Wednesday, May 9, 2012

BELIMBING MADU BUAT MAK


Dalam kereta tadi, dok terfikir2 kenapa hari ibu disambut dengan meriah... rasanya lebih meriah dari hari lahir Si Ibu.. "agaknyalaa..."

Masa kereta berhenti, tiba2 datang seorang Nyonya...

"Amoi.. mau angkat ini belimbing ka? Saya sendiri tanam. Talak baja kimia. Manyak baik. Kasi baik itu darah tinggi".

Hehe..tersenyum saya pandang nyonya bertopi ni..

Sempat lagi jual produk.

ALLAH..serta-merta teringat kat mak, bila dia sebut darah tinggi.

Demi mak, Nyonya ni dapat laa RM4.00.

Hurmm... bila kereta mula bergerak, ingatan tentang hari ibu datang lagi...

"Rasanya, x perlu tunggu hari ibu datang baru nak cari hadiah... Belimbing madu ni pun kira hadiah terbaik utk mak."

Aku senyum lagi...

Masa sampai kat rumah mak, dari jauh mak dah senyum...

Senyum semanis belimbing madu dari anaknya ini.

Terima kasih dari mak cukup bermakna bagiku...

Bukan rasa nak dihargai...tapi nak sangat mak tahu yang diriku sangat menghargainya...

Alhamdulillah... rasanya hari2 nak bagi mak hadiah..insyaALLAH..

Tak kira apa jua,sekalipun hanya sebungkus BELIMBING MADU...ia tetap berharga bagi diri seorang Ibu..

♥ Saya Sayang MAK ! ♥
17 JAMADIL AKHIR 1333H
She only One For Me
~mata kehidupan~

2 comments:

  1. Betul..tak perlu tunggu hari2 tertentu untuk hadiahkan emak..Kalau nak kira, setiap hari adalah hari eamak..sayang emak juge...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyak pengorbanan sorang ibu..sbb itu syurga trletak dibawah telapak kaki ibu... :))

      Delete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah