Wednesday, March 28, 2012

Revolusi Syiria

Salam alaik' sahabat wa sahabiah ana sekalian.Kaifahalukum wa kaifa iman..Diharap moga kedua2 nya sihat dan bertambah keimanan kita dari semasa ke semasa..insya ALLAH..Hari ni insyaALLAH ana ingin berkongsi sedikit tentang revolusi dibumi 'SYAM'..Saat mengarang entri ini, ana bertemankan kedamaian dan ketenangan suasana. Apatah lagi, hujan yang menghambat membasahi bumi ketika ini melunakkan lagi jiwa yang sentiasa penuh menagih simpati redha dari Sang ILLAHI..Sedang kita asyik di ulit dengan kegembiraan, kita seolah2 terlupa ada yang masih menderita atas ketindasan pemimpin yang zalim.Sayang sekali saat saudara kita disana menderita ditindas ada antara kita disini yg  tak cakna..Sungguh Syria memerlukan doa kita semua..Semoga saudara2 muslim kita di syria mendapat kemenangan di dunia & akhirat..love our muslim brothers n sisters in Syria..

Diriku selalu berfikir ''kenapa revolusi di syiria kurang mendapat smbutan di media2 berbanding negara islam yg ditindas laen''...Sayu rasa hati nie saat negara yg paling ana teringin sangat nak pergi dan belajar erti kehidupan telah dinodai oleh pemimpin yang berhati busuk dan kejam keatas rakyatnya sendiri... Allah,Allah,Allah...Laknatullah ala basyar al-hayawaan..

Rombongan Pertubuhan Ulama' Islam di Syria dengan diketuai oleh Presidennya, Syeikh Ahmed Mohammed Najib telah menziarahi Ketua Ikatan Ulama' Syria, Syeikh Dr.Muhammad Ali As-Sobuni selepas beliau menjalani rawatan akibat keuzuran yang menimpa. Semoga Allah menganugerahkan kesihatan buat Syeikh Dr. As-Sobuni dalam meneruskan usaha menggerakkan kebangkitan rakyat Syria.
 (Gambar terbaru Dr. Ali As-Sobuni)
Seorang lagi wira negara Syria, Brig.Jeneral Abdel Latif Abdel Ghani gugur syahid 3 hari yang lalu...

Beliau pernah ditangkap sejak 7 bulan lalu. Dua hari lepas, pihak tentera rejim telah membebaskannya selepas dilihat tidak memberi apa-apa kesan sekalipun beliau telah didera dan diseksa dengan teruk. Berusia 63 tahun, syahid tiga hari yang lalu selepas terkena tembakan dalam operasi ketenteraan rejim Basyar. Kalam terakhir yang keluar dari mulut beliau, "Semoga Allah membalas buat mereka." Semoga roh beliau dirahmati Allah...

Ini salah 1 video yang tebaru ana perolehi..‎ Ya Allah..speechless tengok keadaan di sana.. ALLAHU RABBI..Segerakanlah pertolongan-MU ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram.Ya Allah! Hancurkanlah Basyar dan Sekutunya. Allahumma Ameen...


Baru2 nie,pada 26 Mac 2012, di Homs,Seorang gadis gugur syahid disamping ibunya di tepi jalan manakala seorang lelaki syahid dalam sebuah kenderaan. Apabila dipanggil berkali2 "adakah kamu masih hidup??" ''Allahyarhamhu" telah disahakan mati setelah diserang oleh rejim Basyar petang tadi...Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID...biiznillah..

Punca Revolusi.

Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah "RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN" ..Slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg ber'revolusi'.Bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan...Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria...

Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)

1.  Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.

2.  39,000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3.  Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.

4.  9,000 tahanan ditahan.

5.  413 orang telah syahid didalam penjara.

6.  Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7.  Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

8.  Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9.  Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

10.  Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri drpd 3 keluarga besar, 6% drpd posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi drpd golongan kuffar.. tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah.. kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi israel.. rakyat2 sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.. hasbunallahu wa neemal wakeel.

Buat kita yang tinggal di bumi yang aman ini, seharusnya kita semua mengambil pengajaran dan bersiap sedia dalam meningkatkan keimanan kita semua.  Ini semua adalah antara tanda Hari Kiamat sudah semakin hampir.Semoga ALLAH menetapkan keimanan kita semua, Amin…

Kepada ALLAH jualah kita memohon perlindungan, pertolongan dan pengharapan.

Nak tahu keterang lebih lanjut boleh lihat di link nie http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=534


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah