Thursday, May 17, 2012

'PALESTINIAN HUNGER STRIKE'


SEKITAR ISU 'PALESTINIAN HUNGER STRIKE' : 
Penentangan Terhadap Sikap Bermuka-muka Warga Antarabangsa

Bahagian (1/4)

Pada hari ke-73 dalam usaha beliau meneruskan mogok lapar,Thaer Halahleh mula memuntahkan darah, darah juga kelihatan berjejeran dari bibir dan gusinya, beratnya pula menyusut serendah 121 paun , ini semua merupakan hanya sejuzu’ kecil dari kesan pra-mogok lapar yang dilakukan beliau .Warga Palestin yang berumur 30 tahun ini pada hakikatnya terinspirasi dengan jejak langkah Adnan Khader dan Hana Shalabi yang berjaya mendapat pembebasan melalui tindakan mogok lapar . Bersama-sama beliau juga adalah Bilal Diab, yang telah memasuki hari ke-72 dalam meneruskan protes yang bermakna ini. Bersama-sama,mereka berdua telah memberi inspirasi kepada lebih 2.500 banduan politik warga Palestin untuk melaksanakan mogok lapar demi menentang dan menzahirkan ketidakpuasan hati kepada polisi penahanan tanpa bicara Israel yang tidak mempunyai klausa takrif penahanan yang jelas.

Penahanan atas akta kesalamatan negara -penahanan individu tertentu tanpa perbicaraan ,berkaitan dengan alasan keselamatan atau keamanan-telah membentuk teras bagi lebih 1,500 undang-undang yang berkaitan dengan tindakan pengambil alihan hak yang hanya tertakluk kepada warga Palestin sahaja, diburukkan lagi dengan keadaan bahawa undang-undang ini adalah tertutup kepada pandangan balas rakyat atau warga awam. Undang-undang yang berasal dari British Mandate laws ini ,membenarkan pihak berkuasa Israel untuk menangkap warga Palestin sehingga 6 bulan dengan bukan sahaja tanpa bicara di mahkamah malah tanpa sebarang tuduhan sekalipun walaupun tanpa sebarang bukti yang menyabitkan pihak yang ditangkap.Arahan penangkapan pula boleh dilanjutkan dan diperbaharui sesuka hati pada setiap tempoh 6 bulan.

Ayed Dudeen merupakan salah seorang tahanan tanpa-bicara paling lama didalam tawanan Israel. Pertama kali ditangkap pada Oktober 2007, pihak berkuasa Israel memperbaharui penahanannya selama 30 kali tanpa sebarang tuduhan, dakwaan mahupun perbicaraan. Selepas meringkuk didalam penjara selama lebih 4 tahun tanpa sebarang proses,pihak penjara melepaskannya pada Ogos 2011 hanya demi menangkapnya kembali dua minggu kemudian.Isterinya Amal tidak lagi menceritkan kepada anak-anaknya bahawa ayahnya akan kembali ke rumah kerana dia berkata, “Saya tidak mahu memberi harapan yang palsu lagi,saya hanya berharap yang mimpi ngeri ini akan berlalu .”

Sumber : Richard Falk
Penterjemah : Akh TD



25 Jamadil Akhir 1433H
mati itu pasti,
jadi hidup biar bererti..
Alang-alang hidup,
 hiduplah sebagai da'ie.
Alang-alang mati,
matilah sebagai syuhada
srikandi ILLAHI..

~Mata Kehidupan~

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah