Tuesday, March 13, 2012

Amalan2 Untuk Menjadi Wanita Solehah..


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat baginda...


Salam Alayks...kaifahalukum wa kaifa iman..Semoga dua2 nya sihat2 selalu..Jagan Lupa selalulah upgradekan diri kita pada yg maha pencipta yer..Semua wanita mesti nak jadi wanita solehah kan..Biasa lah 2 semua orang nak jadi wanita solehah even kanak2 tadika pon mesti nak jd wanita solehah kan..tapi kalau ada yg cakap dia tak nak jadi wanita solehah 2,tanda nya ada something la 2..hehe..something like budak LELAKI takkan dia jadi wanita solehah plak kot..hehehe..Mestilah kena jadi Lelaki soleh...kan3..heee..
Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah termasuk juga lah diri ini..Biznillah..Dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah jugak.iya kan.. Disini ana nak kongsikan serba sedikit tips2 atau ciri2 yg boleh kita amalkan untuk menjadi wanita solehah...InsyaALLAH..Ermm Jangan risau xsusah lah nak jadi wanita solehah TAPI yang petingnyer kenalah selalu istiqamah n rajin2 lah berdoa pada ALLAH mga kita nie dikalangan orang2 yang solehah dan smoga ALLAH mempermudahkan sgala niat kita insyaALLAH....AMIN..

Diantara Amalan2 untuk Menjadi Wanita Solehah ialah :-

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.

Selain dari solat,Wanita Solehah jugak mestilah menjaga solatnya dgn istiqamah yakni berterusan,menjaga amanah dan memelihara diri ,Selain itu,mestilah jugak yang  tahu mengaji Al-Quran dan suka atau sering menjadikan Al-Quran itu sebagai sahabat karibnya supaya di alam kubur nanti tak lah kita bersendirian..Iya kan.. ^__^ . Lagipun rumah yg tidak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!!! Sunyi Sepi jer..

Haa yang nie plak tips untuk solekan..hehe..(macam2 ada)


Tips Solekan Untuk Para Muslimah Solehah..

1.Hiaskan mata anda dengan menundukkan pandangan.
2.Gunakan lipstik kajujuran dibibir.
3.Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat daripada malu yang hanya dijual disalon iman.
4.Hiasi kedua tangan dengan losyen ukhwah.
5.Pakaikan jiwa dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul.
6.Gunakan mandian istighfar untuk menghilangkan daki dosa.
7.Rawat rambut dengan tudung syariat.
8.Bedaklah wajah dengan wuduk..nescaya wajah akan bercahaya diakhirat kelak..


Alhamdulillah...Begitulah serba sedikit amalan dan tips yg brmanfaat untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua wanita2 dan diriku aidhan yang bercita2 ingin menjadi wanita solehah..InsyaAllah.Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya RABB lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir...Moga ALLAH SWT mempermudahkannya..Biiznillah..Salam Mujahadah dari ana.. ^_^''



~wAllahualam~

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MAJU JAYA YER..
                 ok lah MAASSALAMAH..InsyaALLAH kita jumpa lagi yer... .السلام عليكم



❤~عين kehidupan~❤ 

6 comments:

  1. salam ukhwah..perkongsian berguna n terBAEEKK!~..alhamdulillah..same2 aplikasikan dalam kehidupan..:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah kembali..syukran ya sudi ziarah..moga2 kita dikalangan wanita2 yang solehah..insyaALLAH...AMIN.. :))

      Delete
  2. salam, nk copy boleh? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam .. bleh jer .. silakan .. moga ada manfaatnya .. :))

      Delete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah