Saturday, March 2, 2013

ehhh !!! benda apa tuuu ...



"Kain apa yang menempek kat muka tu?"

"Alamak, macam ninja la!"

"Selalunya orang pakai tutup muka ni, orang jahat."

"Buat apa la nak tutup, bukan dok negara Arab."

Pasti ayat-ayat di atas pernah dirasai oleh sahabat-sahabat muslimah yang mengenakan niqab. Di pandang pelik bagaikan alien, dipandang sinis oleh segenap ruangan pelosok manusia. Apa yang peliknya?


"Ni kan malaysia, bukan arab. Nak pakai macam tu bagai."

"Tak pakai purdah pun solehah jugak.."

Eh, siapa cakap pakai purdah, niqab solehah? Yang memakai niqab ni pun manusia jugak kan? Kalau dah namanya manusia, makhluk ciptaan ALLAH, tak ada yang sempurna. Tetapi sekurang-kurangnya dengan terpalit sehelai kain kecil kat wajahnya itu, membuatkan seseorang tu makin dekat dengan ALLAH.

Nak cakap bukan budaya kita? Bukan budaya di Malaysia? Ok, sekarang cuba bagitau adakah pakaian yang TAK MENUTUP AURAT tu, terbuka sana, terbuka sini, tak cukup kain lah, dan berbagai lagi. Adakah ia budaya kita disini, budaya ORANG ISLAM?

~Sila tepuk dada dan tanya iman~

Utamakan pandangan ALLAH, daripada pandangan manusia. Biar hina dimata manusia, namun mulia di mata ALLAH. ALLAH sentiasa bersamamu wahai muslimah.

p/s dah lama tak buka blog . tetiba ja hari nie nak update blog .. sebelum ni tak berkesempatan nak buka . banyak assiment and progam yang nak dihandle . walaupun tak selalu update tapi diharapkan ukhwah kita berkekalan sampai syurga . insyaALLAH . Tinta pena berhenti dulu disini. ALLAH izin, bersua kembali. Jaga hati, jaga iman!! maassalamah wa ilal liqa'


2 comments:

  1. Salam. Selalunya begitulah persepsi masyarakat bila kita melakukan perubahan pada imej yang lebih baik. Semoga kita hanya mengambil kira pandangan Allah bukan manusia. Tetapkan niat teguhkan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam .. insyaALLAH .. moga hati setia teguh dengan ALLAH dan Rasulunya .. :))

      Delete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah