
![]() |
Masjid AL-AZHAR KUIS |
![]() |
Kelab/Persatuan untuk students UTARA |
Bagi ain KUIS ini sudah cukup, kini ain bersyukur sangat pada yang ilahi kerana telah meberi ain peluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi2 dalam agama-Nya....Apa yang nak ain postkan bukan lah tentang benda ni tetapi kehidupan Islamic yang ditonjolkan oleh REKTOR or DEKAN KUIS ini kepada mahasiswa dan mahasisiwinya.SUBHANALLAH,banyak sungguh aktiviti Islamic yang cuba diterapkan kedalam jiwa student-student KUIS antaranya USRAH yang diwajibkan kepada semua student nya sama ada ASASI,DIPLOMA or DEGREE..usrah ni diadakan pada setiap hari jumaat dari pukul 11.00-1.00 tgh hari.Usrah juga merupakan satu jalan dimana boleh mendekatkan jiwa seseorang pelajar muslim dengan student lain atau dalam kata lain merapatkan ukhwah sesama sendiri...
Pelajar Antarabangsa |
Konsep ta'aruf kali ini berlainan sedikit sebab nya komuniti ta'aruf menggunakan konsep "kasih sayang''..ermm lain kan,(rasanyalah)selalu nya sesi ta'aruf ni mesti diterapkan dengan konsep wataniah..Laa tak tahu ke wataniah tu apa..alah macam konsep kem tentera tu la...hehehe...ALLAH tu maha mengetahui akan setiap hamba-hambanya..ALLAH itu maha melihat dan mengetahui apa yang baik untuk kita mahupun tak.Sedangkan pereka cipta manusia pun mengetahui apa yang perlu ada pada ciptaannnya, inikan pula Sang Khaliq Yang Maha Agung. Adakah kita lupa bahawa kita ini selalu mengakui keimanan kepadaNya, namun dimana iktiqad itu menghilang gara-gara kerana setitik kesenangan dan keperitan yang Dia turunkan sebagai ujian, maka kita tersungkur tidak ketepian merasai kekecewaan...Dengan mudahnya kita berputus asa dan menyalahkan takdir kerana setitik saja ujian yang menimpa diri..
Ingatlah firman ALLAH:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Qs 29:2)...
Ujian amat memeritkan diri, namun kita jangan lupa plak ujian adalah senjata yang paling ampuh dalam mendekatkan diri kepada ALLAH Rabbul Jalil...Cause ujian dan keperitan hiduplah, diri terus terngadah dari lamunann...Kerana virus kegelisahan inilah, maka didatangkan sakinah sebagai vaksinnya. Adakalanya, mereka yang gagal untuk bangkit akan kekal seperti biasa sehingga tibanya suatu ketetapan.Tapi ingat, piala kemenangan diberikan kepada mereka yang menyerahkan keputusan dan kebergantungan sepenuh hidupnya kepada ALLAH SWT...Ermm rasanya setakat ni lah dulu coretan ain..sampai ketemu lagi...ilal liqa'
5 SYA'BAN 1433 H
Ilmu adalah warisan
yang ditinggalkan oleh
Nabi Muhammad SAW
kepada umatnya..
~Mata Kehidupan~