Thursday, March 29, 2012

Perlu ke Berdakwah..



Sesungguhnya setiap muslim itu adalah da’ie! terpikulnya tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar! Andai tidak mampu berdakwah melalui perucapan, berdakwahlah melalui penulisan kerana tidak ada alasan bagi kita semua untuk  meninggalkan dakwah...YA..sesungguhnya memang tak dak alasan untuk kita meninggalkan dakwah..

haa kalian nak tahu tak..KENAPA dan MENGAPA dakwah nie perlu dan apa kelebihan berdakwah nie??..seandainya kita tahu,dan mengerti kenapa penting dakwah sudah tentu tidak ada lagi alasan kita untuk stop berdakwah kan??

Haa mari sini ana nak tunjukkan antara kelebihan kita berdakwah..

Kelebihan berdakwah:

1-Besarnya pahala seorang da’ie
2-Semua manusia menantikan dakwah kita
3-Rahsia yang tidak kita ketahui, dakwah memanjangkan usia
4-Musuh-musuh ALLAH sentiasa menyerang kita

Antum nak tahu tak antara  ganjaran yang paling hebat buat para da'ie yang berdakwah:

“Turunlah kamu berdakwah kepada seorang manusia sahaja, hingga dengan perjuanganmu itu, dia dapat menempuh jalan hidayah dan beristiqomah didalamnya. Yakinlah sekalipun engkau tidur di saat dia solat malam, engkau makan di saat dia berpuasa, engkau tinggal dirumah saat dia mengerjakan haji, dan engkau tidak turut berjuang disaat dia berjihad di jalan ALLAH, pahalanya tetap akan mengalir untukmu, setara dengan pahalanya, tanpa dikurangi sedikitpun. Bagaimana jika engkau berjaya membimbing manusia lebih dari seorang?  Bagaimana pula jika engkau Berjaya membina manusia lebih dari sepuluh? Sungguh, engkau akan mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda”


Dinyatakan dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa menyeru kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi pahala mereka itu sedikit pun”

Inilah Sebabnya,betapa lumayannya ganjaran bagi mereka yang menyeru orang lain ke arah kebaikan, amal ma’ruf nahi mungkar. Dengan izin ALLAH SWT, Bila kita ikhlas berbuat sesuatu perkara LILLAHI TAALA,Pasti ganjaran di sisi ALLAH itu jauh lebih hebat dari apa yang dapat kita bayangkan...SubhanALLAH..

Teramat2 rugilah bagi mereka yang aktif memberikan alasan yang setengahnya tak masuk akal langsung...  Ramai dikalangan kita sekarang yang selalu memberi  alasan  dengan menyatakan bahawa ilmu masih tidak cukup, masih tidak bersedia dan belum mampu..tapi alasan yang paling power yang sering kali digunakan ialah "maaf lah I bukan dari aliran agama"...Persoalan nya disni  Tak kan budak kos agama ja nak masuk syurga...budak kos laen tak nak masuk syurga ka??..sangat tak masuk akal lah dengan jawapan2 yang sebegini..Ini bukan soal dari aliran agama atau tidak, tapi ini soal tanggungjawab kita pada ISLAM yakni agama kita yang dibawa oleh Nabi SAW...

Kenapa tidak kita usahakan untuk itu?..disamping memenuhi keperluan duniawi, kenapa tidak kita turut sama mencari bekalan untuk akhirat kita?..bukankah dunia ini kita akan tinggalkan? Dan akhirat itu suatu yang kekal abadi?

Tidak kurang juga, ada yang memberikan alasan bahawa umat Islam  sentiasa  dalam kebaikan, jadi tidak perlulah untuk kita berdakwah..Malah yang paling mengecewakan adalah bagi mereka yang sibuk memikirkan masa depan, perut sendiri dan anak isteri sahaja. Alasan-alasan inilah yang selalu menyebabkan seseorang berpaling dari kewajipan berdakwah… ALLAHHUAKHBAR..


Jangan tunggu lagi…

“kita bukan menunggu peluang tetapi kita perlu mencari peluang’'

Kita sebenarnya punyai banyak peluang. Peluang untuk Berjaya, berubah kearah yang lebih baik atau peluang untuk berdakwah! Namun kadang-kadang kita mensia-siakannya seakan-akan kita yakin bahawa kita akan dapat peluang itu kembali. Seakan-akan kita pasti masa itu akan berpusing semula.Maaf jawapannya Tidak sama sekali!!! Carilah ia. Peluang itu tidak akan datang, jika kita tidak berusaha mencarinya padahal peluang itu terbuka luas...

Tidak kira siapapun anda atau apapun pekerjaan anda. Samada anda adalah pelajar, guru, doktor, pensyarah, akauntan atau meskipun pekerja bawahan. Kerana kita ini dilahirkan dengan satu tujuan dan masing-masing akan buat kearah menuju tujuan itu dalam pelbagai cara. Tujuan untuk mencapai kehidupan dalam mencari redha ILLAHI.Dan sentiasalah menjadikan semua amalan kita sebagai ibadah.

satu yang ana nak pesan..Ingat! Kita bukan diciptakan untuk sia-sia.

Firman ALLAH dalam surah Al-Mu’minun(23): 114-115

“kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja jika kamu benar-benar mengetahui.” Maka apakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami?

Apabila dikatakan tujuan, ia mestilah terletak pada peranan dan tanggungjawab. Samada melakukan amanah yang diberikan oleh ALLAH atau mengabaikan sahaja amanah itu seperti menidakkan itu adalah tugas kita? Seperti kita mengkhianatinya. Marilah menganalisa dir sendirii.Sejauh mana kita menggunakan semaksimum mungkin peluang yang kita ada yakni pangkat, harta, masa atau segala-galanya untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut..Yakni Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ALLAH!

Amanah tetap amanah.Jika dimungkiri,pembalasan itu akan diterima. Samada di dunia atau akhirat kelak.Samada hukuman penjara atau hukuman neraka. Itulah hakikatnya. Tidak ada seorang pun yang boleh menafikan..

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu khianati ALLAH dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui. (surah Al-Anfaal(8):27)

oleh itu marilah sama2 kita sportcheck diri kita.Peluang ada di hadapan mata dan di merata-rata...

Akhir kalam,Semoga semangat kita mampu tumbuh untuk mula berdakwah. Bagi yang baru mula mengorak langkah, selamat berdakwah. Dan bagi yang sudah lama, marilah sama-sama kita menyegarkan kembali semangat untuk terus berdakwah.

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah