Saturday, March 2, 2013

Indahnya Jika Lillahi Ta'ala ..



Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan kan. bila disebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan oleh semua orang termasuklah diri ini .

Sudah menjadi lumrah, yang dapat markah tinggi itu bersalut penuh kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah diselubung dengan kedukaan .

Setelah keputusan peperiksaan keluar, pasti diantara kita yang tidak mendapat markah yang diharapkan . Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana ALLAH. Sekali dipandang seperti tidak ada yang silap .

Ya, benar! Belajar kerana ALLAH. Tidak ada yang silapnya di situ . #takenote !!

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya !!

Niatlah kerana ALLAH kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang ALLAH muliakan kerana Islam.



Bittaufiq ma'an najah fi imtihan, sahabat! doakan kejayaan ain jugakk .. nak imtihan lagi 2 minggu nie .. hehe .. semoga ilmu yang dipelajari disini .. mendapat berkat dan redha ALLAH dan My Parents ..

pesan penaja :
terkesan sampai ke tulang sumsum .. (dalam hatisebut : aku lah tuuu .. ==")
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

Kini ku sedari betapa indahnya ukhuwah dan persahabatan yang dibina berlandaskan redha ALLAH ...
dulu mungkin kita hanya bersahabat kerana dia adalah course mate, classmate, roommate, soulmate(ehh wait !! ) dan apa-apa lagi lah mate tapi kini alhamdulillah ALLAH membuka mata ini bahawa persahabatan sebenarnya lebih dari itu ...

"Kerana IMAN! Kita berukhwah umpama seindah taman disyurga...Kerana ISLAM! Kita berukhwah umpama sekuat roh berpadu...Kerana AKHIRAT! Kita berukhwah demi Syurga yang dirindui itu...Kerana ALLAH SWT! Sebenarnya kita tetap berukhwah untuk melamar redha dariNya..."

ukhuwah yang dibina kerana ALLAH membuatkan diri ini berusaha menerima kekurangan dan kelebihan sahabat dan cuba untuk memaafkan dan memohon kemaafan dahulu kerana  Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman ALLAH yang bermaksud:

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)


        selain itu, didalam tahap berukhuwah “Serendah-rendah ukhuwah ialah SALAMATUS SODR (bersangka buruk), setinggi-tinggi ukhuwah adalah AL-ITSAR…”
Berhusnuzon (bersangka baik) , maknanya tidak ada dalam perasaan dan hati kita prasangka atau sangkaan buruk meskipun sesaat terhadap saudara kita.
Tapi, selemah-lemah tahap ukhuwah ini sebenarnya masih ramai dalam kalangan kita yang sukar merealitikannya, bukan? (muhasabah diri ini T_T )
AL-ITSAR itu pula adalah sanggup mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk sahabat yang dicintai di jalan ALLAH . Mungkin sukar tapi insyaALLAH ia bukanlah sesuatu yang mustahil ...
Kita mula perlahan-lahan dengan yang paling rendah sekali iaitu berlapang dada dan berhusnuzon dengan sahabat kita .. ^_~
walaupun kadang-kadang tu susah tapi ce try usahakan juga .. moga dipermudahkan oleh ALLAH ..

"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya (sahabatnya) didalam doanya..." {IMAM AL-GHAZALI)





bakal-bakal guru .. hehe .. insyaALLAH .. doakan yang terbaik buat kami .. ^_^

Ukhuwah itu bukanlah mainan kata-kata dusta, bukan juga bersulamkan cinta yang tiada terhala, tapi ia satu ikatan yang kuat menghubungkan hati-hati manusia yang beriman kepada ALLAH ...

sebelum diri ini terlupa , aien nak ucapkan sanah helwah dekat sahabat aien yg sorang nie ..hehe .. sanah helwah .. kullu 'am wa anti bkhair .. smoga diirahmati oleh ALLAH dan sentiasa ditingkat iman dan menjadi anak yang solehah .. Amin .. akhirnya awok dah masuk 20-an .. haha .. (lepas nie cek pulak huhu ) .. 


Nikmat paling manis bila ALLAH mentarbiyah kita
dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah
mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,
yang memberi suntikan semangat perjuangan..
alirkan halawatul ukhwah,
kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..



p/s InsyaAllah sekian dahulu mengenai ukhuwah ... ingatlah Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada ALLAH .. Hari ini bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat ..Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini.Kutetap mengharapkan kita bersahabat .. Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai ke sana.. insyaALLAH wa biiznillah .. Rindu kalian semua  dari sekolah rendah ke menengah and sekarang ke ipt .. MANISNYA UKHWAH JIKA LILLAHI TA'ALA ..


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah