Monday, November 28, 2011

Kebaikan Mengetahui Isi Al-Quran...



بسم الله الرحمن الرحيم


Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang batil...” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
 


Dan Allah juga berfirman:
إنا أنزلناه في ليلة القدر
Maksudnya: Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr. (surah al-Qadr: 1)





Erti Nuzul al-Quran
'Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Proses Penurunan Al-Quran
✿◕ Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke Lauh Mahfuz.
✿◕ Dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia.
✿◕ Kemudian, penurunan kepada Jibril a.s. secara beransur-ansur kpd Nabi s.a.w dlm tempoh 23 tahun.

Mutiara Kata
♫ Sabda Rasulullah yg bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."
♫ Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Jantung Al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akannya oleh seseorang melainkan mengkehendaki keredhaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."
♫ Al-Quran mengandungi 114 surah al-Quran, 30 juzuk dan 6,236 ayat keseluruhan al-Quran.
♫ Wahyu pertama bermula pada bulan Ramadhan, malam Lailatulqadar ketika Jibril a.s dtg membacakan surah Al-A'laq,ayat 1-5 kepada Baginda s.a.w.
♫ Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan Al-Quran. Beriman dengan Kalam Allah ini merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
♫ Karatnya hati manusia itu seperti besi dan hanya dapat membersihkannya dgn membaca Al-Quran dan mengingati mati.





Secoret kisah

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si Cucu yang melihat, juga meniru perbuatan datuknya itu. Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?"
Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.“Nah, kau pergi sungai, bawa air dalam bakul ni”. Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit." Si cucu mengeluh."Atuk,bakul ni kan berlubang-lubang, pasti airnya bocor dan mengalir keluar." Si Datuk mengarahkan cucunya melakukan perbuatan yang sama.
Tanpa berlengah,si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.“Tak boleh lah Atuk”. Si cucu mencuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu.. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak bolehlah”.“Tak ada gunanya.” bentak si cucu. Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak berguna ya? Cuba kau tengok bakul tu."







Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.Terus si datuk menyambung,
“Macam itulah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan hati orang yg membacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Urusan Allah."

Musahabah iman



(♥) Alunan ayat suci Kalam Allah @ alunan lagu rekaan manusia yg mengetuk gegendang telinga kita?
(♥) Bacaan kitab suci Allah @ bacaan novel yg menjadi bualan di bibir kita?
(♥) Kalimah suci Allah @ perkataan lahir manusia yg menjadi getaran hati kita?
•♥♥• TePuK daDa..taNya ImaN kita •♥♥•


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah