Sunday, March 31, 2013

Layakkah Akuu .. !!!

GURU .. cikgu , ustazah , teacher, murabbi dan seangkatannya dengannya ..


ermm dengar macam senang kann . Tengok macam mudah  .. Itu baru dengar and tengok ce try selami profesion guru nie. masyarakat, ramai fikir kerja guru mudah.. Belajar tak susah, makan gaji, elaun banyak ..

Terkilan.

Kami tak pernah memperkecil sebarang pekerjaan lain, tapi kenapa mesti guru disalahkan. Diri ini, boleh rasa, apa yang cikgu-cikgu  rasa dulu. Bebannya mengajar mereka yang tidak menghargai.

Huhhh ...

Mereka, dan ain jugak nanti, tidak mengharap balasan kalian .. cukup dengan hargai dan doa sebagai tanda ingatan. Nak menjadi seorang 'daie' pon rasa macam dah ''failed''  apatah lagi 'Murabbi' ... Layakkah akuu .. MasyaALLAH ..

Diam ...
Tunduk ...
Fikir..
Muhasabah ...

huhh !!!!

sekali lagi keluhan berat melewatinya.. terasa ingin menangis semahunya! tersa berat sangat amanah yang yang dikurniakan ALLAH ini .. ermm nak didik diri sendiri pon rasa lemah lagi inikan pulak insan lain .. Tambahan pula 'course' yang diambil nie pendidikan Islam .. SubhanaALLAH .. Ya Rabb .. Berikanlah aku kekuatan .. tapi bila difirkan lagi , diri ini rasa sangat beruntung kerana terpilih untuk menjadi sang murabbi .. salah satu pekerjaan mulia disisi ALLAH kan :)) .. Nabi Muhammad SAW jugak seorang pendidik kann .. Baginda adalah seorang pendidik yang mithali yang telah melahirkn generasi sahabat yang sangat unggul and awsome …

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “sesungguhnya aku diutuskan adalah sebagai pendidik”(Riwayat Ibn Majah)

Benda ni memang nampak berat tapi jika kita boleh permudahkan apa yang kita fikirkan, memang mudah nak jadi cikgu. Cuma mungkin proses untuk jadi seorang guru/cikgu itu terbukti tidak semudah seperti yang disangkakan ...

Ada orang yang nak jadi cikgu nie hanya mengejar Gred.. Ada orang bekerja mengejar pangkat.. Ada orang bekerja nak duit kejar mata gaji. Apapun itu semua kepuasan masing-masing. Pilihlah yang mana pun yang penting tugas yang diikrarkan terlaksana dengan seikhlasnya.. :))
Lidah tidak bertulang.. usah sombong bermain kata, kelak makan diri sendiri. Bersyukurlah kerana anda, kamu , mereka , kita dan saya terpilih untuk menjadi GURU.. Syukran 'ala ALLAH .. Hope may ALLAH bless ...

Baik lah tinta pena berhenti dulu .. insyaALLAH sekiranya diizinkan ALLAH , bersua lagii .. ma'assalamah wa ilial liqo' .. sebelum mengundurkan diri ain nak kongsi sikit kata-kata Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman .. Moga terkesan dihati ..

"Hargailah guru walaupun penyampaiannya membosankan, penyampaiannya menidurkan, dan kurang mantap isinya. Hargai masa dan usahanya, penghargaan itu bakal menjadikan kita lebih baik dari guru itu."

 Dan ini kata-kata tambahan dari saudara Tarmizi Anwar(bekas pelajar UPM.. Seorang yg hebat dlm berkata-kata) .


"Hargailah guru walaupun mereka tidak sependapat dengan kita, memandang rendah kita, dan melakukan sesuatu kepada kita walhal kita tidak sukakannya. Tidak sependapat, memandang rendah dan melakukan sesuatu yang kita tidak suka tidak akan pernah memutuskan silaturrahim antara guru dengan anak muridnya."

"Panjangkan doa buatnya supaya ilmu yang ada padanya mampu disampaikan kepada orang lain. Tidak setuju itu adalah urusan peribadi sedangkan terlalu banyak ilmu yang telah digarap disebabkan pengajarannya. Lanjutkan nama guru kita kepada masyarakat supaya mereka dihargai dan didoakan oleh masyarakat."

p/s dah lama rasa nya tak update .. Al maklum lah sibuk sikit .. hehe .. Nie pun baru habis imtihan .. Biiznillah .. Moga2 dapat natijah yang  baik . InsyaALLAH .. Doakan kejayaan saya dan kita semua yer ... ^__^

01 Apr 2013 | 21 JamadilAwal 1434
sekali mnjadi guru..
slama2nya akan tetap guru .. :))

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah