamadil Akhir 1433H
Jangan jadi seperti
kacang lupakan kulit..

Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin..



Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.

Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.

 Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.



Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.

 Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

 Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan.

 Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.



Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10).

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.

sumber : Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin..

Saturday, May 12, 2012

Bicara Si Anak Kecil..




"Adik : Ummi,kalau adik nak pakai macam ummi boleh tak...

Abg : Ummi,abang pun nak pakai macam abi boleh tak....

Ummi : Anak-anak ummi nak pakai macam mana sayang... macam nie pun anak2 ummi sudah cantik dan hensem...kan abi sudah pesan suruh menutup aurat... ummi sudah tutup semua aurat adik dan abang...

Adik : Tapi kenapa ummi tutup muka,ummi,nmpak mata je?

Ummi : Oppssss,maksud sayang purdah ye..?

Abang : Kenapa hari-hari abi pakai songkok dan kopiah..

ummi,abang nak pakai juga ke.?

Adik : Iye,adik nak pakai macam ummi...

Ummi : Subhanallah,kamu anak-anak yang soleh dan solehah sayang...

Adik : Adik nak jaga abi dan abang,adik sayang abi dan abang.. adik tak nak abi dan abang kena seksa nanti sebab adik tak tutup aurat...

Abang : Abang pun nk jaga ummi dan abi jugak.. abang pun nak lindungi adik...

Ummi : Baiklah sayang,nanti ummi buatkan untuk adik dan abang... Nie mesti abi gembira tengok adik dan abang nnti.. Kite tunggu abi balik dari keje ye sayang.. adik dan abang bagi "Kejutan " kat abi...

Adik : Baik ummi,adik syg ummi... Terima Kasih..
Abang pun sayangkan jugakkkk... sayang adik sekali...
Ummi : Ummi pun sayang adik dan abang...Same-same sayang...

P/s : Jom Bidadari Kecil ummi,kita tutp aurat yerk syg... Semoga inilah anak-anak ummi nnti... Jika benar ini bicara kata si kecilku kelak.!!!
20 Jamadil Akhir 1433H
Anak-anak ibarat
kain putih..
~Mata Kehidupan~

Wednesday, May 9, 2012

BELIMBING MADU BUAT MAK


Dalam kereta tadi, dok terfikir2 kenapa hari ibu disambut dengan meriah... rasanya lebih meriah dari hari lahir Si Ibu.. "agaknyalaa..."

Masa kereta berhenti, tiba2 datang seorang Nyonya...

"Amoi.. mau angkat ini belimbing ka? Saya sendiri tanam. Talak baja kimia. Manyak baik. Kasi baik itu darah tinggi".

Hehe..tersenyum saya pandang nyonya bertopi ni..

Sempat lagi jual produk.

ALLAH..serta-merta teringat kat mak, bila dia sebut darah tinggi.

Demi mak, Nyonya ni dapat laa RM4.00.

Hurmm... bila kereta mula bergerak, ingatan tentang hari ibu datang lagi...

"Rasanya, x perlu tunggu hari ibu datang baru nak cari hadiah... Belimbing madu ni pun kira hadiah terbaik utk mak."

Aku senyum lagi...

Masa sampai kat rumah mak, dari jauh mak dah senyum...

Senyum semanis belimbing madu dari anaknya ini.

Terima kasih dari mak cukup bermakna bagiku...

Bukan rasa nak dihargai...tapi nak sangat mak tahu yang diriku sangat menghargainya...

Alhamdulillah... rasanya hari2 nak bagi mak hadiah..insyaALLAH..

Tak kira apa jua,sekalipun hanya sebungkus BELIMBING MADU...ia tetap berharga bagi diri seorang Ibu..

♥ Saya Sayang MAK ! ♥
17 JAMADIL AKHIR 1333H
She only One For Me
~mata kehidupan~

Friday, May 4, 2012

Siapa Orang Yang Berakal..





"orang yang berakal ialah orang yang dapat mengawal sifat mazmumah" (Imam Asy-Syafi'i)

ALLHURABBI...betapa ramainya umat islam sekarang yang tidak berakal termasuklah aku kerana gagal mengekang diri daripada sifat-sifat tercela. Walaupun secara realiti manusia tidak akan lari daripada kesalahan namun jika dilihat waktu ini sebenarnya manusia itu mengetahui bahawa mereka sebenarnya melakukan perkara-perkara yang dilarang ALLAH...

ada pun maksud manusia itu tidak lari daripada melakukan kesilapan adalah kesilapan yang tidak disengajakan...ada pun kita dihari ini acap kali melakukan kesilapan yang sama bahkan menambahkan lagi kesilapan-kesilapan yang lain.... T___T

namun ketahuilah para sahabat sekalian..bahawa pintu taubat sentiasa terbuka dan ALLAH sentiasa rindu akan doa daripada hamba-hambaNYA..malah SANG KHALIQ sentiasa mengampunkan hamba-hambaNYA yang menyerah diri kepadaNYA...

Anas RA berkata,Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ' Allah telah berfirman, " Hai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap pada-Ku dan tidak Aku hiraukan bagimu semua yang terjadi padamu dan tidak Aku hiraukan berapa banyaknya. Hai anak Adam, andaikan dosamu telah mencapai langit kemudian minta ampun pada-Ku, Aku ampunkan bagimu. Hai anak Adam, andaikan kamu menghadap pada-Ku dengan wadah di bumi penuh dosa tetapi kamu tidak mempersendakan Aku dengan sesuatu apa pun nescaya Aku isi semua wadah itu dengan pengampunan."' 
(Riwayat Attirmidzi)

maka para sahabat ayuh hari ini kita mulakan dengan menjauhi segala sifat mazmumah dan setiasa memohon taubat kepada ALLAH..moga-moga kita sentiasa mendapat rahmat daripadaNYA....insyaALLAH..Amin..


12 Jamadil Akhir 1433H
Put ALLAH 1st and
U will never be Last..
~Mata Kehidupan~

Indahnya Kasih Ibu..

αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα dαn kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,iαitu doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..

Wahai Anak....

Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa mu maka jangan menyusahkan mereka.
Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka maka jangan membuat mereka sedih.
Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum maka jangan membuat mereka menangis
Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka maka jangan kecewakan mereka.


p/s hargailah mereka sementara mereka masih hidup didunia ini..
12 Jamadil Akhir 1433 H
Kasih Ibu Mebawa
Ke Syurga Kasih Bapa
~MATA KEHIDUPAN~
kekal Selamanya..

Wednesday, May 2, 2012

Bangunlah wahai muslim, BANGUN!!!


Hari nie insyaALLAH nak share tentang video adik2ku..SubhanaALLAH sangat petah adik nie berbicara..  Semangat yang hidup dan kental! Mengalir airmataku di akhir garisan pidato semangat yang membuat diriku berimiginasikan tentang ketegasan dan kecekalan isteri2 nabi yang memperjuangkan islam...biar kita mati sebagai pejuang jangan hidup bernafas sebagai petualang..!!! Lailahaillallah Muhammadurrasulullah..Perjuangan bukan untuk mencari nama bukan juga untuk menempah tempat,bukan juga untuk dipuji,disebut...Perjuangan bukan untuk mendapatkan pangkat dan Mandat..Perjuangan juga bukan untuk menunjuk dan beraksi..TETAPI....Perjuangan adalah SUNNAH para nabi..Yang mesti dipikul bagi yang mampu dan cukup ciri dan syarat...Ini adalah perjuangan..Yang bakal menempah SYAHID...
Perjuangan hanya untuk jiwa dan meresap ke jiwa dan Rohnya untuk menegakkan agama Allah..
Sabda Rasulullah S.A.W;"Bekerjalah kamu di dunia seakan kamu ingin hidup selamanya,beramallah kamu di dunia seakan kamu akan mati keesokannya"
Perjuangan perlu diteruskan andainya sudah takdir sifat WAHAN makin menyelubngi ummatmu..



Ya! 500 tahun dahulu memang kita tersungkur di bumi,
Tetapi, adakah kita memerlukan 500 tahun untuk bangun?

Kita dilahirkan mulia, maka hidup mulia, mati juga sebagai mulia,
Kita perlu bangkit bersama, berjuang bersama,
Gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni,
Berat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing,
Hati kuman sama kita cecah, hati gajah sama kita lapah,
Biar seribu musuh di hadapan, kita serbu bak badai menggila,
Gayung sudah di tangan, perahu sudah di air.


Apa yang kita tunggu lagi wahai muslim? Mara ke depan!
BIAR KITA MATI SEBAGAI PEJUANG!
Jangan hidup bernafas sebagai petualang.

Ya Allah, pinjamkanlah kami keberanian Umar Al Khatab,
Ketangkasan Khalid Al Walid,
Kecekalan Tariq Bin Ziad,
Kekentalan Salahuddin Al Ayyubi,
Dan ketajaman Sultan Muhammd Al Fateh,
Satukan hati kami Ya Allah!!!


Ya ALLAH..moga diri kami sentiasa ada semangat perjuangan Baginda SAW..insyaALLAH..Al-jihadu fi sabilillah asma' amanina..Hayya bil jihad..
Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah