Wednesday, November 7, 2012

Membangkang perintah Ayah...

       Salam Alayks..Apa khabar semua..Malam ini ain bertemankan nyamuk2 yang kiut-miut niehehe gurau ja sambil mendengarkan celoteh DJ yang brtugas di Radio Halaqah fm..Nasyid yang diputarkan oleh DJ sangat2 best dan membawa kita  mengagungkan tuhan yang Maha esa..Kalo antum nak dengar juga bleh tekan kat [SINI]...Taktala mendengar lagu Ayah oleh kumpulan Aeman tetiba ja teringat satu kisah yang menyentuh hati di zaman Rasullullah SAW..Jom kita menyelusuri kisah ini..Moga dapat ibarah dan menjadi anak yang soleh/solehah..insyaALLAH...Amin.. :)


       Ketika Rasulullah s.a.w. memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah s.w.t. dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

         "Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku." Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah s.a.w. memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah s.w.t. danRasulullah s.a.w.."

       Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.



  Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah s.a.w. akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

       Setelah diizinkan Rasulullah s.a.w., Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga....Subhanallah..Nahh sekarang kita pula bagaimana??? Si anak sanggup membangkan kata2 ayahnya demi ALLAH dan RASULnya.. Macammna pula dengan kita..Sanggupkah!!! Relakah!!! Tepuk dada tanya iman..Jangan sampai satu masa nanti ALLAH tanya apa peranan kita terhadap saudara kita yang lain !!!..Apa yang kita nak jawab nanti?? ALLAH..Jangan sampai kita terkedu dihadapan ALLAH kelak.. Oleh itu ,Jom sama2 kita mempersiapkan amalan kita untuk meraih cinta ALLAH..insyaALLAH..

  p/s Saat ALLAH mencintai seseorang,tempat pertama menerima sentuhan itu adalah HATI,disitulah ALLAH melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian berganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan berjiwa bersih. Hati seolah berbisik ''AKU TAHU BILA ALLAH MENCINTAIKU,IAITU SAAT AKU MEMBENCI SEGALA KEJAHATANKU''... maassalamah wa ilal liqo'.. Kullu 'am wa antum bikhair... ^___^...


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah