Wednesday, February 29, 2012

~Perjalanan JIHAD Fi sabilillah...~



Antara perkara yang sering bermain di fikiran, adakah jalan pintas atau 'shortcut' menuju syurga dan bertemu dengan Allah? Mungkin mereka yang merasakan bahawa amalan harian tidak cukup untuk bertemu dengan Tuhan dan amalan harian itu mengambil masa yang lama. Kita perlu tahu, jika kesabaran kita tidak mantap, ramai yang akan terlepas dan putus ditengah jalan. Sebenarnya, ada jalan pintas, yakni Jihad Fisabilillah (berjihad ke jalan Allah)

Kita sedia maklum, apabila membangkitkan soal jihad, pasti ramai yang akan berfikir "Tentera Jihad", "Bom Jihad", "Pengganas", "Al-Qaidah", "Jemaah Islamiyah", "Taliban", dan banyak lagi yang negetif yang membawa mereka berfikir kearah kekerasan, pembunuhan beramai-ramai, peperangan dan kematian. Malah ramai golongan kafir akan memikirkan bahawa Agama Islam sangat tidah berperikemanusiaan atau tidak manusiawi. Cuba kita renungkan sejenak, adakah itu yang dimaksudkan dengan jihad? Adakah itu jalan pintas untuk kita bertemu dengan Allah yakni atas dasar derita dan pertumpahan darah? Bukankah Islam merupakan anugerah(rahmat) bagi seluruh alam? Bukankah Islam mengajar tentang kasih sayang dan pendamaian? Adakah derita merupakan jalan pintas menuju Allah?

Sebenarnya, pemikiran seperti itu perlu kita betulkan. Ada ketika kita memahami sesuatu perkara dengan cetek, hingga kita sendiri, yakni umat Islam salah menafsirkannya. Adakala apabila kita belajar sesuatu perkara, kita sudah merasakan seolah-olah kita telah mengetahui segalanya. Akibatnya, sesuatu yang mulia di sisi Allah, direndahkan martabatnya, dipandang hina, direndahkan oleh umat Islam sendiri. Tidak dinafikan, dalam beberapa hadis, jihad membawa makna kearah peperangan. Malah, jika para ulama membahaskan isu mengenai peperangan pasti memberi tajuk "Bab Jihad". Memang benar berjihad ke jalan Allah membawa kita melalui jalan pintas untuk bertemu denganNYA kerana pahala dan darjat jihad adalah tinggi. Allah sendiri telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
''Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah An-Nisa Ayat 95-96)
Selain itu, jihad juga merupakan kemuncak cinta seorang hamba terhadap Sang Pencipta. Orang yang berjihad menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran seperti sakit, menderita, kehilangan harta benda, kehilangan keluarga bahkan hingga mengorbankan nyawa. Orang yang sanggup menempuh segala itu merupakan orang yang merasakan cintanya pada Allah sudah sebati dalam jiwanya hingga sanggup berkorban segalanya demi mengharapkan keredhaan dan balasan Allah. Apabila berjuang di jalan Allah, demi mendapat keredhaan Allah, demi cinta yang mendalam kepada Allah, dan apabila gugur di medan "jihad", maka tiada balasan yang lain melainkan ke syurga tanpa dihisab...SUBHANALLAH..
Oleh itu, bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham mengenai makna dan konsep jihad, marilah kita sama-sama renungkan agar kita dapat memperbetulkan persoalan yang timbul mengenai "jihad" agar jihad tidak dilihat sebagai permusuhan, kekerasan, pertumpahan darah dan lain-lain...


Perjuangan bukan untuk mencari nama
Bukan juga untuk menempah tempat
Bukan juga untuk dipuji
Disebut...
Perjuangan bukan untuk mendapatkan pangkat
dan Mandat..
Perjuangan juga bukan bukan untuk menunjuk
dan beraksi..


TETAPI....


Perjuangan adalah SUNNAH para nabi..
Yang mesti dipikul bagi yang mampu
dan cukup ciri dan syarat...


KERANA


Perjuangan ini penuh ribuan kilogram beratnya..
Malah bertan milion beratnya...
Perjuangan mesti didasari dengan kefahaman yang panjang
dan Mendalam..
Bukan sewenang2nya untuk dilaksana
KERANA
Ini adalah perjuangan..
Yang bakal menempah SYAHID...
Perjuangan hanya untuk jiwa dan meresap ke jiwa
dan Rohnya untuk menegakkan agama Allah..
Maka ia tidak dibenarkan bagi mereka yang jahil
Untuk menyambung risalah ini...


-Mesti arif
-Teliti
-Berani
-Tegas
-Hikmah
-Faham
-Tahu
-Ikhlas
-Bersih
-Suci
-Tekad
-Kekal
-Utuh
-Sabar


dan segala sifat yang terpuji
Yang dipecah unsurnya dari sifat RABB
Yang disusun dasar dari sifat para NABI
Penghujungnya pejuang akan tahu siapa musuhnya
dan berhadapan dengan siapa
yang Akan memperguna segala ilmu teorinya
Dan segala pengalaman yang ditimbanya..


Kata Hamka dalam sasteranya;"Berguru dengan buku kau akan LUPA
Berguru dengan guru,keluar kanan dan 
kirinya,berguru dengan pengalaman 
ibarat parut yang melekat di badan".


Siapa yang sanggup memikul cita cinta ini?Tidak lain dan tidak bukan hanya mereka yang faham tuntutan hidupnya di dunia.
Maka Allah berfirman:Berlumbalah kamu ke arah kebaikan
Biar manusia melihat kepelikanmu dan mereka tertanya
Agar mereka mencari jawapannya
di atas Kepelikanmu
kerana jawapannya adalah dengan kehilanganmu
dan Di saat itulah baru mereka terasa bahawa 
betapa berharganya sebuah Perjuangan..(^^)


Sabda Rasulullah S.A.W;"Bekerjalah kamu di dunia seakan kamu ingin hidup selamanya,beramallah kamu di dunia seakan kamu akan mati keesokannya"


Perjuangan perlu diteruskan andainya sudah takdir sifat WAHAN makin menyelubngi ummatmu..




p/s:Al-jihadu fi sabilillah asma' amanina.. :))

 —  ^__^''

~عين Kehidupan~
Penulisan Dhaif..Semoga mendapat Ibarah..

No comments:

Post a Comment

Gunakan tatabahasa yang betul sewaktu menulis komentar agar mudah difahami oleh penulis. Terima kasih. :-)

Sila ambil perhatian perkara² berikut :-

1. Tinggalkan nama dan url blog atau laman web anda.(supaya senang penulis nak ziarah) ^__^
2. Sila berhemah di dalam berbahasa.

::Jazakallahhukhairan kathiran::

Ahlan Wasahlan..Salam Ukhwah