Thursday, March 1, 2012

❤~Dasyatnya-Qiyamullail~❤

Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW,penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat2 baginda...



Salam alayks...Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi krana diberi peluang skali lagi untuk ana bertinta..insyaALLAH...Dah lama rsanya ana xmnulis entri sjak kebelakangan nie...insyaALLAH,ary nie ana nak kongsi skit tntg "Dasyatnya Qiyamullail"

Kalo sahabat2 nak tahu ,Umumnya waktu malam sering dianggap sebagai waktu yang menyeramkan dan menakutkan ..Namun disebalik kegelapan ddan kesunyian itu ,sebenarnya banyak terhimpun kekuatan dan nilai-nilai kerohanian..Bila manusia manfaatkannya bagi mengerjakan amal ibadah ataupun aktiviti2 positif yang lain,jiwa akan menjadi cerah dan pemikirannya menjadi cemerlang..Sejarah mencatatkan bahawa kejayaan dan kebaikan orang2 terdahulu tak dapat dipisahkan..daripada amalan menghidupkan malam..Mereka menghidupkan malam dengan melaksanakan pelbagai kegiatan rohaniah termasuk bertafakur dan merenung ayat-ayat Quran..Pada waktu malam jugak, terdapat waktu yang palingg istimewa iaitu ''sepertiga terakhir daripada malam''..

Haaa nak tahu tak kenapa ia dianggap istimewa???

Sebabnya,waktu malam adalah waktu turunnya ALLAH ke langit dunia,waktu penyaksian para Malaikat dan waktu doa dimakbulkan dan pada waktu tu lah Nabi S.A.W berTahajjud..wahh hebatkan waktu malam..Kalau antum nak tahu pada waktu malam jugalah Nabi Ya'akub memohon keampunan untuk anank2 nya..Selain itu,Waktu ini jugalah yang dimanfaatkan para ulama terdahulu bagi mengerjakan "Qiyamullail" ataupun lebih dikenali sebagai bangun malam..

Hebatnya Waktu Malam..

Ermm antum nak tahu tak,Kenapakah waktu malam dikatakan waktu yg paling hebat??Haaa Ini kerana ia adalah waktu yang palingg Istimewa bagi manusia macam kita nie berkomunikasi secara ghaib dengan ALLAH yang Maha pencipta..Waktu ini jugak lah ALLAH melimpahkan kekuatan spiritual rahmat dan kasih sayangnNya kepada kita..Bila cahaya matahari mulai redup menjelang kehadiran malam,cahaya Makrifatullah tampil menyinari kegelapan malam..

Dalam Surah ad-Dukhan ayat ke-3,ALLAH SWT berfirman:
'Sesungguhnya kami turunkan Quran itu pada malam yang diberkati..ssungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Dalam ayat ini,ALLAH menyifatkan malam sebagai waktu yang dibrkati..Walaupun malam yang diberkati dalam ayat diatas ditujukan pada waktu malam2 tertentu yakni malam al-Qadar(lailatul Qadar),namun ini jugak menandakan bahawa mana2 waktu malam adalah penuh dgn kemulian,keberkatan dan kebaikan..Yang menariknya disini adalah Keistimewaan ini hanya diberikan pada waktu malam sahaja dan bukan waktu siang..SubhanAllah hebatkann!!!!

Rasulullah S.AW bersabda:
''Pada waktu malam.ada suatu masa yang mana apabila seorang muslim mminta sesuatu kebaikan daripada ALLAH,ALLAH akan memberikan kebaikan yang dimintanya dan ia ada pada setiap malam" (hadis riwayat Muslim)
SubhanAllah..hadis ini membawa maksud pada setiap malam sepanjang tahun,terdapat waktu yng istimewa yg dirahsiakan ALLAH..Pada stiap malam, terdapat jugak waktu yang paling mustajab yang dijanjikan ALLAH..waktu ni hanya ada pda waktu malam sahaja dan tak dak pada waktu siang kecuali hari Jumaat..

Ermm sebut tentang hari Jumaat,hari ini adalah hari yang agung dan hari yang terbaik yang disinari mentari..Pada hari itu jugak lah Nabi Adam dijadikan..Adam AS diturunkan kebumi dan kemudiannya diwafatkan pada hari jumaat jugak..Selain itu kiamat akan berlaku bila sangkala kala ditiup dan semua makhluk terkejut..kalo antum nak tahu ada 1 waktu pda hari jumaat yg mana ALLAH tak kan menolak sebarang Doa asalkan doa itu xmelibatkan perkara haram..
Rasululllah SAW bersabda: ''Sesungguhnya pada hari jumaat trdapat waktu yang mana ALLAH memberikan stiap apa yg diminta oleh muslim dalam solat'' 
Hadis Rasululullah juga sering mnyatakan pda setiap malam ALLAH turun ke langit dunia dan rahmat serta kasih sayang kepada hambanya yang bermunajat dan berdoa padaNya..Hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani yg mana uthman bin abi al-Ash melaporkan bahawa Nabi SAW bersabda:
''Sesungguhnya ALLAH turun kelangit dunia pada setiap malam lalu berkata:Adakah wujud orang yang berdoa supaya aku dapat kabulkannya??Adakah wujud orang yang memohon ampun supaya aku dapat mengampuninya.."
Haa ini menunjukkan setiap saat pada waktu malam diselubungi rahmat,keampunan dan kasih sayang ALLAH.Hal ni tak berlaku pada waktu siang,yang mana ALLAH hanya turun pada waktu spesifik saja yakni pada hari Arafah jer..
Rasulullah SAW bersabda:
'Jika hari Arafah tiba,tuhan turun kelangit dunia bagi mmbanggakan mereka kepada para malaikat".
Ummu Salamah melaporkan..Rasulullah SAW bersabda:
"sebaik2 hari adalah hari Arafah..Pada hari itu,ALLAH turun ke langit dunia''..
Inilah yang mgukuhkan lagi kenyakinan yang mana waktu malam adalah waktu yg istimewa..Berkenaan makna "turunnya ALLAH" pulak ana akan beritahu antum di entri yang seterusnya plak yer...hoho ^__^

Ermm tak hairan la kan bila waktu malam dikhususkan sebagai waktu berlakunya pelbagai pencerahan ruhiyah dan puncak kerohanian..Hakikat ni terserlah lagi dalam beberapa peristiwa penting taw..

WAKTU ISRAK MIKRAJ RASULULLAH..

Jom lah kita perhatikan peristiwa IsrakMikraj yang dialami sendiri oleh Rasulullah SAW..sahabat2 smua nak tahu tak bila ia berlaku??ALLAH SWT menjelaskan peristiwa nie dalam surah Al-Israk ayat-1:
''Maha suci ALLAH yang memperjalankan hambanya Muhammad pada Malam hari dari Masjidil Haram di mekah ke Masjidil Aqsa di Palastien,yang kami berkati sekelilingnya bagi memperlihatkan kepada nya sebahagian daripada tanda2 kekuasaan dan kebesaran kami.Sesungguhnya ALLAH jugaklah yang maha mendengar,lagi maha mengetahui.''
Sebenarnya ALLAH mampu sahaja menggerakan Nabi pada bila2 masa ja,tak kira lah siang ataupun malam..tapi tahukah kalian kenapa dan mengapa ALLAH memilih waktu malam??
Sebabnya waktu malam adalah waktu yang paling istimewa..Malam juga adalah waktu pertemuan antara manusia dengan tuhannya,yakni waktu mikrajnya manusia..Oleh sebab 2 lah malam boleh mnjadi waktu yang penuh dengan nilai2 kerohanian..Malam juga adalah waktu dimana kekuatan batin dan ruh bersinar..

Israk adalah perjalanan pda waktu malam..ini bermakna perjalanan Rasulullah berlaku pada waktu malam yakni dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis..Mikraj pulak ialah naik..Dalam konteks peristiwa israk mikraj,Nabi SAW naik kelangit dunia hingga ke sidratul mumtaha,bersama2 dengan malaikat jibril dan didekatkan kepada ALLAH..

Dalam kalangan Umat Islam,mereka bersepakat Israk Mikraj mengandungi 2 hikmah iaitu:

Perjalanna ataupun pengalaman rohaniah yang dialamai rasulullah adalah pengalaman yang indah dan menakjubkan krana xdak sorang pun semasa zamannya mampu melakukan perkara yang Nabi lakukan..
Perjalanan ataupun pengalaman rohaniah yang dialamai Rasulullah dalam peristiwa Israk Mikraj adalah bukti kesucian visi dan peribadi beliau..Menurut Mutawalli asy-Sya'rawi,dalam peristiwa israk Mikraj,Nabi mengalami 3 peringkat iaitu: 

  • zatiyah basyariyah iaitu peringkat Nabi sbagai manusia biasa..ini berlaku semasa Israk..Dalam keadaan ini,jibril menunjukkan pelbagai peristiwa kepada Nabi dan Nabi bertanya kepada jibril mengenainya..
  • zatiyah malakiyah iaitu peringkat beliau mikraj..semasa ini berlaku,beliau dapat melihat malaikat..ini kerana Nabi sudah punmemasuki zatiyah malakiyah..Dalam keadaan itu,Nabi SAW sudah tidak brtanya lagi sebagaimana israk..
  • zatiyah malakiyah fauqa al-malakiyah,iaitu ketika beliau bergerak ke lautan cahaya tanpa disertai malaikat jibril.iaitu di sebaliksidratul muntaha..Jibril tidak mengikuti Nabi SAW kerana jibril tak mampu pergi ketempat tersebut..Disitulah,Nabi SAW berada dekat disamping ALLAH SWT.iaitu dalam jarak 2 busur ataupun lebih dekat lagi..Akan tetapi,ada jugak perbezaan pendapat sama ada kedudukan Nabi yang hampit itu membolehkannya melihat ALLAH ataupun tidak..Ibnu Abbas Al-Hasan yakin beliau dapat melihatnya,manakalah Aisyah dan para sahabat menolak pandangan itu..

SubhanALLAH sayangnya ALLAH dekat Nabi MUHMAMAD SAW sedangkan jibril pon tak mampu nak naik ke sidratul muntaha Allahhurabbi..
Semasa israk mikraj,sebahagian ayat atau tanda kekuasaan ALLAH diperlihatkan kepada Nabi SAW..Bermakna beliau dapat menyaksikan pelbagai peristiwa dan perkara2 penting yang berlaku di ''alam atas''

Antara hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj ialah:
kehebatan syurga adalah mengagumkan dan sksaan neraka adalah sangat dasyat..Jika Nabi tidak menyaksikan kedua2nya masa didunia,tetapi hanya pertama kali melihatnya pada hari kiamat,pada ketiaka itu Nabi mungkin disibukkan dengan keinginannya kepada syurga ataupun kekuatannya dengan seksaan neraka..Sebaliknya ,bila Nabi sudah mampu melihatnya di dunia semasa mikraj..sebab 2 kejadian itu tak lagi mengejutkan Nabi..Nabi SAW mampu bertenang dan sanggup memberikan syafaat..
dengan memperlihatkan para nabi dan malaikat kepada Nabi sewaktu mikraj,ia dapat menjadi sebab bagi kesempurnaan pemahamannya..Pengalaman Nabi SAW naik ke cakerawala dan menyaksikan keadan langit,kursi 'arasy bakal mempersiapkan beliau bagi mengharungi segala bentuk ujian dan cubaan didunia..Persiapan nie memungkinkan Nabi SAW memiliki kekuatan dalaman dan melihat ujian duniawi itu ringan dan mudah diharungi..Hasilnya yang kita dapat lihat hati Nabi SAW akn bertambah kuat dan semakin dan semakin cekal menjalankan dakwah tanpa perlu bimbang akan penentangan musuh2nya..

Dalam peristiwa ini juga,Rasulullah SAW mengalami 2 mikraj :-

*Mikraj Pertama => Mikraj di alam nyata yakni berlaku dari masjidil haram ke masjidil aqsa ..seterusnya melibatkan perjalanan menuju ke alam malakut dan tempat khalayak di langit..

*Mikraj Kedua =>Mikraj di alam arwah,iaitu perjalanan dari alam nyata menuju ke alam ghaib dan dari alam ghai ke kekosongan..

Ketika Nabi SAW hendak pulang ALLAH menyatakan "Musafir mmberikan buah tangan kepada saudaranya apabila Nabi SAW pulang ke TanahAir..Ssungguhnya pemberian buat umatmu adalah solat,yang mengumpulkan antara 2 mikraj iaitu Mikraj ragawi iaitu dengan adab dan perbuatan ..kedua ialah mikraj rohani iaitu zikir dan tingkah laku..'' 

Kalo antum nak tahu ,Nabi kita mengumpamakan solat sebagai mikraj orang mukmin ..ini bermaksud solat adalah perjalanan manusia bagi menemui ALLAH..Jadi,solat adalah punca segala ibadah..ini kerana solat adalah cara,proses dan usaha bagi menghadapnya,bertemu dengannya dan berdialog dengannya..Dalam solat kita melakukan komunikasi lisan dalam bentuk bacaan Quran,zikir dan doa serta komunikasi haliyah yakni dengan pelbagai bentuk pergerakkan..

Imam Ja'far shadiq berkata "apabila orang 'arif bersujud kepada pemilik segala Mikraj.Maka tersingkaplah hijab.Hati2 yang suci diangkat ke sidratul muntaha.Jelaslah kepadanya cahaya2 al-Quds yang menampakkan diri kepadanya..Cahaya itu menampakkan diri melalui taman2 kesucian al-haqqdan membukakan diri buatnya.."

Bila hati sesorang bersih daripada sebarang was2 semasa bersolat,itu bermakna dia memperoleh penyaksian (musyadah)..ini disebabkan hatinya bebas daripada kesusahan dan was2..Dalam hatinya dia menyaksikan segala kewalian dan kerajaan..Wallahu'alam.. ^__^''

P/s insyaALLAH ada lagi sambungannya 2nggu yer..hoho.. ~❤ ^__^ ❤~

❤~عين kehidupan~❤

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah