Friday, September 30, 2011

Maharku Adalah Jihadmu..

✿ WANITA SOLEHAH akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran ✿ ~* Jika dia seorang ANAK maka dia akan menjadi anak yang SOLEHAH *~ ~* Jika dia seorang ISTERI..dia akan taat dan patuh kepada suami *~ ~* Jika dia seorang IBU..akan dicurahkan kasih sayangnya kepada untuk anak-anak *~ :: Begitu juga sebagai hamba Allah dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepadaNYa..:: :: Seterusnya wanita solehah mampu menghargai dirinya sendiri dan mampu menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan :: n_n’ Seorang lelaki yang akan bergelar suami Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah Dia seorang lelaki yang tegas dan berani Dia tidak pernah takut untuk berkata benar Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi Dia menasihati ku supaya mengingati mati Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa Dia memang sentiasa kelihatan penat Matanya penat kerana membaca Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Badannya letih kerana bermunajat di malam hari Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W. Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia Siapakah dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia Kerana.. Dia pilihan ku..
‎"Kalau berjodoh tidak ke mana." Walau jauh, Allah dekat, dekat dan dekatkan lagi. Sungguh, aturan Allah tidak dapat kita jangka. Tinggal kita saja, ‘minta sungguh-sungguh’ agar Allah bukakan hati dia untuk melamar kita. Kerana Allah-lah Maha Kuasa membukanya. Kita, senyum ^_^ Biar hati sahaja yang berbicara.
p/s : masih munggu siapa lah yg sudi melamar haty nie....hehehe...^_____^

Thursday, September 29, 2011

wahai En. Bakal Suamiku...

. Assalamualaikum , wahai En Bakal Suami . percayalah ini tulus dari hati Puan Bakal Isterimu . saat aku menulis , percayalah .. aku sudah lama memikirkan tentangnya . tentang KAMU :) Allah tu Maha Hebat kan ? Aku percaya ada sesuatu disebalik ' mengapa Dia merahsiakan keberadaanmu dan geranganmu daripada aku sendiri' :) kadang2 terdetik di hati . siapalah yg akan menyempurnakan agamaku ..? sebabnya .. aku penah terdengar mengenai hadith Rasullah , bahawa .. siapa yg tidak melakukan sunnah-ku (nikah) , maka dia bukan dari kalanganku ^^ pernikahan itu salah satu dari kesempurnaan agama . Maka , siapa yg bernikah .. agamanya telah sempurna :) insyaAllah dgn izinNya .. tatkala aku melihat rakan2 ku ada yg sering berdampingan dgn 'bakal suaminya' (barangkali) .. cepat2 aku istighfarkan hati dgn mengingatkan kembali apa yg aku pelajari 2 3 tahun yg dulu .. nak taw apa dia ? "Kalau kita couple , sume benda kita akan ceritakan kpd si dia . termasuklah kaum kerabat , makanan kgemaran , even posisi almari dan katil pun kita akan cerita . pendek kata , 'ambil berat' la katakan ... tp sejauh mana sesuatu tu akan sentiasa manis ? kalau SEMUAnya sudah si dia taw , jadi .. lepas nikah ... apa je yg tinggal ?? ntah2 akan terdiam sendiri , sbb tak taw nak ambik taw apa lg dan nak tanya apa lg ^^ " betul kan , wahai Bakal Suamiku .. betul la . setiap orang , terutama kaumku .. punya harapannya sendiri utk bahagia sampai ke syurga . jadi , ingin aku beritahu kamu tentang harapan aku terhadap kamu . takpe kan ? ^^ tolong bimbing aku supaya aku takutkan Tuhanku dan Tuhanmu . tolong bimbing aku supaya aku benci kpd godaan syaitan . tolong bimbing aku supaya aku tidak melupakan tanggungjawabku kpdmu terutamanya . sebabnya aku teringin menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti ... tolong bimbing aku supaya aku tidak lupa kpd ibu bapamu dan juga ibu bapaku . kerana aku taw , kamu yg berhak menentukan segala setelah memiliku . tolong bawa aku ke syurga nanti bersama2 mu dan Bakal anak2 kita yg soleh dan solehah .. aku mahu kamu sedar , yg aku tahu tentang perkara ni .. ibu bapaku yg susah payah membesarkan ku , akan tetap jatuh No 4 setelah aku kamu miliki . Kamu akan menjadi sesuatu yg penting bagiku setelah Allah . dan ibu bapamu akan menjadi lebih penting dari ibu bapaku sendiri . Lihat , indah bukan? aku menggambarkan ianya indah , sebab aku taw , kamu takutkan neraka ... tanggungjawab terhadap ibu bapa akan jatuh di bahumu . tp aku tak kisah , sebab aku taw .. kamu seorang zauj yg bertanggungjawab bukan ? :) insyaAllah .. terkadang aku terasa ingin bernikah secepat mungkin , sebab hadith ada mengatakan . Jalan mudah untuk seseorang perempuan itu memasuki syurga ... taat pada suami . tp apakan daya , aku belum sempurnakan diriku untuk menjadi yg sempurna buatmu . beri aku sedikit waktu lagi ^^ Kehadiranmu akan menyempurnakan akhiratku .
p/s : teringat pulak lagu Saat Lafaz Sakinah :) Heningnya Sunyi suasana Lafaz sakinah bermula Apa rasa Diterjemah hanya Sebak abah tangis ibunda Adalah aku wali puteriku Serah kini amanahku ini padamu Nafkahilah dia curah kasih dan cinta Lebih dari yang ku berikan kepadanya Chorus Dulu esakannya sandar di bahuku Tangisannya kini ku serah padamu Bukan bermakna dia bukan milikku Fitrahnya perlukanmu Jadikanlah dia wanita syurga Mengerti benar akan maharnya Taat itu bukan hanya pada nama Indah ia pada maksudnya Ku akur Akan pesanmu Puterimu kini amanahku Iringilah Dengan doamu Bahagia kami dari redhamu ^^

Sunday, September 18, 2011

Cinta ALLAH Cinta Abadi

Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukurKini kuharapkan cintaMu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu
Pemilik cinta selepas ALLAH...

Saturday, September 17, 2011


">

LAMARAN DARI PALASTINE


Dalam kedinginan air cond di bilik  kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan  berwajah kearaban. Hatiku

tertanya-tanya, “dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu  hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya,tiba-tiba pensyarah sudah ada di depan.Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran  ekonomi, Professor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa
kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku
apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas
kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.

“Assalamualaikum”, sapaku.
“waalaikumsalam warahmatullah”, jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?”, tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu”, jawab gadis dengan
Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu
gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam”.
“Nama saya Siti Hawa dari palestin”.
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”.
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel”, jawab Siti Hawa dalam nada yang
sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana
selepas habis belajar ?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”.
“Betul. Betul”. jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel”.
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini.Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel”.
“Keluarga kamu macam mana?”, tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel”.
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamubersabar”.
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami”.
“Insya-Allah”, jawabku.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas”, pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik”.
“Terima kasih”, balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat  dia seorang yang gadis yang lemah lembut  tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.


________________________________________________________________________



Pada majlis keamanan sejagat untuk  Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin  mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mata ku mencari-cari seorang yang bernama Siti  Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang.Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan ‘air cond’ dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan  berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan  Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut.Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat
palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman dibumi  Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis.Dan itulah kali pertama aku melihat airmata Siti Hawa. Air mata jernih yang
memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.


Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.

“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam. Eh ustaz, minum ustaz”
“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat
maklumat ada kenduri lepas jumaat ni kat Masjid Ar-Rahman”.
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”.
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel.kalau tak ada apa anta datang la”.
“Insya-Allah ustaz”.

dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar-Rahman untuk bersolat jumaat
di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf  jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis.Kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman
dengan membawa pelbagai kain rentang.Antaranya tertulis, “Hidup islam hancur
Israel!”. Aku pun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai ‘winbreaker’ untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. Belum pun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.

“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut  akta polis”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama”
“saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan”.
di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan
ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. Dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang
sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran
berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat  bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng
diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat.Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu

“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”

Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata
mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu.
Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku
terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hamper tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghyunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.

“Eh, kamu ke Siti Hawa?”, aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya”, Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”.
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang  yang  berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis”.
terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.


Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya.Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”.
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar disana dan saya telah menerima lamaran itu”.

Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa
kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang,bunga yang ku puja akan sunting orang.Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.
“selamat tinggal wahai sahabatku,hulurkanlah doa untuk perjuangan kami disana, saya akan tetap merindui kamu”.

Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan
bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga  dengan pemuda yang dikasihinya.



Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang.Hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika.Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang
berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri”. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama
isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah

SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya”. Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini
menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah...

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


Bila lar nak jmpa korang blk
Atas titi pon sempat lg posing P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku.... 
Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah