Friday, March 23, 2012

Mabuk Cinta Halal...


Cinta kami bukan lah cinta yang biasa-biasa, bukan juga luar biasa. Cinta ini baru sahaja berputik, lantas tumbuh subur selepas sah nya lafaz ijab kabul. Ia bersemi selepas kami saling menyerah kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan suami, selepas saya memberikan sepenuh cinta dan jiwa saya kepada suami setelah cinta saya pada Allah dan Rasul. Bukan Cinta Biasa Semasa tempoh bertunang, teman-teman kerap bertanya tentang hubungan cinta kami, saya biasanya akan tersenyum sahaja. Sukarnya memberi jawapan kerana kami tidak pernah ‘bercinta’ sebelumnya. Hubungan kami cuma diikat janji setia untuk saling menunggu sehingga tiba masa selayaknya mengikat perkahwinan. Tiada madah cinta menghiasi bicara, tiada SMS atau panggilan telefon melainkan benar-benar daruri, tidak pernah keluar berduaan walaupun sekali apatah lagi duduk berdekatan atau berpimpinan tangan. Saya kerap dilontarkan pelbagai persoalan dan komen oleh teman-teman, antaranya:

“Did you two meet via matchmaking?” “Pelik nya, dah bertunang pun tak dating….” “Kenapa tak call tunang awak?

Soalan-soalan dan komen tersebut membuat saya lucu, kadang-kadang sedikit segan dan serba salah. Selalunya saya menjawab soalan teman-teman dengan gurauan yang benar,

“Saya nak bercinta selepas kahwin.”

Teman-teman terdiam dan tersenyum menyambut jawapan saya. Mungkin ada yang menganggap saya kolot atau pelik, saya tidak peduli. Pada mereka yang lebih mudah memahami, saya terangkan sebab-sebab saya tidak ‘bercinta’ sebelum berkahwin:

• Saya telah melihat banyak insan yang bercinta, dan saya menginsafi bahawa betapa besar biusan cinta yang mampu mengubah madu menjadi racun begitu juga sebaliknya. Yang lebih parah lagi jika cinta menjadi sebab manusia membelakangkan agama. Saya kira saya tidak kuat untuk menghadapi cabaran cinta ini, maka saya mengundur diri dari bercinta pada yang tidak halal.

• Saya sangat-sangat mendambakan cinta dan redha Allah dalam kehidupan saya yang tidak akan dapat saya raih jika saya tidak menjaga keberkatan dalam kehidupan saya. Mana mungkin rumahtangga yang saya harapkan menjadi syurga dunia dan akhirat saya dilimpahi keberkatan jika pada awalnya saya melanggar syariat-Nya.

• Saya malu pada diri jika saya gagal menjadi contoh yang baik kepada adik-adik yang saya didik dalam usrah. Saya berharap saya dapat mewujudkan contoh (biarpun bukan yang terbaik) untuk adik-adik dengan menjaga perhubungan kami sebaiknya. Mabuk Cinta Halal Saya tersenyum-senyum sendiri, membalas SMS suami selepas kami selamat diijabkabulkan. Meskipun sedikit malu pada mulanya, saya yakin melakukannya kerana Allah, penuh rasa bahagia, kerana saya telah pun halal baginya.

 Sahabat saya, Shazni yang maklum tentang ‘kisah cinta’ ini mengusik saya yang dilamun cinta, “Huish..mabuk cinta halal…” Saya sangat tertarik dengan istilah baru ciptaan Shazni, tepat menggambarkan cinta kami tika ini. Benar, manis sungguh bercinta selepas nikah. Kemanisan mencintai yang halal dan diredhai. Bercinta tanpa rasa takut, bimbang atau was-was kerana ianya adalah yang haq. Bercinta dengan penuh yakin bahawa itulah cinta yang diperintahkan Allah untuk dijagai dan disuburkan. Manisnya cinta ini lebih terasa kerana mujahadah menjauhi larangan Allah sebelum ijabkabul akhirnya diakhiri dengan ikatan yang suci lagi indah. Kemanisan ini mana mungkin bisa dirasai jika sebelumnya telah terbiasa melanggari hukum-Nya. Benarlah firman Allah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum: Ayat 21)
 Mabuk cinta ini membahagiakan, namun saya hadapi penuh keinsafan bahawa manusia mentadbir sedangkan Allah lah yang mentaqdir. Kita merancang dan Allah jua sebaik-baik perancang. Pada usaha dan mujahadah sedikit ini dalam mencari cinta yang halal, saya menyerahkan sepenuhnya natijah pada Allah, penentu segala. Saya ingin cinta Allah tertinggi di hati kerana hanya dengan cinta-Nya dapat saya mencintai suami dengan cinta yang suci dan dengan cinta-Nya saja segala ujian akan dapat dihadapi. Semoga apa pun yang Allah tetapkan di hujungnya, adalah kebaikan semata buat saya dan suami.

 Doa Seorang Pencinta Tuhan, hamba tunduk merendah pada-Mu penuh yakin bahawa bahagia itu hanya datang dengan mencintai-Mu, maka jadikanlah saya dan suami sebagai orang yang mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman, dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku. Jadikanlah cinta-Mu dan cinta Rasul-Mu sebagai cinta yang menunjangi cinta kami dari awal hingga akhir. Jadikanlah cinta kami ini cinta yang Kau redhai ya Allah. Jadikanlah cinta ini cinta yang menambahkan cinta kami pada-Mu dan Rasul-Mu. Jadikanlah cinta ini sebagai penguat semangat kami untuk berjuang di jalan-Mu. Jadikanlah cinta kami kekal hingga ke syurga-Mu. Amin..


p/s Itu semua aturan-Nya. Kita hanya mampu merasa sebuah perasaan bahagia. Kelakar bila diimbas semula. Kerana rasa itu sering buat kita tersenyum dan tertawa. Kala sendirian, kala dalam khayalan, kita sering ketawa. Kerana cinta itu bahagia. Bahagia itu satu anugerah. Jadi, bersyukurlah!

Semoga akar ukhuwah kita adalah cinta kerana-Nya, agar senyuman dan kebahagiaan dek kelakarnya cinta menjadi milik kita bersama, hingga ke Syurga...InsyaALLAH..Amin.. 

2 comments:

  1. Cinta selepas Nikah...hurrmmmm...cukup membahagiakan diri ini..Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILLAH..barakalllah..smoga kekal diduni dan akhirat yer..may ALLAH bless..salam ukhwah fillah.. :))

      Delete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah