Friday, March 2, 2012

Pada siapa harus diletakkan cinta????


Hakikat Cinta!!!

Tiada siapa pun boleh lari daripada mencintai dan dicintai...Kemuncak cinta,ada org yg masuk syurga dan tidak kurang juga yg dihumban kedalam neraka gara2 cinta...Cinta yg bagaimn boleh membwa sesorang itu kesyurga,dan bagaimana pulak yg akan memsukkan kta kdlaam neraka??

Datangnya cinta dari 2 sumber yakni hawa nafsu dan dari ALLAH..Cinta yg dilhamkan nafsu berlaku bila hati kotor,sering melakukn dosa dan  tak pulak bertaubat.,Cinta nafsu itu tak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia sahaja....
Sebaliknya cinta yg dialirkan oleh ALLAH kedalam hati,itulah cinta yg benar,suci lagi murni...Cinta bukan diukur ikut pandagan mata sahaja akan tetapi megikut pandangan ALLAH...Ia bersebab kerana cinta diberi pun hanya untuk mendapat keredhaan ALLAH...Cinta begini tiada batasannya.Cinta lahir hasil daripada sama2 mcintai ALLAH YG AGUNG..

Ianya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,antara sahabat,kelurga dan sebgainya...Kalau ia berlaku antra lelaki dan perempuan yg tidak dikat oleh tali perkhawinan,mereka tidak akan perlu berjumpa,bercakap atau memerlukan apa saja yg bertentangan dengan kemahuan ALLAH.Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi.Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yg berlaku walaupun xpernah kenal atau baru kenal tetapi hati rasa sayang dan rindu.

Kalau berlaku antara suami isteri,maka isteri akan meletakkan ketaatan pada suami kerana cinta suami datang daripada ALLAH hasil daripada ketakwaan isteri.sumber cinta daripada ALLAH akan meletakkan ALLAH yg paling tinggi dan utama.bila berlaku pertembungan antara cinta ALLAH degn cinta makhluk,akan cinta ALLAH dimenangkan..
Cinta ALLAH adalah taraf cinta yg tertinggi...cinta pada ALLAH akan lahir bagi orang yg cukup kenal akan ALLAH.kerana cinta lahir bersebab...Semuanya datang daripada ALLAH-kebaikan,kemewahan dan kecintaan yg diberikan itu pun atas rahmat dan belas kasihan ALLAH pada kita...Walhal ALLAH boleh saja bila2 masa menarik rasa itu dari hati org2 tadi kalau ALLAH mahu...Segala nikmat itu pun datang daripada ALLAH dan diberikan kepada kita samaada pada masa kita ingat ataupun pada masa kita lalai...Begiulah kebaikkn ALLAH kepada kita-"kalau kau nak htungkn nikmat2 ALLAH kpd kta nescaya kamu tidak terhitung"
Oleh itu orang yg benar2 kenal dan beradab akan malu kepada ALLAH,dan cintanya hanya tertumpu kepada  ALLAH...Bila cinta kepada ALLAH sudah penuh dalam hatinya ,akan tidak ada tempat untuk cinta selain dari itu...Jika hati dan cinta itu diberikan pada manusia nescaya akan dirobek-robeknya..Akan tetapi kalau hati yg pecah itu diberikan kepada ALLAH nescaya akan dicantum-cantumkan-NYA.
Oleh itu,seseorang yg bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yg besar pada ALLAH,pada RASULULLAH SAW dan barulah pada makhluk2 lain disamping-NYA.Itulah perletakkan cinta yg betul dan mguntungkn didunia dan diakhirat.. 

-CINTA SEJATI-

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali ALLAH dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah cinta, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan cinta. ALLAH menciptakan naluri tersebut kerana ingin menyelamatkan, membahagiakan dan mententeramkan jiwa manusia. Tetapi cinta sekarang banyak yang meruntuhkan erti kemanusiaan itu sendiri. Bukannya menyelamatkan tetapi merosakkan. Hukum cinta perlu dipatuhi agar maksud penciptaannya tercapai.

Cintailah sesiapa pun, asalkan cinta itu dapat memberi lorong yang sebaik-baiknya untuk kita terus menyintai ALLAH...Cinta itu haruslah dibina atas dasar cinta kepada ALLAH. Sebagai bukti,
  • Pertama -->kita akan mendahulukan kehendak kecintaan kita kepada ALLAH melebihi kehendak kecintaan kita kepada yang lain.
  • Kedua -->. jangan sekali-kali melanggar batasan syariat ALLAH seperti 'dating', perbualan telefon maraton dan surat cinta.
Cinta suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya cinta ini. Kebiasaannya, cinta suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.
Jikalau cinta seseorang itu benar-benar hanya kerana ALLAH, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada ALLAH..Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan ALLAH semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta nafsu. Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang cintanya itu dibina atas dasar cinta kepada ALLAH jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu..


Semangat itu perlu untuk menghidupkan perjuangan yang telah lama mati dalam diri. Tetapi bukankah kita masih mempunyai ALLAH??? Bergantung sepenuhnya kepada ALLAH itulah sebaik-baik pilihan. Tidak ada usaha yang luar biasa dilakukan oleh pejuang-pejuang agama ALLAH untuk menegakkan kebenaran. Mereka hanya menundukkan nafsu dan menguasainya. Perjuangan menegakkan kalimah ALLAH memang pahit. Tohmahan dan hinaan datang silih berganti. Namun, Syurga dan segala nikmatnya telah dijanjikan oleh ALLAH buat hamba-hambaNya yang bersabar...

Tips macammana nak bagi orang yang kita berkenan,suka pada kita kalau dia jual mahal :


=> Bayangkan muka orang yang kita minat...



=>Baca surah Ar-Rahman 60 Kali..


=>Baca Surah As-Syura Ayat ke-19, sebanyak 19  kali..

=>Lepas baca niatkan supaya dilembutkan hati orang tu supaya suka pada kita..

p/s : TAK PAYAH BOMOH2..Mintak ja dengan ALLAH ..InsyaALLAH..tapi AWAS..Jangan salah guna plak ea..^_^''

~عين Kehidupan~

3 comments:

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah