Friday, October 7, 2011

"Allah Menguji, Tanda Dikasihi"


Salam alaik'. Saat mengarang entri ini, ana bertemankan kedamaian dan ketenangan suasana. Apatah lagi, hujan yang menghambat membasahi bumi ketika ini melunakkan lagi jiwa yang sentiasa penuh menagih simpati redha dari Sang Pencipta. 

Apa tujuan ana mengarang coretan ini?. Adakalanya kita hidup dalam bergelak ketawa dan juga adakalanya kita dirundung kesempitan dan kedukaan kesan daripada badai yang melanda segenap kehidupan...



Kehidupan kita sebagai hamba ALlah di dunia ini ibarat seorang musafir. Singkatnya perjalanan kita ini ibaratnya seperti seorang musafir yang berkelana seketika dibawah sepohon kayu rendang yang mana ia akan meneruskan perjalanannya ke negeri abadan abada' yang kekal dan abadi iaitu akhirat. 

Kehidupan kita semestinya penuh dengan duri rintangan dan cabaran dihadapan. Adakalanya menyebabkan kita tersungkur seketika sehingga kehilangan upaya bangkit kembali. Ingatlah! Tuhan itu selalu menguji. Adakah baik ciptaanNya itu ataupun tidak, adakah kuat hambaNya itu ataupun lemah. Mungkin sahaja susuk tubuh yang diuji itu tabah ataupun rebah dengan putus asanya. 

Betapa Allah itu mengenali diri kita sedalam-dalamnya, ia mengetahui apa yang baik untuk kita mahupun tidak. Sedangkan pereka cipta manusia pun mengetahui apa yang perlu ada pada ciptaannnya, inikan pula Sang Khaliq Yang Maha Agung. Adakah kita lupa bahawa kita ini selalu mengakui keimanan kepadaNya, namun dimana iktiqad itu menghilang gara-gara kerana setitik kesenangan dan keperitan yang Dia turunkan sebagai ujian, maka kita tersungkur tidak ketepian merasai kekecewaan. Ingatlah firman ALlah:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Qs 29:2). 

Ujian memeritkan, namun ia merupakan senjata yang paling ampuh dalam mendekatkan diri kepada ALlah Rabbul Jalil.  Kerana ujian dan keperitan hiduplah, diri terus terngadah daripada lamunannya. Kerana virus kegelisahan inilah, maka didatangkan sakinah sebagai vaksinnya. Adakalanya, mereka yang gagal untuk bangkit akan kekal sepertinya sehingga tibanya suatu ketetapan. Namun, piala kemenangan diberikan kepada mereka yang menyerahkan keputusan dan kebergantungan sepenuh hidupnya kepada ALlah.

"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi" (Qs 20:7) 

Dia telah memberi saranan, mengadulah kepadaNya. Ketahuilah, kepada ALlah sahaja tempat sebaiknya berserah, thabatkanlah dirimu di dalam landasan kehidupan yang penuh dengan dugaan ini. Andai rebah bangkitlah semula, andai terhiris ingatlah janjiNya. Sejauh mana kita meminta??

Tribute buat sahabat yang sentiasa berada di medan perjuangan.. Thabatlah..



Bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu luka,
Allah telah mengira titis air matamu,
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu,
Bila engkau kebuntuan akal,
Maka Allah pertunjuk jalan,
apebila engkau telah berazam,
Maka bertawakallah kepada Allah,

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah