Thursday, April 26, 2012

Apa ciri2 KHALWAT yang sebenar??





Definisi Khalwat
Di antara jalan-jalan yang diharamkan Islam ialah: Bersendirian dengan seorang perempuan lain. Yang dimaksud perempuan lain, iaitu: bukan isteri, bukan salah satu kerabat yang haram dikahwin untuk selama-lamanya, seperti ibu, saudara, mak saudara dan sebagainya .

Ini bukan berarti menghilangkan kepercayaan kedua belah pihak atau salah satunya, tetapi demi menjaga kedua-dua insan tersebut dari perasaan-perasaan yang tidak baik yang biasa bergelora dalam hati ketika bertemunya dua jenis itu, tanpa ada orang ketiganya.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda sebagai berikut:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Jangan sekali-kali salah seorang di antara kamu menyendiri dengan seorang perempuan, kecuali bersama mahramnya.”

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang artinya: “Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,” mengatakan: maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Yakni cara seperti itu lebih ampuh untuk meniadakan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Ini berarti, bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Oleh kerana itu menjauhi hal tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi serta lebih sempurna penjagaannya.

Secara khusus, Rasulullah memperingatkan juga seorang laki-laki yang bersendirian dengan ipar. Sebab sering terjadi, kerana dianggap sudah terbiasa dan memperingan hal tersebut di kalangan keluarga, maka kadang-kadang membawa akibat yang tidak baik. kerana bersendirian dengan keluarga itu bahayanya lebih hebat daripada dengan orang lain, dan fitnah pun lebih kuat. Sebab memungkinkan dia dapat masuk tempat perempuan tersebut tanpa ada yang menegur. Berbeza sekali dengan orang lain.

Yang sama dengan ini ialah keluarga perempuan yang bukan mahramnya seperti kemanakannya baik dari pihak ayah atau ibu. Dia tidak boleh berkhalwat dengan mereka ini. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

“Hindarilah keluar-masuk rumah seorang perempuan. Kemudian ada seorang laki-laki dari sahabat Anshar bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana pendapatmu tentang ipar? Maka jawab Nabi: Bersendirian dengan ipar itu sama dengan menjumpai mati.” (Riwayat Bukhari)

Hukum Berchatting

Maksud berchatting yang dikira berkhalwat itu ialah menggunakan skype  atau YM hanya berdua-duaan sahaja. Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum,  dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah. Yang berbicara duduk atas pentas hanya mereka berdua  sahaja. Adakah kita katakan itu khalwat?

Namun begitu,halaqah tetap meletakkan peraturan tidak membenarkan perbincangan dua hala antara seorang lelaki dan seorang perempuan terutama di malam hari walaupun ilmiah.


Maksud berchatting yang dikira berkhalwat itu ialah menggunakan skype  atau YM hanya berdua-duaan sahaja.Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum,  dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah. Yang berbicara duduk atas pentas hanya mereka berdua  sahaja. Adakah kita katakan itu khalwat?

Namun begitu,halaqah tetap meletakkan peraturan tidak membenarkan perbincangan dua hala antara seorang lelaki dan seorang perempuan terutama di malam hari walaupun ilmiah.

Sedangkan ruang chatbox halaqah adalah ruang chatting terbuka. Beribu biji mata melihat dan membacanya. Ini sama diumpamakan suatu forum, dimana ahli panel terdiri seorang ustaz dan ustazah...

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah