Friday, December 28, 2012

ALLAH tak perlukan kita tapi kita perlukan ALLAH.. :D


          Kata Rasulullah, orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati. Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati. Lebih kurang macam kambing yang walaupun nampak pisau di tangan tuannya, sedang dihala ke lehemya, bakal mengambil nyawanya, tapi dia masih ketawa dan manis muka. Bodoh betullah dia.Tetapi tak apalah, sebab dia kambing. Kambing kan tak kan disoal oleh mungkar nakir. Laipun Incik Kambing tak akan dihisab di Padang Mahsyar.

Ermm dah tu kenapa pula dengan manusia yang ''macam'' kambing? Atau pun mereka rasa lepas mati kita tak kan dihidupkan lagi??? Itu satu perkara yang tak munasabah sedangkan ALLAH sendiri telah berfirman manusia akan dihidupkan lagi selepas MATI. Sebabnya kehidupan di dunia perlu diadili.Apa gunanya Syurga dan Neraka kan... :) Kerana itu lah ALLAH akan bangunkan kita sekali lagi untuk diadili. Agar hidup benar-benar bermakna pada semua orang.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan. (Al Anbiya` : 35)

     Ya, mati pasti datang! Dan kita akan dihidupkan kembali untuk dipersoalkan tentang apa-apa yang ALLAH pertanggungjawabkan pada kita di dunia. Soalnya bilakah masanya kita akan mati? Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku sejam lagi! Mati boleh datang sedetik lagi! Jawabnya kematian itu mungkin akan berlaku seminit lagi. Mati boleh datang sedetik lagi! Jangan kita nafikan hal ini. Jangan kita remehkan hal ini, bahawa ALLAH cukup kuasa untuk mematikan kita sebentar lagi.Kalau kita tidak gentar dengan keperkasaan ALLAH ini, cuba doakan agar ALLAH tarik nyawa kita sekarang juga. Jangan fikir Allah tidak buat.Allah boleh matikan seluruh manusia di dunia sekaligus sekelip mata. Begitu kuasa ALLAH. “Jadi!” Maka jadilah.Cuma ALLAH tidak berbuat begitu.Dia benarkan lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi agar sempat lagi kita hidup untuk beberapa waktu lagi ,agar sempat lagi kita taubat dan menambah bakti dan mengabdikan diri padaNya...

Subhanallah....Sayangnya ALLAH pada kita kan tapi kita!!! tak sayangkan diri sendiri.. Buktinya Nahhh banyak gejala sosial,pembuangan bayi  dah jadi macam zaman jahiliah plak..tanam anak perempuan..Tapi zaman sekarang nie bukan nya anak perempuan ja..anak lelaki pon sama juga.maaf kalo terlebih emo dan kasar bahasa..ALLAHHURABBI..



15 Safar 1434
ALLAH tak perlukan kita
tapi kita perlukan ALLAH
~matakehidupan209~

3 comments:

  1. salam ukhuwwah ukhti..
    cantik blog ni..:)

    betul2..kita sebagai hamba sgt memerlukan pencipta kita, al-Khaliq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam .. salam ukhwah aidhan .. terima kasih ..
      hanya ALLAH lah tempat meminta pertolongan .. :))

      Delete
  2. Assalamualikum admin, tumpang tanya admin guna buku rujukan apa plus nama author dia sekali bleh x??

    ReplyDelete

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah