Sunday, April 10, 2016

Tak Nak Kahwin Ke?

"Kau ni memang taknak kahwin ke?" Soal seorang teman secara tiba-tiba. Saya yang sedang menulis terhenti seketika, memandangnya sekilas sambil kembali menghadap buku.

"Apa kau merepek?" Saya membalas ringkas.

"Yela, kau ni asyik busy je macam tak fikir pun nak kahwin, peliklah aku."

"Kenapa kau nak kahwin?" Pen saya letakkan sebentar di atas meja sambil mengurut-urut bahu sendiri. Penat.

"So, betullah kau taknak kahwin?" Soalan saya dibalas soalan.

Saya senyum. "Aku pernah pergi satu talk tu, ada sesuatu yang ahli panel tu cakap yang buat aku berfikir sampai sekarang."

"Apa dia?"

"Kalau nak kahwin, bagi sebab nak kahwin dan sebab tu dibentangkan depan Allah dan Rasulullah, mereka boleh senyum dan suka maka kahwinlah." Saya menarik nafas, "Sebab tu aku tanya kau kenapa nak kahwin."

"Sebab nak elak maksiat?"

"Bagi aku, orang yang bagi sebab nak kahwin sebab nak elak maksiat adalah orang-orang yang jalan hidupnya penuh dengan jalan-jalan menuju kemaksiatan. Tak mungkin orang yang tidak mendekati jalan-jalan maksiat perlu khuatir akan terjebak dengan maksiat. Macam kau lalu jalan KL tapi khuatir sampai London." Saya ketawa sendiri, "Lagipun siapa jamin lepas kahwin kau tak mendekati maksiat? Kau tengok sendiri surat khabar berapa banyak kes-kes suami isteri curang."

Dia merenung jauh, "Sebab nak lengkapkan separuh Agama?"

Saya tersenyum, "Aku teringat kata-kata prof dr Yusuf Al-Qaradhawi. kau nak dengar?"

"Ceritalah."

"Katanya, semata-mata bernikah belumlah menunaikan makna melengkapkan separuh Agama, bahkan bernikah dengan wanita solehah, yang dapat membantu urusan Agama sang lelaki itulah dapat menunaikan maksud itu. Yang mengingatkan tatkala pasangannya lupa dengan urusan kepada Tuhannya. Yang mengingatkan apabila dia lalai dari kewajipannya, yang menguatkan pasanganya apabila dia lemah dari menunaikan tanggungjawab dakwahnya."

Saya berhenti, menarik nafas panjang, terasa sebak didada mengenangkan bait-bait kalimah ulama' tersohor itu, "Bahkan, boleh jadi nikah dengan pasangan yang kurang agamanya akan menjadi punca kemerosotan pasangannya. Dalam kalangan ikhwan, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita lalu semakin susut dari dakwah dan tanggungjawabnya maka mereka akan berkata, semoga Allah merahmatinya, dia telah pun meninggal pergi disibukkan dengan isterinya!"

Dia diam lama, sebelum kembali bertanya, "So kau tak nak usaha ke? ke kau ni memilih sangat?"

"Aku tengah usahalah ni. Usaha perbaiki diri, kalau ada pasangan aku kat dunia pun aku harap dia sedang memperbaiki diri, bersabar dan bersangka baik dengan Allah."

"Kau tak takut ke orang cerca kau kahwin lambat."

"Aku baru 26 kot." Saya tergelak besar,"lagipun kahwin lambat tu subjektif, kat negara arab maybe 18 tahun dah tua, kat korea 30 tahun pun muda lagi nak kahwin, kat England takde cop too old to get married. Benda subjektif, kau nak fikir cakap orang buat apa, asalkan Allah tak marah sudahlah."

"Kau ni mas, ade je nak menjawab kan."

Kami ketawa bersama, "Yang aku pelik, baju pengantin atau kain kapan, yang mana satu aku akan pakai dulu takde siapa tahu tapi tak pernah pula ada orang tanya aku -- macam mana? dah ready ke nak jumpa Allah."

Kami sama-sama diam. Cuba meneliti hati masing-masing.

Yang paling penting -- menilik-nilik diri, siapalah aku di hadapanMu, Ilahi. Bernikah atau tidak, ia rahsia mutlak pemilik diri, maka fokuslah pada apa yang pasti. Agama ini. Jalan ini. Bukankah terlalu banyak masa yang kita buang pergi -- Sampai saudara-saudara kita pun kita tak peduli lagi.

Salam cinta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Catatan Penulis*
       Cerita ini saya dapati di moment wechat. Ianya telah di kongsikan oleh sahabat saya. Agak menarik jugak mesej yang ingin disampaikan. Sebagai manusia tidak perlu lah kita terlalu mengejar cinta manusia sekiranya cinta manusia itu akan membawa kita lebih jauh daripada ALLAH. Sesungguhnya Cinta Pertama ialah Cinta ALLAH. Islam tidak menghalang percintaan diantara dua manusia tetapi haruslah berlandaskan syariat yang ditetapkan. Pesanan daku buat sahabat sekalian, Cintailah ALLAH dengan sesungguhnya kerana cinta ALLAH akan membuatkan manusia mencintai engkau kerana ALLAH. wallahu'alam sampai ketemu lagi. Ma'assalamah.



07 Apr 2016 | 29 JamadilAkhir 1437
*Belog cheq dah bertukar wajah.
Harap hampa suka.
Designnya just simple sahaja.
Fi Qalbi Lillahi Wa Rasulihi.*
_17.59\5.59pm_
-AINUL HAYAT/MATA KEHIDUPAN-

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah