Monday, October 24, 2011

Anjuran Berkorban (Menyembelih Binatang Korban)


Segala puji bagi ALLAH, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah kepada penutup para rasul, kepada para keluarga dan sahabat beliau...






Salam alayk'...kaifahalukum..ana harap antum sihat slalu dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh ALLAH SWT...ermm pejam celik2 dah 4 ary abis imtihan(hehe),pejam celik2 tnggal beberapa mggu lg nak sambut Hari Raya Aidil Adha...entri kali nie ana nak sentuh sikit tentang ibadah korban mmemandangkn raya korban pon akan menjelang tiba xlama lg...
Pada kebiasaannya di negara kita Hari Raya Haji diraikan taklah semeriah meraikan Aidilfitri, sebabnya,jika nak meraikan Aidilfitri orang kita sanggup berbelanja besar dan berhabis duit bahkan persediaan pun dibuat lebih awal termasuklah ana..hehe... Tetapi tahukah kita bahawa kedudukan Aidiladha itu lebih besar dan lebih tinggi daripada Aidilfitri, maka jika kita sanggup berbelanja besar pada Aidilfitri, kenapa pula kita tidak sanggup berbelanja pada Aidiladha, terutamanya menyertai ibadat korban yang menjanjikan pahala yang begitu besar di sisi ALLAH SWT...
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bmaksud:
"Dari Aisyah Radiallahuanha, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh ALLAH SWT dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Hukum berkorban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut dalam ISLAM... Tetapi akan menjadi wajib jika seseorang itu bernazar nak berkorban. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian berhubung dengan korban wajib (nazar) dan korban sunat ini, antaranya daging korban wajib hendaklah disedekahkan keseluruhannya termasuklah kulit dan tanduk binatang itu dan haram hukumnya bagi orang yang berkorban wajib dan orang yang di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut. Sekiranya orang yang berkorban wajib dan orang-orang di bawah tanggungannya memakan sesuatu daripada korban yang wajib itu, maka wajib ke atasnya menggantikan dan menyedekahkannya....
Manakala daging korban sunat pula, wajib disedekahkan sebahagian daripada daging tersebut dalam keadaan mentah kepada fakir miskin, dan sunat bagi orang yang berkorban memakan sedikit daripada daging korban sunatnya dan selebihnya terserahlah sama ada untuk disedekahkan atau dimakannya atau dijadikan jamuan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 28 yang tafsirannya:
"Makanlah kamu dari daging binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."




Sbahagian generasi terdahulu yang soleh lebih suka membahagikan korban menjadi 3 bahagian iaitu sebahagian untuk diri sendiri, sepertiga untuk hadiah orang-orang mampu dan sepertiga lagi shadaqah untuk fuqara’ (orang-orang fakir). (Tafsir Ibnu Katsir, 3/300).
ALLAH SWT berfirman: 

Maka makanlah sebahagiannya (dan sebahagian lagi) berikalah untuk dimakan orang-orang sengsara lagi fakir.” (QS: Al-Hajj: 28)

“Maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (QS: Al-Hajj: 36).







Anjuran Bagi Orang Yang Berkorban

Bila seseorang ingin berkorban dan memasuki bulan Dzulhijjah maka baginya agar tidak memotong rambut, kuku, atau kulitnya sampai dia penyembelih binatangnya, kerana hadits Ummu Salamah Radhiallaahu anha. bahwa Rasulullah ShallAllahu alaihi wasalam bersabda: 

“Bila masuk hari-hari sepuluh Dzulhijjah sedang seseorang dari kamu hendak berkorban maka dia harus manjaga rambut dan kuku-kukunya.” (HR: Ahmad dan Muslim)

Dalam satu lafaz lagi: 

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kulit (kuku-kuku) sedikitpun sampai dia berkorban.”

Jika seseorang niat berkorban pada pertengahan hari-hari sepuluh itu maka dia menahan hal itu sejak saat niatnya, dan dia tidak berdosa terhadap hal-hal yang terjadi pada saat-saat sebelum niat.
Bagi keluarga yang akan berkorban dibolehkan memotong rambut dari tubuh, kuku atau kulit mereka (sebab larangan ini hanya ditujukan bagi yang berkorban saja dan hanya sunnah untuk dijauhi). Sehingga bila ada kepentingan kesihatan maka boleh memotong.





Hikmah Korban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim yang taat dan tegar melaksanakan korban atas perintah ALLAH SWT meskipun harus kehilangan putera satu-satunya yang disayangi (QS: As-Shaf: 102-107)
  • Menegakkan syiar Dinul Islam dengan merayakan Aidil Adha secara bersamaan dan saling tolong menolong dalam kebaikan(QS.:Al-Hajj: 36) 

Rasulullah ShallAllahu alaihi wasalam bersabda: 

“Hari-hari tasyrik adalah hari-hari makan, minum dan dzikir kepada ALLAH AZZA WAJALLA.” (HR: Muslim dalam Maktashar No. 623)
  • Bersyukur kepada ALLAH SWT atas nikmat-nikmatNya, maka mengalirkan darah binatang korban ini termasuk syukur dan ketaatan dengan satu bentuk taqarrub yang khusus (QS: Al-Hajj: 34). Dan bagi tiap-tiap umat telah disyariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Ilahmu ialah Ilah Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). (QS: Al-Hajj: 34)

Di hari-hari itu juga sangat dianjurkan untuk memperbanyak amal shalih, kebaikan dan kemasyarakatan, seperti bersilaturahim, berkunjung sanak saudara, menjaga diri dari rasa iri, dengki,  amarah,dan  hendaklah menjaga kebersihan hati, sikap sopan santun terhadap fakir miskin, anak yatim, orang-orang yang dkelilingi kekurangan dan kesulitan.
Namun bagi orang yang akan bekorban tidak harus meniru orang yang sedang ihram sampai tidak memakai minyak wangi, bersetubuh, bercumbu (suami isteri), melangsungkan akad nikah, berburu binatang dll. Sebab yang demikian itu tidak ada tuntunan dari Rasulullah ShallAllahu alaihi wasalam. Namun Hendaklah kita menegakkan syiar agama ALLAH ini dengan amal soleh, amar ma’ruf dan nahi mungkar dengan cara yang penuh hikmah, hendaklah setiap kita menggunakan kemampuan, keahlian, kedudukan dan segala nikmat ALLAH SWT dengan sesungguhnya bersyukur dalam menegakkan ajaran dan syiar Dienullah Islam.
Semoga ALLAH SWT sentiasa membimbing kita kepada cinta akan keridhaanNya. Amin.moga kita semua brapa dlm lindungan kasih ALLAH SWT...insyaALLAH...


No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah