Monday, November 26, 2012

Jasamumu Membuatku Menangis..



Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah baru sekarang dapat update blog...Dah 4 hari berada di bumi Selangor dah terasa rindu yang teramat sangat terhadap keluarga tercinta..Waktu nak balik ke kampus hari jumaat yang lalu,Ayah, mak and kak Asmaroni yang tercinta yang hantarkan....agak jauh jugak sebenarnya...tapi ayah ain akan tetap juga hantar walau macammna sekalipun...Tetiba teringat kenangan masa ayah hantar kakak ain nak balik kelantan..SubhanaALLAH, dah la time tu terjadinya banjir besar yg melanda Negeri Kedah and Perlis..Tak ingat la pula, kejadian tu Tahun bila.Rasanya Tahun 2010 kot..Bertapa susahnya nak keluar rumah time tu.Tapi ayah tetap jugak bersabar..Ujian kan sebagai tarbiyah diri..

Sebelum naik bas,ain cium tangan, pipi ayah ain.Setapak kaki melangkah, tetiba ain pusing balik terus peluk ayah..Orang sekeliling dah pandang tapi ain buat tak kisah..Bertapa beratnya nak melepaskan keluarga saat itu..Sedangkan sebelum ini tak la terasa sangat..Tapi kali ini,entah lah xdapat nak digambarkan..



Lepas itu ain terus naik bas...Dlm bas,agak lama jugak,ain pandang keliling...Lepas tu pandangan ain tertumpu pada satu wajah yg bisa wat air mata ana mengalir...Wajah si bapa yang asyik menunggu si anak pergi..Ayah tunggu sampai bas tu bergerak..Selalunya setiap kali ana naik bas,Ayah dan mak akan tunggu sampai bas tu hilang dari pandangan baru la mereka pulang..Hari ini,ayah tggu ain lgi...

Bila bas dah bergerak, Ayah masih belum bergerak.. Mata ayah asyik memandang bas yang bergerak sambil mencari2 kelibat anaknya yang berada dalam bas.. Hati rasa sayu dan sangat tersentuh..Ya ALLAH, Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menatap ayahku yang dicintai disaat orang lain tiada kesempatan itu..Moga diriku diberi kesempatan untuk membalas rasa sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapaku..

Dalam bas, air mataku bergenang,Sampai satu tahap,berat untuk ditahan, ain biarkan saja air mata ain mengalir..Ain dah tak peduli pandangan orang2 yang berada dalam bas..Sedih tak terhingga...Saat menulis ini pun,air mata still lagi bergenang...Begitu banyak jasa mak ayah kita,tapi ain tak dapat nak balas dengan setimpalnya sampai diriku terfikir ,''Apa yang aku dah beri sepanjang aku bersama dgn mereka..Terlalu payah untuk diperkatakan''

Setiap kali mak and ayah call kata2 nasihat dari mereka tak pernah2 putus..Jangan tinggal solat, sentiasa jaga maruah diri dan banyak lagi nasihat2 yang berguna dari mereka...Ayat2 yang sebegitu lah yg buat ain sayu dan tak nak tinggalkan mak dan ayah..Tapi demi untuk menjadi seorang mudarrisah..Ain tetapkan hati juga untuk terus berjuang..Ayah selalu kata ''mengaji pun satu jihad juga '' sampai sekarang still lagi terngiang-ngiang di telinga. 

Kepada mak dan ayah,apa yang anakmu ni dapat beri, hanyalah doa yang dapat mengiringimu setiap hari...Ain bersyukur,sebab setiap kali balik,ain berjaya berikan mereka senyuman...Sekurang2nya mereka lega,lihat anak perempuan mereka ini,ada didepan mata, sihat sejahtera dan ceria selalu.. ^___^


ALLAH telah berfirman :

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada orang tua. Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya.

Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “ Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil” .
( Al Isra’ ayat 23-24)

Selalu lah ingat pengorbanan dan berjasalah dgn mak ayah kita selagi boleh...Walaupun tak mampu nak bagi kesenangan hidup,berikanlah mereka doa..Doakan senjata mukmin..Supaya mereka sejahtera dan diberkati ALLAH SWT sentiasa..

p/s Jadilah anak yang soleh/ah supaya dengan kesoleh/han kita ini dapat menarik kedua ibu bapa kesyurga yang abadi..Ingat Redha ALLAH terletak pada redha kedua Ibu bapa..

MataKehidupanNakhwat,
::Bagaimana rupa dan::
::Bagaimana Cara sekalipun::

::Mereka tetap IBUBAPA kita::
13 Muharram 1434H

1 comment:

  1. weii..... weiiii,,.... nama aku pon ada noh.... haha.... belajar la leklok na.... jgan kira nak tidoq ja huhu.... aku pon dah lupa pasal banjir tu.. ni yg terasa diri ini dihargai ni...hehe

    ReplyDelete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah